Saturday, December 18, 2010

11) DeMi MaSa :)

X kan ku biarkan blogku bersawang :)…Entry kali ini hanya ingin berkongsi perasaan ku di saat aku di beri tanggungjawab oleh baba & mama untuk menjaga rumah sepemergian mereka ke negara luar yg tidak perlu aku nyatakan sebab musababnya bersama 4 orang adikku. Kini, di rumah hanya tinggal aku, kakakku (wah), adikku (pijih) dan k.pah. Abangku wasif pula telah dipanggil untuk meneruskan misi sukarelawannya ke Acheh sempena perasmian sekolah Turki di bandar Acheh. Semoga perjalanan ibu bapaku dan smua mendapat ma’firah dariNya. Apa yang dapat aku luangkan MASA di rumah? Adakah hanya bangun, tidur, masak, basuh kain dll? Adakah MASA hanya perlu dibazirkan dengan perkara2 di atas? “Demi MASA, ssungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang ingat mengingati, dengan kebenaran dan kesabaran2.”Alhamdulillah Allah swt m’beri kekuatan kepadaku untuk terus bersabar menanti tawaran untuk aku menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Insya allah aku akan terus menanti sehingga hujung bulan ini. MASA yang ada aku cuba luangkan dengan membaca kerna membaca itu sumber ilmu. Dengan membaca, dapat mempertingkatkan pengetahuanku lebih2 lagi di dalam bidang Muamalat. Aku perlu m’refreshkan semua apa yang telah aku belajar di UUM dahulu, perlu tahu setiap konsep jual beli, Mudharabah, Bai bithaman Ajil, Musyarakah, dan sebagainya. Amat memalukan skiranya ditanya, aku tidak dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai persoalan2 muamalat ini. Sementara ini, ramai kawan2 sedang berusaha mencari pekerjaan, & ada juga yang sudah memperolehinya, Alhamdulillah. Berkat usaha insya allah aku doakan kalian berjaya. Aku masih di sini, menanti & terus menanti. Tawaran UIA terpaksa aku tolak, disebabkan yuran pendaftaran yang terlalu mahal berbanding course2 lain di UIA, RM 8000 + perlu dibayar on da spot untuk pengajian Master Of Science in Islamic Banking & Finance. Aku yang menerima surat tawaran pada hari ke 2 terakhir untuk proses pendaftaran bingung & celaru, kerna tidak mampu menbayar rm 8000 terus sebagai yuran pendaftaran. Surat tawaran tersebut terpaksa aku tangguhkan ke July Intake, sebagai backup & aku tidak terus m’reject surat tawaran tersebut kerna memikirkan betapa bersusah payahnya aku, kakakku & abangku menguruskan urusan master bg UIA ini..Alhamdulillah, Allah swt telah memakbulkan permintaanku, di saat aku memerlukan pembiayaan untuk pengajian master, pihak KPT telah mengeluarkan iklan MyBrain, iaitu program pembiayaan bagi peringkat Sarjana dan PHD. Insya allah, I must to be a winner! Kerna sekiranya aku memperolehi biasiswa ini akan meringankan beban keluargaku. Biasiswa ini perlu dipohon setelah mendapat surat tawaran master. Kini, aku menanti tawaran dari USIM & INCEIF, insya allah bagi 2 institusi ini, pengajian akan bermula pada Januari thn 2011. Mungkin ada hikmahnya Allah berikan aku MASA, di ruang penantianku, dapatlah aku menelaah & mengulangkaji. Memang di dalam hatiku kerap terdetik “ bila nak smbng belajar ni, dh x sbar ni”, bila difikirkan balik, ruang MASA yang Allah swt aturkan mmg terlalu cantik. Sesudah shj majlis konvokesyen pada 31 November yang lepas, aku menguruskan urusan masterku, disamping meluangkan MASA bersama keluarga setelah 9 bulan 11 hari aku meninggalkan mereka. So, knpa perlu mengeluh & tidak sabar? Sebaik2 perancangan manusia, perancangan ALLAH swt jualah yang terbaik & maha baik, bersyukurlah kerana aku masih diberi ruang untuk bernafas demi berjuang. Sambil menaip ini, hatiku tenang mendengar lagu dr Haddad Alwi anti & vita “kau manusia pilihan..kau kekasih tuhan..kau penyayang kau pembawa, rahmat bagi semua… muhammad nabiku “ (sekadar iklan :)), angan2ku tidak akan putus berhenti di pertengahan jalan, Alhamdulillah stakat ini hampir kesemua perancanganku berjaya walaupun keputusan ijazah sarjana ku tidaklah begitu membanggakan. Aku bertekad untuk mendapatkan result terbaik di peringkat master nanti. Tidak mustahil bukan jika aku menjadi seperti pakar ekonomi Islam kt, UZAR (Ust Zaharuddin Abdul Rahman)? tidak salah kalau tinggi angan2, skurang2 angan 2 memotivasikan aku, bait2 kata yang pernah aku karang sewaktu berada di sem akhir UUM, “aku mmg selalu berangan2, tp angan2 aku ni adalah satu perancangan sebenarnya, merancang tu kan satu benda yg amat di galakkan..:)),bg aku, angan2 tu jga adalah satu cita2, cita2 yg aku cuba nk capai..angan2 memotivasikan aku…angan2 bukan sebarang angan2..huhu(banyaknya perkataan angan2” ya, aku memang selalu berangan2, esok adalah misteri..yang padanya terletak angan2 :), Ya Allah, engkau berkatikanlah perjuangan di dalam menuntut ilmu, aku malu akan dosa yang pernah aku lalukan, meski tersipu tertunduk malu..huhu~Ya Allah, kuatkan semangatku, jadikan aku hamba yang soleh, anak yang solehah, aku mahu mengembirakan hati kedua ibu bapaku….betapa perlunya aku berusaha gigih, smntara aku masih m’punyai kudrat & kuasa, capailah apa jua perkara yang nak dicapai sebelum ajal menjemputku, barakallahufik :)

