Friday, September 2, 2011

36) AkU AnAk sAnTrI :)


Dikesempatan bulan Ramadhan yg mulia ni, aku ingin berkongsi saat-saat manis ketika aku menjalani satu program di bandung bermula dari 2 hingga 22 ogos di PesantrenDarul Tauhid, Bandung. Alhamdulillah seusainya short sem aku d INCEIF, kami diberi cuti selama sebulan, aku mula merangka sempena cuti Ramadhan tahun ni. Sahabat seINCEIF ku, asyikin mengajak aku ke bandung mengikuti Dauroh Ramadhan under Pesantren Darul Tauhid yg dikelola oleh Kiai Haji AA Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai AA Gym. Sememangnya sudah lama aku memendam rasa untuk ke Indonesia memandangkan abang aku Wasif kerap sekali ke sana.
Alhamdulillah kali ini aku berpeluang menziarahi
kota bandung. Aku, Hannah dan Asyikin menaik pesawat air asia ke sana dan tiba di bandara Hussein. Pak Amir supir teksi sudah menunggu untuk menghantar kami ke Darul Tauhid yang memakan masa 30 minit dari airport. Kami menginap di Cottage Darul Jannah selama 2 malam sebelum mendaftar sebagai peserta Dauroh. Kemudian kami berpindah ke asrama Darunnajah di mana di situlah asrama bagi peserta-peserta akhwat ditempatkan. Rata2 peserta berasal dari Indonesia dan cuma 4 peserta sahaja dari Malaysia. Kedudukan asrama Darunnajah yg agak jauh dari masjid dan
persekitaran jalan yg agak sesak dan bahaya mengubah fikiran kami untuk berpindah ke penginapan Aulia’. Kami berpindah ke Aulia’ kerana kedudukan yg strategik dan cuma memakan masa 5 minit ke masjid disamping
suasana yang selamat dan selesa. Dari situ, bermulalah aktiviti harian kami
sebagai santri Dauroh Ramadhan angkatan ke 8 di Darul Tauhid. Di Darul Tauhid, mereka bukan sahaja mengurus santri bagi dauroh Ramadhan sahaja, bahkan juga santri-santri lain juga turut mengikuti program di bawah Darul Tauhid iaitu santri Khusnul Khatimah bagi warga keemasan, santri khidmat masyarakat, santri qolbiah, santri mukim, santri tahfiz, santri iqtiqaf dan macam2 lagi. Suasana di kelas aku akan menjadi gamat sekiranya santri khusnul khatimah turut serta mengikuti kelas kami dengan telatah lucu mereka. Justify FullJadual-jadual program banyak dipenuhi dengan materi-materi dan kelas-kelas ibadah di masjid.


