Thursday, January 27, 2011

15 ) MiNgGu Ke 2 d INCEIF :)

Harini sudah masuk minggu ke 2 aku berada di INCEIF, so mcmna perasaan? Alhamdulillah so far, rasa bersyukur sangat sbb Allah swt beri peluang untuk aku menyambung pengajian di sini. Kondisi kelas yang selesa dengan sahabat2 seperjuangan yg rata2nya ramah dan banyak membantu, saling tolong menolong, ahli kumpulan yang serasi membuatkan hati ku lega. Syukur Ya Allah. Seingatku, perasaan sebelum kaki melangkah masuk ke INCEIF, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Di waktu itu, apa yg dirisaukan bagaimana aku hendak menyesuaikan diri dgn persekitaran pembelajaran yg smkn mencabar, adakah aku mampu berlumba dengan sahabat seperjuangan yang lain. Tapi kini, perasaan tersebut sudah hilang kerana aku melihat bahawa aku sendiri mempunyai potensi kearah mengecapi kejayaan. Diri sendiri perlu sentiasa kuat, berkorban demi kejayaan. Di dalam tempoh 14 minggu sahaja, 6 subjek perlu di kuasai, semangat kearah kecemerlangan perlu di teruskan, jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?Allah swt mengurniakan kepada kita akal fikiran, apa yang membezakan antara manusia adalah bagaimana dia menggunakan akal fikiran tersebut dengan sebaik2 nya. Aku patut bersyukur kerana aku mempunyai asas pembelajaran di dalam subjek yang ditawarkan. Cuma diharapkan aku dapat mempraktikkan perkara2 di bawah :-

1. semangat untuk membaca

2. membuat nota (mind map)

3. membaca rujukan tambahan

4. menyiapkan assignment lebih awal dr tarikh yang ditetapkan

5. menepati jadual belajar

6. merangka kerja yg perlu didahulukan

7. dan banyak lagi

Alhamdulillah, perjalanan dari asrama ke INCEIF jga tidaklah membebankan jika dibandingkan dengan kondisi sahabat2 yg lain yang sanggup berulang alik menaiki train dr kajang, subang, syah alam dan sebagainya. Perjalanan menaiki bus hanya mengambil masa 10 minit. Jadi, keselesaan dah ada, manfaatkanlah sebaik2 nya. Skrg sudah minggu ke 2, tinggal lagi 12 minggu untuk aku menghabiskan Part 1, exam pula pada bulan 5, 12 minggu adalah masa yg cukup terhad. Erm, ada juga sahabat ku yang mengajak keluar melancong dlm tempoh ini, pergi ke pasar malam..mcm2 dugaan, tapi diri sendiri kena pandai menolak, nilah ujian, bila Allah swt dh bagi keselesaan, jgn biarkan keselesaan tersebut melalaikan kt, tp ssah jga nk tolak pelawaan kawan, dlm hati dh jadi x ikhlas, kadang2 terpaksa mengiyakan, huhu~ujian dlm berkawan nie fitrah dlm kehidupan lebih2 lagi dalam tempoh belajar, klu kt mengikut rentak kawan yang malas, yang suka membazir masa, RUGIlah kita, so kt kenalah pandai menolak dgn baik, jgn sampi kawan termakan hati, nnti gaduh lagilah x syok nk belajar, ini peringatan untuk diri sendiri, jgn pula terlalu bendul, ikut sahaja telunjuk kawan, smpi study kt pun tunggang langgang, Ya Allah aku takut dalam tempoh pembelajaran aku yang singkat ini, aku menjadi manusia yg bendul, elakkanlah Ya Allah, nilah perkara yg aku risaukan, huhu~Insya allah smuanya baik2 aja, dapat kawan yg bleh ikut nasihat kt & kdg 2 dia mengajak kita untuk tidak membuang masa, jgn dekatkan aku dengan kawan yg boleh merugikan aku, sbnrnya ni atas diri kt sendiri, salahkan diri sendiri jika anda gagal nnti..ada faham??oklah, sbnrnya entry kali nie hanya ntuk membangkitkan semangat, sbbnya masa terhad, so jangan mensia2kan masa yang ada, satu lagi nk ingatkan diri sendiri bahawa betapa beruntungnya aku berada di bumi INCEIF nie, smoga aku tidak menjadi manusia yg MALAS dan RUGI, kheir insya allah J

Friday, January 21, 2011

14) HiKMaH PeNcIpTaAn MaNusIa :)