oooh..inginku lepas keluhku, pdmu tuhan penyayangku, ku akui smua dosaku meski tersipu tertunduk malu, jiwa dan hati tertutup debu akan ku tegurmu nafsu, ketaatanku tertimbun penuh dosaku tuhan tutupi aibku..tuhan jangan biarkan diriku smkn jauh tertipu nafsu, hanya padamu ku mohon ampun dr smua dosa, jari lemahku mengetuk pintu maafmu agar kau hapus salahku...tuhan dengarlah keluhku “
~Haddad Alwi anti & vita-Tuhan Dengarlah Keluhku~

Tuesday, December 7, 2010

10) SaMbuTaN MaAL HiJraH

Alhamdulillah, hrini kami sekeluarga berpeluang mengikuti smbutan maal hijrah d Putrajaya International Conference Centre (PICC). Kami memulakan perjalanan dr rumah ke PICC pada jam 8.20 am. Setibanya di sana, seat di dalam dewan sudah dipenuhi dgn kontijen2 dr kerajaan sprti KWSP, BPR dan sebagainya. Mujur kami berjaya mencari seat kosong di sebalik kepadatan dewan picc tersebut. Kami sempat menonton persembahan dr kanak2 terutamanya kanak2 dr program adik-adikku musim 1 & 2 yang dimulai dgn nyanyian Muhammad Nabina oleh adik Mohd Naim dan kwn2 serta persembahan qasidah yg diketuai oleh Ust Farid Ravi, persembahan kanak-kanak dr kelab seni tari (kbnykan msih bersekolah rendah & tadika, comel2 bangat~) & pentomen mengenai kebebasan gejala sosial & nyanyian lagu maal hijrah scra beramai2. Untuk sambutan maal hijrah bg tahun ini, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah terpilih sebagai tokoh maal hijrah bg thn 1432 hijrah. Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, beliau terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. (rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Zeti_Akhtar_Aziz). Pengikhtirafan beliau sebagai tokoh maal hijrah mendapat sokongan dan tepukan gemuruh dr org ramai. Ini kerana jasa dan sumbangan beliau di dalam sektor ekonomi dan kewangan amatlah mengagumkan. Beliau juga telah mengangkat sistem kewangan Islam kearah sistem yang mempunyai daya saing yang tinggi. Aku turut merasakan penglibatan beliau di dalam sektor perbankan dan ekonomi di Malaysia adalah sebagai rahmat Allah swt yang tidak ternilai. Moga Allah swt merahmati segala usaha keras beliau, insya allah :)