Bagi pihak akhawat, kami dibimbing oleh Teh Soly, dari sudu pembacaan al-quran dan sebagainya. Materi-materi dipenuhi dengan kelas-kelas Tauhid oleh ustaz Mulyana, seorang ustaz yg cukup kelakar, x sah kalau x ketawa dalam kelas beliau. Seringkali beliau bertanyakan “orang Malaysia faham? Dalam bahasa Malaysia kata apa?” disebabkan perbezaan penggunaan bahasa di antara Indonesia dan Malaysia J. Disamping itu, kelas ust Fakhruddin yang cukup mahir dalam bidang fiqh, tanya apa sahaja persoalan mengenai fiqh, beliau pantas menjawabnya dengan nada tenang dan bersahaja, ust Suherman seorang ust yg cukup bersemangat mengingatkan kita akan
cinta pada Allah dan Rasul. Aku masih ingat
kata-kata dari Ust Suherman, bilamana kita cuba melakukan dosa, ucapkanlah “allah bersamaku, allah melihatku, allah menyaksikanku”. Ayatlazim di dalam kelas yg sering kami laungkan “Alhamdulillah, luar biasa, allah huakhbar” . Antara kenangan manis di dalam program Dauroh ini ialah aku dan teman2 berpeluang mengikuti program curhat muslimah (curahan hati) secara live di dalam program televisyen
bandung. Disamping itu, aku telah terpilih untuk bercakap di dalam siaran radio managemen qolbu. Fm. Aku dan teman2 juga berpeluang ke Eco Pesantren yang terletak di satu kampong untuk program muhasabah. Kami dibawa dengan angkut (angkutan awam) ke sana,
Teman-teman sedauroh semuanya baik2 belaka, dan kebanyakan nya berdarah Sunda, apa yang aku dengar dan perhatikan, orang sunda ini berperwatakan lemah lembut. Mereka sering meminta maaf even dalam sekecil2 perkara. Mereka cukup gemar berkongsi bahasa dan bergurau senda dengan kami. Bukan sahaja teman-teman se “santri”, bahkan juga teman2 di sekitar Darul Tauhid juga x kurang mesranya. Hampir keseluruhan dari mereka yg kebanyakannya bekerja di Toko sekitar Darul Tauhid sudah mengenali kami disebabkan kami
kerap berulang alik ke masjid dan kelas di samping mencuci mata melihat barang-barangan yang di jual di Toko. Selepas solat tarawikh, x sah kalau kami x menziarahi Toko teman kami yang dipanggil Ani. Ani juga membantu kami membeli belah di Pasar Baru .Di Eco Pesantren juga, aku sempat berkenalan dengan kak Amel, dia membawa kami ke Jakarta untuk membeli belah di Toko Tanah Abang di samping melawat tempat2 menarik di Jakarta. Kami sempat menaik pengangkutan yg cukup unic ala2 tuk tuk di mesir tp menggunakan tiga tayar yg dikenali sebagai bajai. Di sana juga aku berpeluang mengikuti acara wisuda (penyerahan sijil) sebagai tanda penutupan program bg dauroh tersebut. Aku juga berkesempatan bergambar dengan Kiai Haji Aa Gymnastiar. Seusainya program, aku melawat gua japang (jepun) dan gua belanda bersama teman2 sesantri, Nuh, teh
Wulan, Mirfat, E-ma, teh eni, syikin dan Hannah. Aku berpeluang ke sana kerana rumah Nuh yang berdekatan dengan kawasan pelancongan tersebut. Aku berasa cukup kagum dgn ukiran gua yang cukup unic dan lebar, di samping cuba menyelami sejarah2 kedatangan belanda dan jepun ke Indonesia. Kami juga sempat berbuka puasa bersama dengan hidangan makanan masyarakat sunda. Sememangnya aku berasa sangat bertuah kerana dapat mengikuti program santri ini. Insya allah semoga apa yang perolehi di sana mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah swt. Amen
J

Friday, July 22, 2011

35) HidUp dAn mAtIkU LILLAH HI ROBBI :)

Jika kau merasa lemah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…

Allah tahu betapa keras engkau telah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…

Allah sudah menghitung air matamu

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu & waktu terasa berjalan begitu saja…

Allah sedang meninggu bersamamu

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya & tidak tahu hendak berbuat apa lagi…

Allah sudah punya jawabannya

Ketika kau merasa sendirian dan orang-orang di sekitarmu terasa terlau sibuk…

Allah selalu berada di sampingmu

Ketika segala sesuatu terasa menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…

Allah dapat menenangkanmu

Ketika kau mendambakan suatu hal namun tak kunjung datang…

Allah mempunyai cinta dan kasih sayang yang lebih besar dari segalanya

Ketika kau berharap akan sesuatu namun tak terbalas…

Allah tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Ketika kau merasa dikhianati dan dikecewakan…

Allah dapat menyembunyikan lukamu dan membuatmu tersenyum

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…

Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar & kau merasa ingin mengucapkan syukur…

Allah telah memberkahimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…

Allah telah tersenyum padamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…

Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

~ Laa tahzan, innallah ma’ana ~

Tuesday, July 19, 2011

34) ExAm FeVeR~ShOrT Sem :)

Entry kali ini hanya ingin berkongsi perasaan di saat exam yg bakal menjelang tidak lama lagi. Kini jam di meja sudah menunjukkan pukul 4.53 am, tanggal 20hb julai 2007. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ku cuba untuk cuba dan cuba mengeluarkan roh2 semangat dalam diri. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan semangat kepada ku Ya Allah, dan smoga semangat yg aku dapat ini dapat aku kekalkan sepanjang tempuh ku berjuang di dunia Mu.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾ فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾ فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿٨﴾

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

yang memberatkan punggungmu?