Alhamdulillah 1st day class hrini, belajar mengenai Islamic Economics & Deposit & Financing Operation of Islamic Banks. Untuk subjek pertama, kami diperkenalkan dgn pensyarah Dr Magda Ismail Abdel Mohsin, berasal dr Sudan. Beliau membuat perbandingan bagaimana sistem ekonomi sekarang dikuasai oleh sistem ekonomi secular yg boleh dilabelkan sbg “ capitalism, modern, new class etc”, selepas kejatuhan khalifah, sistem ekonomi Islam musnah & telah dikuasai oleh sistem ekonomi moden ini. Seperti mana yg kt smua tahu, semua agama tidak kira Islam, Kristian, Jewish dan sebagainya mengharamkan Riba’ didlam transaksi mrk, namun disebabkan kebebasan sistem secular ini, manusia bebas mengamalkan Riba’ bagi meningkatkan keuntungan, akibatnya persekitaran alam musnah, yg kaya bertambah kaya & yg miskin smkn miskin. Perang antara negara juga tercetus disebabkan ketamakan manusia. Orang Islam jga smkn alpa “sleeping beauty” & lalai. Persoalannya, adakah kekayaan ini menjamin kebahagiaan berkekalan? Jawapannya tidak sama skali, kekayaan dunia adalah tidak kekal, short while, sbg manusia we need & need & need ntuk memenuhi keperluan manusia yg tidak terhad dgn sumber yg terhad. Tetapi, sistem ekonomi islam adalah rahmat lil’alamin, kt harus kembali kps fitrah penciptaan manusia, manusia dijadikan sebagai khalifah ntuk mengabdikan diri kpd Allah swt, wama holaktul jin wa unsa illa li ya’budun, malangnya, umat islam pd msa kini hnya bergelar muslim tp tidak mengabdikan diri kepadaNYA. Mrka muslim but bukan seorg mukmin, sbg contoh : knpa kt mengambil program CIFP ini? Adakah hnya ntuk mendapatkan gaji yg besar? Adakah hnya dgn mempraktikkan 5 rukun islam (syahadah, pray, fast, zakat & hajj), mengulangi kesilapan dan dosa? Tujuan yg sbnrnya ialah ntuk menjadi mukmin, yakni membersihkan dosa, dgn etika & akhlak muamalah yakni mempraktiskan non riba dlm urusan jual beli, seeking Islamic knowledge dgn niat yg betul & ihsan, & melunaskan tanggungjawab kpd ummah dan masyarakat. Kita dapat lihat bagaimana zaman kegemilangan islam musnah sehingga sekitar tahun 1300 hijrah, kini ummat islam kembali sedar ntuk mengembalikan zaman kegemilangan islam tersebut, pd tahun 1400 hijrah, sekitar 1960 an, penerapan terhadap sistem ekonomi islam mula meningkat & meningkat, ini disebabkan kesedaran bahwa sistem ekonomi islam menjamin keamanan dan kebahagian hakiki. Kita boleh merujuk kpd hasil karya Ismail Al-Faruqi & Syed Naquib Al-Attas yg banyak memberi kesedaran pd manusia akan peri pentingnya sistem ekonomi islam ini di dalam menjamin kesejahteraan dan kebahagian. Ini adalah bersandarkan kpd Al-Quran & As-sunnah, so mampukah kt kembali kpd zaman kegemilangan islam terdahulu? Di dalam sistem ekonomi Islam, kt tidak menekankan kpd aspek kekurangan sumber kerana kt perlulah RIGHT DISTRIBUTION, cooperate together, do exchange & we have scarcity of resources relatives to knowledge & turutan kpd keperluan kt bergantung kpd maslahah yakni doruriyah, hajiyah & tahsiniyah, muslim boleh mengaut keuntungan dgn syarat bebas dr Riba & halal, keuntungan boleh dikongsikan “profit sharing” dan bekerja keras krn pntu Riba akan terbuka jika manusia bebas dr risiko. Kadang kala ia dipengaruhi oleh etika, bila mana manusia itu baik, beliau tetap akan dipengaruhi ntuk menjadi tidak baik apabila diuji oleh Allah swt, ada sebuah hadis menyebut mengenai seorang wanita yg kuat beribadah akan tetapi dimasukkan ke neraka kerana tidak berbuat baik dgn jirannya, sejauh mana ibadah yg kt lakukan, sembahyang puasa menunaikan haji dan sebagainya akan tetapi mempunyai akhlak yg buruk, kt tetap akan menjadi manusia yg MUFLIS dan rugi. Sekadar berkongsi J

Saturday, January 15, 2011

13) StUdEnT dAy INCEIF :)