Monday, December 6, 2010

9) MAHA-last day



Harini 5 hb merupakan hari terakhir bagi pameran MAHA. So aku, huda & a’ah meluangkan masa menemani mama ke sana. Ini juga merupakan hari pertama mama berkunjung ke Maha. Jam masa tu menunjukkan pukul 11 lebih. Mama seorang ibu yang amat meminati bunga-bungaan & rajin bertanam-tanaman. Di rumah kami dipenuhi dengan bunga-bungaan dan sayur sayuran yang ditanam oleh mama. Jadi x hairanlah betapa terujanya mama nk ke MAHA wlupun mama still memikirkan mengenai kerja-kerja yang nak dibuat di rumah. So harini kami meluangkan masa mengunjungi pameran-pameran yang disediakan. Ribuan pengunjung hadir memeriahkan pameran MAHA ini. Kami memulakan langkah dengan menaiki bus Rapid KL yang disediakan untuk ke dewan utama kerana di situ terdapat dewan pameran international, pertanian, gerai makanan dan sebagainya. Kami mengambil masa yang agak lama di kawasan pertanian kerana mama nampak begitu sibuk meneliti jenis-jenis tanaman yang disediakan. Kemudian kami meluru ke dewan pameran makanan untuk makan tengahari seterusnya berkunjung ke kawasan pameran. Kami apa lagi~ligat merasa makanan & minuman percuma yg disediakan, especially air kopi bermacam-macam jenama aku cuba,heh~then, kami beratur panjang untuk ke kawasan utama, sbb msa tu jam dh menunjukkan pukul 3 lebih, & berjanji ngan baba kul 4 akan habis, brsan panjang awii awii..jenuh nk tnnggu bus, smpi kwsn utama, singgah surau & mama beli buah-buahan, kemudian kami bertolak pulang. :)

Sunday, November 28, 2010

8) MAHA 2010


http://www.mahaexpo2010.com/bm/

Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

p/s>

Hrini meluangkan masa dgn wah, hannah, huda & a'ah ke MAHA. ta'ban awii awii & blik awal coz wah ada hal, jalan pun sesak,huhu~

Saturday, November 27, 2010

7) PrOgRaM AdIk-AdIkKu :)

Entry kali ni aku nak kongsi pengalaman mengikuti majlis pelancaran program reality tv RTM “Adik-adikku” d ILIM, bangi. Apa yang aku nak bincangkan di sini ialah komitmen dan semangat ibu bapa yang ditonjolkan bagi 16 orang kanak-kanak yang terpilih dari seluruh Malaysia. Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Mereka ini dipilih dikalangan kanak-kanak yang mempunyai personality yang membanggakan. Unsur-unsur sikap dan akhlak mulia diterapkan bagi melahirkan golongan pelapis negara pada masa akan datang. Kecil-kecil cili api. Inilah gmbaran yang dapat aku berikan kepada kanak-kanak bertuah ini. Aku juga merasakan cukup bertuah skali kerana dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Ibu bapa mereka nampak begitu bersungguh memberi semangat untuk anak-anak mereka meneruskan perjuangan di dalam program ini. Ibu bapa seperti inilah yang kita mahukan, menghantar anak-anak cilik mereka bagi menjadi seorang daie. Apa yang tergambar di pemikiranku, sewaktu aku menonton rancangan Idola Kecil d tv9, aku merasa cukup terkilan dan sedih kerana ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menjadi artis hiburan, menyanyi lagu-lagu cinta, rock kapak & sebagainya. Mereka juga kelihatan seronok membiarkan anak-anak mereka bergaul bebas sesame lelaki & perempuan, bergedik sana, bergedik sini..membuka aurat sana sini, ini cukup memalukan. Begitu berbeza sekali diantara program Adik-adikku dan Idola Kecil ini. Dengan kehadiran program Adik-adikku ini sedikit sebanyak menyejukkan hatiku yang panas dek rancangan Idola Kecil yang langsung tidak bermanfaat dan agak memalukan bagi kita umat Islam yang memegang status Islam di sebuah negara yang kononya negara Islam lakin tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan saluran istimewa program adik-adikku, Alhamdulillah program ini sudah masuk musim ke-2, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

p/s >

BiLA Ada AkADEMI FaNtAsIA, KiTA BuAt AkAdEmI Al-QuRaN

BiLa AdA IdOLA Kecil, kItA bUaT AdIk-AdIkKu

Jom LaWaN!!! AmAR Ma’rUf NaHi MunkAr

Thursday, November 25, 2010

6) INCEIF oo INCEIF

Hrini hari paling mendebarkan dlm hidup aku,huhu~cratanya begini, sdg aku berehat ngan adik fizah dalam bilik, tiba-tiba a’ah (adik) panggil, bgthu INCEIF call, buat pengetahuan semua, aku ada apply master d INCEIF,huhu~punyalah terkejut..then aku jwb telefon..