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ya Allah mudahkan pembacaan ku, penghafalanku terhadap ilmu2 yg kau turunkan kepada ku Ya Allah. Berikanlah aku semangat dan kesungguhan di dalam mengharungi ujian dunia mu Ya Allah. Engkau titipkanlah semangat juangku sebagaimana kau berikan kepada hamba2 mu yg berjuang di jalanmu. . Moga engkau cerahkan hatiku untuk menerima ilmu. Ameeenn Ya Allah.

Tuesday, June 28, 2011

33) KoLoKiUm kEwAnGAn IsLaM ISRA :)

Alhamdulillah, harini aku ingin berkongsi pengalaman menghadiri Inaugural ISRA COLLOQUIUM yg bertempat d Intercontinental Hotel pada 28 June 2011. Aku dan Farizah memulakan perjalanan dgn menaiki public transport selepas membuat tinjauan d Google Maps untuk mencari jalan ke hotel tersebut. Mujur tempat kolokium tersebut tidak jauh dari penempatan kami d Kampung Baru, kami hanya perlu menaiki train d kampong baru sebelum melintasi station KLCC dan turun d Ampang Park. Setibanya kami di sana, kami melilau mencari bangunan hotel, rupa2nya bgnn tersebut hanya berada di belakang station. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan perjalanan kami pd hr ini. Kami berjalan masuk dan mendaftar di meja pendaftaran. Aku lihat para peserta kolokium sudah mula membanjiri ruang d hadapan tempat persidangan. Tujuan kolokium ini dibuat adalah untuk melancarkan buku kewangan Islam iaitu “ Islamic Financial System: Principles and Operations”