Now im a student of INCEIF :), Alhamdulillah, hrini telah berjaya mendaftar sebagai pelajar, Tanya sama hati apa sebab risau, nnti jawab hati = kena struggle and work hard only 4 this year..mksud only 2011 tu sbb proses pembelajarannya hnya 1 thn, & 6 bulan praktikal d Islamic financial institution, hrini bertolak ke INCEIF dgn mama dan ammar, smpi dlm pukul 8.45 am, program start pkul 9 am, dintara input yg aku dpt dr Prof Datuk Dr Syed Othman AlHabshi...do very well & work hard, x da masa dh nk merayau2 kat pasar mlm, lepak2 ngan kawan2, bak kata prof Syahul Hameed,haha~buku pun dh dapat,

part 1, building knowledge, 8 subject:

  • Shariah Aspect of Business and Finance
  • Shariah Rules in Financial Transactions
  • Islamic Economics
  • Islamic Capital Market
  • Wealth Planning and Management
  • Reporting of Islamic Financial Transactions
  • Deposit & Financing Operations of Islamic Banks
  • Islamic Financial Institutions And Market
part 2, building skills, 6 papers :
  • Shariah Issues in Islamic Finance
  • Structuring Financing Requirements
  • Risk Management of Islamic Financial Institutions
  • Managing Islamic Financing Institutions
  • Ethics and Governance
  • Takaful and Actuarial Practices
part 3, praktikal kt islamic financial institution

Buku2 yg tebal, aduh~ya allah..smngat2, esok penghijrahan ke Plaza Rah Apartment, penempatan student2 INCEIF d kg baru, berulang alik naik LRT, kurus sikit, smpat lagi tue, haha~setahun ni kena berkorban demi masa depan :), bekas student CIFP bg nasihat, kt kena kenal each other wlupun different background, country..banyakkan bertanya, & katanya, CIFP programme might not guaranty 4 ur job but will achieve ur dream, insya allah :) so belajar nie ingat niat nk tahu mengenai Islamic principles di zaman skrg yg penuh dgn unsur2 jahat yakni Riba’, then aplikasikan, katanya lg , u’ill be able to measure Islam @ Non Islam, sbb tu kt kena belajar..buat comparison. Suasana di INCEIF dgn pensyarah2 yg tidak membezakan latar belakang pelajar, sdah membuatkan hatiku lega, ada bermacam2 org yg aku lihat td, non muslim pun ada dlm 2 3 org..Klu kalah ngan diorg malulah, diorg bukan Islam pun berminat nk ambil Islamic Finance nie, ada yg snggup berhenti kerja, wah2..bgusnya, ini satu persaingan nmpknya, bab2 Financing sure lah diorg terror, coz aku lemah tang tu, tp insya allah bab 2 syariah principle muamalat aku boleh, so belajarlah betul2 wahai Hanan~

Thursday, January 13, 2011

12) KuALA KaNgSaR :)


Entry kali ini ingin berkongsi cerita mengenai perjalanan ke 2 buah kenduri. Kenduri kahwin yg pertama di Sg Buloh, kenalan bb & mm swktu bekerja di Malaysian High Commision London dahulu. Anak kepada Dr Hasanah yg dulunya menuntut ilmu di Universiti of London. Kemudian kami bertolak ke Kuala Kangsar untuk ke kenduri k.asiah & asyraf . K.asiah merupakan kakitangan di JAKIM & baru berusia 26 tahun. Dikesempatan itu, kami melawat pekan Kuala Kangsar yg penuh dengan bangunan bersejarah. Mama & baba mengimbau kenangan sewaktu kami adik2 bradik kecil dahulu. Di pekan inilah tempat baba dan mama selalu singgah sblm bergerak ke kg halaman di Kedah. Baba juga masih mengingati memori swktu zaman bujang ktka msih menuntut di UKM. Pekan Kuala Kangsar ini memang unik & membuatkan kita mengimbau memori lama. Diantara yg menarik ialah Malay College Kuala Kangsar, SMK Clifford, dan persekitaran bersejarah yg lain. Kemudian kami bergambar di hadapan Istana Sultan Azlan Shah & muzium diraja yang tersergam indah dan melihat keindahan Sg Perak dr jeti. Kami juga singgah di Masjid Ubudiah, biasanya aku hanya melihat di atas kepingan gambar shj, Alhamdulillah hrini berpeluang melihat dengan kaca mata sendiri. Berdekatan dengan masjid, terdapat Madrasah Idrisiah d Bukit Chandan. Seringkali aku mendengar mengenai nama sekolah ini. Bngnn sekolah & asrama yg strategik mengimbau kenangan sewaktu aku menginap di asrama SAMT KKB dahulu. Selesai sembahyang jama’, kami membeli ais krim dan duduk smbil menikmati keindahan persekitaran masjid. Kemudian kami bertolak pulang, dan singgah di R&R Tapah, kami jg smpt singgah minum di restoren mamak di present 9, Putrajaya. Ok, perjalanan hmpir tamat & sudah tiba di rumah. Semua sudah melabuhkan badan & sedang berada di alam mimpi, bye~ assalamualaikum :)