Aku : Assalamualaikum

Miss syifa (inceif) : wslm wbt, can I speak with wan hanan hanim

Aku : yes, I am wan hanan hanim

Inceif : im miss syifa from INCEIF, u will have an interview today

Aku : today???

Inceif : yes

Aku: really?? What time? Insya allah I will go there

Inceif : 4.00 pm by phone

Aku : by phone??hah??

Inceif : yes, by phone..so u must be prepare 10 minute before 4 pm

Aku : ok, insya allah I will, tq

Itu perbualan scra ringkas dgn miss syifa, time tu dh pukul 2.30 pm..so ada 1 jam 30 minit lg ntuk bersedia..aku dgn pantasnya menyiapkan diri, mengumpul buku2 berkaitan & kalkulator (takut ada soalan kira2,haha~)..nk lunch pun dh x lalu..huhu~mengeletar satu badan, teringat betapa smngatnya baba nk sruh aku msuk INCEIF, so hatiku berkata “ini peluang, interview by phone, bukan slalu org buat cmni”, tp pelik jga..diorg percaya sngat coz msti ada org yg x jujur, sruh org lain tolong jawabkan ke…apa ke,biarlah..yg penting aku usaha sndiri, dgn pertolongan Hannah (adik) serba sedikit. Sibuk kami membelek buku2 & laman web INCEIF dlm masa yg singkat,huhu~

Dlm pukul 4.10 pm, telefon bordering..aku dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, ya allah permudahkan lah urusanku…

Aku : Assalamualaikum wbt

Miss syifa : waalaikumusslam wbt, u are wan hanan right?

Aku : yes im wan hanan hanim

Miss syifa : ok, I will be pass to Prof Obiyathulla

Aku : ok, thank u (dalam hati..dup dab..dup dab..takuuuuut~huhu)

Prof : Assalamualaikum wbt , so u are wan hanan right? (nada yg bersahaja)

Aku : yes,I am..good evening Prof (dgn politenya,huhu~)

Prof : so…tell me about ur self

Aku : ok, my name is wan hanan hanim binti wan mohamad, u can call me hanan, im graduated from UUM in bachelor of Muamalat admin

Prof : how many years u’re in UUM?

Aku : 4 years

Prof : so, UUM have muamalat admin course rigtht..in which department

Aku : my course in muamalat department, under faculty of business

Prof : what is the qualitative & quantitative subject that u have learn ?

Aku : such as applied statistic, mathematics management, research methodology & others..

Tiba2 line terputus…………..aku ingat dia x mau ckap dah, mungkin x berminat, tiba2 selang 5 minute telefon berbunyi lagi..fuhhhh~risau je tkut kena reject..

Aku : hello, asslamualaikum..im sorry

Miss syifa : yes, what’s wrong? Line x ok?

Aku : mungkin,huhu~ sy ingat Prof x berminat..

Miss syifa : haha~ x pe.kt try smbng blik.

Aku : thank u :)

Aku : Assalamualaikum wbt, im sorry Prof

Prof : It’s ok, line terputus

Aku : thank u Prof

Prof : hold on, ada call masuk

Aku : it’s ok Prof…(time ntuk tarik nafas skjp,huhu~smbil tnggu Prof jwb phone)

Prof : ok. Why u are not trying for September 2011 intake?

Aku : I don’t want to waste my time coz I want learn more about Islamic Finance

Prof : so, have u got any fund?

Aku : I will try get it from any scholarship, mybe from CIFP @ any others..

Prof : so, u are most interested for master programe @ Cifp?

Aku : act , I'm very interested for master study..

Prof : I think u can apply for CIFP

Aku : u think that im more suitable for CIFP programe?

Prof : yes, I will send ur document to my PA for CIFP program

Aku : can u focus 4 my master application

Prof : I think u should try for CIFP

Aku : ok, thank you

Aku x pernah terfikir ntuk mohon CIFP , CIFP pun bwh INCEIF jga..cma berbeza skit. Aku takut~coz aku mengharapkan master..then prof suggest ambil CIFP..sblm ni, x pernah aku ambil tahu psl CIFP ni..so aku kena start apply for CIFP,huhu~kmskn CIFP sma mcm master, january 2011, due date 10/12 nie, baba sblm ni pun x kisah smada master @ cifp..tp..aku x taulah…huhu~so aku dpt email dr INCEIF & trus call miss huwaida, dia terang serba skit psl CIFP ni…aku dlm dilema,tolong~doakanlah yg terbaik ntuk aku ye~huhu