dan juga perbentangan kertas kerja oleh penyelidik2 di dalam bidang kewangan Islam dari pelbagai institusi. Pada hari ini, buku tersbut dijual dgn harga RM 100, berbanding pada hari biasa iaitu RM 250. Oleh itu, para peserta berkesempatan untuk memiliki buku tersebut yg sememangnya amat bagus untuk dijadikan rujukan pd masa2 akan datang. J Apa yg menarik di kolokium ini ialah, aku dapat melihat insan2 berpengalaman dan mahir di dalam bidang kewangan Islam dr serata dunia membentangkan hasil kerja dan tesis mereka, di dalam bidang kewangan Islam dlm smua aspek dan bidang. Walaupun aku masih setahun jagung di dalam bidang ini, dan masih kurang pengetahuan dan pengalaman, namun sekurang2nya pengalaman yg aku dapat hari ini menjentikkan kembali semangat ku untuk terus berjaya di dalam bidang ini. Seringkali aku terbayang wajah bb yg mengharapkan kejayaan aku di dalam bidang ini. Tetiba rasa bersemangat juga nak minta bb mengaji di INCEIF~J Pada pukul 11,
kami mendengar perbentangan paper yg dibentangkan oleh Dr Sharbana Hassan dr Isra bertajuk “Principles of Wa’ad and Muwa’adah : Their Application in Shari’ah Contracts”, disusuli oleh Ustaz Muhammad Ali Jinnah bertajuk “Permissible Risks in Takaful”, kemudian “Shariah Parameter of Hilah in Islamic Finance” oleh Ustaz Mohamed Fairooz Abdul Khir, dan paper ke 4 oleh Dr Rusnah Muhammad yg bertajuk “ Market Segmentation and The Syariah Compliancy Process in Islamic Banking Institutions (IBIs). Kemudian sesi bersambung pula pd pukul 2.30 petang di mana setiap sesi di bahagikan kepada 3 iaitu Arabic Papers, Islamic Banking and Takaful dan Islamic Capital Market and General Islamic Finance. Kami dikehendaki memilih salah satu sesi kerana sesi berjalan dgn serentak. Aku dan Farizah membuat keputusan memilih sesi Arabic Paper kerana pembentang yg pertama adalah pensyarah Farizah sewaktu dia menuntut di University of Yarmouk. Teruja dia ingin berjumpa dgn pensyarahnya iaitu Dr Kamal Taufiq Khattab J. Selesainya perbentangan oleh Dr Kamal, kami bergegas ke ball room ke 3 iaitu untuk sesi Islamic Capital Market
and General Islamic Finance kerana ada topic yg aku tertarik di situ iaitu mengenai Sukuk Musyarakah dan Al-Ijarah Mawsufah Al-Dhimmah. Selepas selesai perbentangan oleh para2 penyelidik, mereka menyampaikan hadiah kepada para penyelidik yg berjaya membentangkan kerja kerja yg terbaik mengikut 3 kategori iaitu kategori 1> Innovation in Islamic Finance, kategori ke 2 > Innovation in Islamic Capital Market dan kategori ke 3 > Innovation in Takaful and Re-Takaful. Untuk kategori pertama di terima oleh Abdullah Ibn Qasim Ibn Muhammad Al Bazar dengan perbentangan Arabic Paper yg berkaitan Syarikat Takaful dan Waqaf, Kategori ke 2 di terima oleh Abdou Diaw dengan
kertas kerjanya mengenai Sukuk Musyarakah dan untuk kategori ke 3 diterima oleh Marhanum Che Mohd Salleh dgn kertas kerja mengenai Takaful Industry. Actually k.hanum ni duk sblah aku time sesi pagi, student PHD d UIA, x sangka pula pembentang kertas kerja & berjaya dapat award, tahniah k.Hanum J. Selesai shj penyampaian hadiah, Dr Akram Laldin dijemput untuk membuat ucapan penutup. Apa yg beliau simpulkan, kolokium seperti ini akan diteruskan pd masa2 akan datang untuk melahirkan generasi2 pelapis dan para2 penyelidik yg mahir di dalam bidang kewangn dan perbankan Islam ini.

P/s > tetiba rasa mahu “terbang lebih jauh “ selamat tinggal (tetiba je,hehe) J

Monday, June 27, 2011

32) PeNaT tp EnJOy~KeNdUrI PaHaNG :)


Entry kali ini ingin berkongsi pengalaman ke Pahang bagi membantu urusan perkahwinan kakak kpd shbt INCEIF, Farizah yg telah melangsungkan perkahwinan pd hr Sabtu lepas. Kami ke Pahang dengan menaiki kereta bersama2 Farizah, Dalilah, Sity, aku dan makcik Farizah. Sity yg merupakan warga Indonesia turut sama menyertai rombongan kami ini untuk merasai pengalaman dan melihat sendiri majlis perkahwinan di Malaysia. Kami bertolak pd hr jumaat, setibanya aku di rumah Farizah d Kuantan Pahang, aku sedikit terpegun dgn gubahan pelamin yg indah dan suasana rumah yg riuh rendah bagi membuat persediaan terakhir sebelum majlis berlangsung. Pada hari Sabtu, kami mempersiap2 kan diri untuk membantu pihak keluarga pengantin menyiapkan beg cenderahati sebanyak 1000 lebih, bunga telur, memasak dan mcm2 lagi. Penat mmg penat~tp kami enjoy!! ;) sekurang2 aku dapat rasai pengalaman untuk mempersiapkan kenduri kakak2 & abg2 aku nnti, hehe~Aku takjub dengan ke”cool”an ayah Farizah, walaupun beliaulah yg bertggjwb untuk memasak untuk kenduri tersebut, namun beliau tetap nampak tenang dan sentiasa tersenyum J, mak Farizah pula tidak boleh duduk diam, sentiasa memerhatikan gerak geri kerja agar majlis yg berlangsung untuk anak sulung mereka berjalan dgn lancarnya~pada hari ahad, di saat majlis berlansung, aku dan Sity mengambil tugas untuk mengagih2 kan beg cenderahati kepada para jemputan, walaupun panas terik matahari membahang, peluh x henti2 mengalir, namun aku rasakan berbaloi dapat merasai pengalaman tersebut. Alhamdulillah, kini majlis tersebut telah berlangsung dgn jayanya, kak aizam iaitu kakak kpd Farizah sudah bergelar isteri yg sah kpd pasangannya, air mata kesyukuran mengalir disaat dia memeluk insan-insan tersayang. Apa yg aku harapkan semoga kak Aizam dan suami bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yg soleh solehah penyejuk hati keluarga, amen J

Monday, June 20, 2011

31) NoVeL STaNzA CiNtA :)

Harini nk bicara mengenai Novel Stanza Cinta, karya Nurull Halawati , seorang graduan bidang Quantity Surveyor dari UITM Syah Alam. Ada beberapa petikan ayat yg aku cukup gemar, mahu kongikan di blog tersayang. Buku ini aku beli d MPH Alamanda, selepas dikenalkan oleh seorang kenalan, baru semalam aku menonton drama “stanza cinta” di televisyen, rasa nk ketawa je bila mengenangkan watak cik ainon, warden d asrama amni sorfina, semalam drama mengenai amni sorfina yg menjemur baju di ampaian cik ainon. Sesiapa yg membaca novel ini, pasti tahu jalan ceritanya J Penulis, Nurull Halawati berjaya membuat aku memahami cinta dr sudut pandangan Islam. Ayat2 yg puitis selari dgn tajuk novel ini “stanza” yakni puisi @ syair, membuatkan gusi tidak kering membaca. Aku cukup teruja dengan pendekatan yg beliau bawakan. Cukup mudah difahami & agak bagus untuk di jadikan petunjuk buat generasi2 muslim di luar sana. Yg mana baik kt jdkan teladan, yg buruk kt jdkan sepadan. Ok, bercakap mengenai penggunaan ayat2 yg puitis ni, aku nk kongsikan beberapa petikan ayat yg aku cukup suka + berkenan J

· Ni doa bila kawan kita kesusahan, dilanda resah dan gelisah

Ya Allah, anda sahabatku resah, tenangkanlah hatinya, dengan teduhan makrifah-Mu, Andai sahabatku terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranmu, andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangmu, andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganmu, Ya allah, jangan kau biarkan hatinya, jiwanya, dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi, khusyukkan jiwanya dlm rukuk dan sujudnya ketika menghadapmu, berikanlah kejayaan pdnya di dunia mu, juga di akhiratmu kelak, semoga dirinya itu saudara ku selamanya, amen ya rabbal a’lamin J

“ Barangsiapa yg memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yg melapangkan suatu kesulitan sesama Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan daripada beberapa kesulitan pd hari kiamat. Dan barangsiapa yg menutupi kejelekan orang lain, maka Allah akan menutupi kejelekannya pd hr kiamat “ (HR Bukhari dan Muslim)

· Ayat ni pula untuk ibu J

“Ketika aku menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yg istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan shj mampu melihat yg luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yg disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yg sngt kuat, yg dicipta daripada bahan yg tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata2 pedih yg dikeluarkan daripada anak2 yg dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agak dapat menjadi tempat anak2 nya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan2 yg cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak2 nya ketika bekerja seharian mengurskan keperluan mereka.

“ Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakn satu lubang kecil untuk air matanya, Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila2 pun dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal2 yg melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada kerenah anak-anak yg seribg menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya “.

· Ayat suci dan kata2 bermadah dr Ustaz Taufiq kepada Amni Sorfina ketika amni sdg bersedih setelah kehilangan shbt karibnya, Umairah J

“Sesungguhnya orang2 yg mengatakan: “ Tuhan kami ialah Allah,’ kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. “ (Surah Al-Ahqaf:13)

“Bersihkan jiwamu dahulu, pasti tuhanmu akan membantu!, Orang yg bersih hatinya, sentiasa rendah diri dengan Allah, Sering shj bersangka baik dengan tuhannya, jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata, “kerana dosakulah ujian ini datang”, “tuhan menghukumku kerana dosa2 ku”, “Moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dahsyat”. Tatlala dirinya mendapat nikmat, dia berasa malu dengan tuhannya, kerana berasa dirinya tidak layak, menerima nikmat itu. Hatinya gelisah. “ Apakah maksud tuhan memberi aku nikmat ini?”, Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?”. Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara, kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya. Hajat2nya yg tidak didapatkannya, dia redha. Sentiasa berbaik sangka dengan tuhannya, sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah, kerana dia tahu tuhan lebih bijaksana, mentakdirkan segala sesuatu, Apabila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya, kerana dosa akulah, aku disusahkan, dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan. Nikmat tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya. Hatinya sentisa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya, bila2 waktu shj akan menjemput. Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja, kerana dia tidak tahu, apakah diterima atau sebaliknya, kakinya di dunia, namun hatinya sentiasa bersama Allah, perasaannya sentiasa memikirkan akhirat, dan sering rindu akan pertemuan dengan tuhannya. Begitulah hati orang yg bersih dgn tuhannya. “

· Ayat2 cinta- mendalam maksudnya ;)

cinta itu cahaya sanubari

kurniaan Tuhan fitrah insani

dan di mana terciptalah cinta

di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela

rasa bahagia biarpun sengsara

berkorban segala-gala

"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu, dialah permata yg dicari , selama ini baru kutemui, tetapi aku tidak pasti, rencana Ilahi, apakah dia akan kumuliki ? “.

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…

“Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi apakah ertinya cinta pada insan jika cinta pada Khaliqnya belum tercapai”.

“Aku mencintaimu kerana Allah. Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah cintaku padamu”.

“ Ya tuhanku, temukan aku dengan cinta sejatiku. Isikan hati ini dengan cinta yg halal buatku. Dan tenggelamkanlah aku dalam kecintaan-mu, supaya tiada satu pun yg dapat memalingkan aku daripadamu”

“Kutahu bahawa dirimu merindukan kasih suci yg sejati, kuyakin bahawa dirimu mendambakan kasih putih yg hakiki, tetapi kusedari bahawa semua itu adalah salah dan juga keliru, akan membuat hati menjadi ternodai. Maafkanlah segala khilaf yg telah kita lewati yg membawamu ke jalan yg melupakan Tuhan. Kita harus berpisah untuk menjaga diri……untuk kembali harungi hidup dalam redha ilahi dan apabila takdir-nya kita bersama pastilah Allah akan menyatukan kita”.

“Ya tuhanku, aku tidak meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.”

Inilah antara ayat2 yg aku pilih dan yg amat aku gemar J. Berangan jd Amni Sorfina,hehe~Kalau aku Amni Sorfina, siapakah Ustaz Taufiq Imran? ;) Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku. Hanya Allah swt yg tahu J

Tuesday, June 14, 2011

30) Be A HaPpIeSt WoMaN :)


Harini bila terpandang buku “motivasi menjadi wanita paling bahagia”, aku terfikir sejenak, wanita?? Adakah kita mampu mencapai bahagia? Mudah sahaja sebenarnya untuk menjadi wanita yg paling bahagia J. Bak kata Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yg segar menghijau, Insya allah aku mahu dan mampu menjadi wanita yg bijaksana, dengan kebijaksanaan, segala macam rintangan dan halangan dalam kehidupan dapat dihadapi dengan tenang dan akhirnya kebahagiaan akan dapat dicapai, insya allah. Peace J



Wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yg segar, nyaman menghijau

Nikmatilah musim semi dengan kesegarannya, minyak kasturi dengan kewangiaannya, dan gunung-ganang dengan kekukuhannya,

Sesuatu yg sudah berlaku telah berlalu, dan sekarang adalah giliran anda untuk berbuat.

Optimislah, meskipun anda berada di tengah2 badai dan angin taufan.

Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yg lama, bak kesayuan pandangan mata.

Hari esok akan menghapus semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan, dan mengantinya dengan canda dan tawa.

Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan.

Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari, kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Allah.

Emasnya adalah agamamu, perhiasannya adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu.

Memadailah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Dukacitamu tidak akan berkekalan dan ia tidak akan mengembalikan semula apa yang sudah luput dari anda.

Setiap manusia pasti mengharungi liku-liku kehidupan, menjadi penguasa istana atau (malah menjadi) penghuni pondok..Tetapi, siapa yg bahagia?

Sesungguhnya hanya Allah Tuhanku. Aku tidak menyekutukan Nya dengan yg selain-Nya.

Kerja yg paling mulia di dunia menunggang kuda (dalam perang jihad). Sebaik-baik pendamping adalah buku (yang bermanfaat).

Jika rasa sedih datang merubung, duka lara mengunung, ucapkanlah La ilaha Ilallah.

Maka kesabaran itu adalah yg terbaik (bagiku).

Anda lebih bahagia memberi sepotong roti berbanding orang yg menutup pintu kepada orang pengemis.

Biarkan orang zalim menjadi urusan mahkamah akhirat, di mana tidak ada hakim selain Allah.

Dari semasa ke semasa adalah peluang untuk berbuat sesuatu.

Kerakusan menguasai aku hingga aku jadi hambanya. Kalaulah aku berpuas hati dengan apa yg telah kumiliki, nescaya aku tetap sebagai manusia merdeka.

Penyakit adalah sebuah pesan yg di dalamnya terdapat khabar gembira, sedangkan kesihatan adalah perhiasan yg sngt berharga.

Tiada tuhan (yang sebenar) selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yg zalim.

Aduhai sang masa, seandainya anda masih ada sedikit tempoh, yg tidak digunakan, maka biarkanlah ia.

Tanamkan dalam setiap detik satu pujian, setiap minit satu gagasan, dan setiap jam satu pekerjaan.

Siapakah yg akan mengabulkan (permintaan) orang yg sedang dalam kesusahan jika ia berdoa kepada Allah?

Mudah-mudahan selepas berpisah, malam akan menyatukan kita dalam dakapan lembutnya.

Hapuslah airmata anak yatim untuk mendapat keredhaan Yang Maha Pemurah dan menempati syurga,

Katakanlah kepada pencemuh waktu yg berlalu, bukankah orang yg melawan arus peredaran masa pasti akan tergilas?

(: .:. Be a hAPpIeSt WomAn .:. :)

Saturday, June 4, 2011

28) AkU BIsA MeNjAdI LeBiH BaiK !! :)

Esok aku akan kembali ke plaza rah, tempat penginapanku sepanjang menuntut ilmu d INCEIF, memory dan kenangan manis semasa di PART 1 sdah berlalu, kini persiapan untuk meneruskan perjuangan untuk short sem yg akan datang, kuliah akan bermula pd 6 jun ini. Pengajian untuk short sem ini smmgnya amat short, hanya perlu membawa 2 subjek, dan akan diakhiri dengan imtihan pd akhir july, kemudian akan bercuti lebih kurang sebulan pada bulan ogos sebelum menyambung PART 2 pd bulan September. Jadi, peluang untuk memperolehi A untuk short sem ini tidak akan aku sia2 kan. Insya allah aku akan buat yg terbaik. Aku tidak bisa menjadi manusia yg smkin lemah, aku tidak akan kalah. Insya allah segala perkara2 yg merugikan aku akan aku kurangkan sedikit demi sedikit seperti Facebook etc, walaupun sukar untuk aku melepaskan YM yg sudah agak sebati dgnku,huhu~namun inilah pengorbanan, bak kata shbtku~belajar di INCEIF skjp je, ye mmg aku stuju dgn kata2nya, walaupun berat hati & sukar untuk aku berkorban, ttp aku perlu berkorban, huhu~aku perlu lebih fokus dan berdisiplin, insya allah allah swt telah merancang sesuatu yg terbaik untuk aku, perlu aku paksakan diri aku supaya aku jadi lebih cemerlang,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-baqarah : 216)

Menurut ayat diatas, bilamana aku sukakan sst, padahal ia amat buruk bagiku. Ya bilamana aku suka membuang masa dgn onl9, padahal ia bawa kerugian pdku. Insya allah akan online sekiranya ada kepentingan. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan aku. Apa yg aku harapkan walaupun aku jarang onl9 dan berusaha untuk tidak onl9, engkau x melupakan aku kerna engkau shbt terbaik yg tidak bisa dicari ganti. Kepada shbtku semua, smoga kita smua berjaya di dalam bidang lapangan masing-masing.

"Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Surah al Hadid, 22-23)

Aku hanya perlu berubah menjadi lebih baik, akan aku usaha dan buktikan. Insya allah smngt yg aku bina tidak akan punah ditelan masa. Aku bisa menjadi lebih baik :)

Tuesday, May 24, 2011

27) AwAtIf BinTi A'tHO Ur RaHmaN :)


Entry kali ini ingin berkongsi kegembiraan di atas kehadiran bayi kecil hasil perkongsian hidup kakakku, Wan Saiedah Hanim Binti Wan Mohamad dan suami tersayang, A’tho Ur Rahman. Mereka berkenalan melalui alam cyber di Mesir, melalui rangkaian anak-anak nusantara Mesir. Abang A’tho berasal dari Indonesia dan melajutkan pengajian di dalam bidang Usuluddin Tafsir cawangan Zaqaziq. Begitu juga kakakku di dalam bidang yg sama di Universiti Al-Azhar Iskandariah. Pertemuan kali pertama diantara baba dan Abg A’tho di atur di rumah nenekku (nina) di Imbabah. Walaupun Abang A’tho berusia 2 tahun lebih muda dari kakakku, ianya tidak menjadi halangan. Kesungguhan Abg A’tho untuk menjadikan kakakku suri dlm hidupnya menyakinkan baba. Maka dengan itu, setelah hampir 2 tahun usia perkenalan mereka, mereka diijabkabulkan di rumah Ust Yazid, bekas atase Kebajikan Pelajar di Mesir. Kini, lahirlah Awatif Binti A’tho Ur Rahman, bayi comel secomel Khalati Hanan nya, peace, hee J Sedikit coretan sejarah mengenai MeReKa~J Kini masa cuti dihabiskan dengan melawat si anak kecil, Awatif, begitu excitednya kami adik bradik, membuat ‘Jaulah’ kebilik k.dah ntuk melawat Awatif, haha~agaknya2 Awatif dh besar nnti cakap bhsa apa, mungkin gabungan bahasa Malaysia dan Indonesia, terbayang agak lucu di situ..hehe~Diharapkan kesihatan yg baik buat Dah & Awatif, Awatif ada sedikit kekuningan, Dah pula masih menangung kesakitan walaupun bersalin secara normal, Dah bertarung hampir 4 jam lebih kerana kedudukan bayi di posisi yg agak tinggi, Doktor Khamsiah pd masa tu dh buat keputusan “kalau baby x keluar lagi dlm tempoh sejam, kita akan buat operate”, dlm tempoh berbaki 15 minit, Dah berusaha. Sempat lagi Dah cakap ngan mama, “Ma, nak balik, dah x larat, mama hebat, Dah x mcm mama”, mama yg tgh risau tu terketawa sbb Dah kata mama hebat, smpt lagi tu, haha~ye~mama memang hebat, bertarung nyawa ntuk 14 orang anak ( 2 meninggal), dr 14 orang 2 sahaja yg operate. Alhamdulillah, kini dah bertambah insan baru dlm keluarga kami, cicit ke-8 buat siti, dan cicit sulong buat Nina d Mesir dan Tok d Alor Setar, Smoga Awatif Binti A’tho Ur Rahman menjadi anak yg solehah penawar hati sisi, nina, kholati, kholi, baba dan mamanya. J