



Sudah lama aku tidak berbicara mengenai perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar. Meneruskan perjuangan di medan ilmu walaupun di uji dengan berbagai ujian, apa yang lebih parah ialah ujian hati dan perasaan. Ketepikan soal itu duhai hati~biapun pahit untuk ditelan, walaupun langkah terasa berat bagai diusung batu seberat gunung..perjuangan menuntut ilmu harus diteruskan, Allah swt uji aku dengan ujian ini, walaupun aku tahu…kesudahannya tetap juga akan memberi hasil sebegini, namun aku degil..masih terus menerus tanpa henti, tetapi kini aku sedar, tidak perlu aku sandarkan pada harapan palsu yang aku sendiri cipta…ok, berbicara mengenai ilmu, kini sedar tidak sedar, sudah masuk minggu ke 8 aku berada di bumi INCEIF ini, semakin lama aku di sini, semakin banyak tugasan yg perlu dipikul, memandangkan tempoh pembelajaran yang akan berakhir dengan peperiksaan pada bulan 5 ini, presentation, assignment, tutorial semakin rancak..tekanan demi tekanan semakin menguasai diri. Ish2..kalau di campur dgn tekanan jiwa ini, makin teruk lah jadinya, sedarlah wahai Hanan bahawa ianya sudah berakhir, fokuslah pd pembelajaran, bandingkan dengan sahabat2 yang saban hari saban minggu bertungkus lumus tanpa henti, jgn jadikan ujian demam selama 2 minggu sebagai alasan bahawa kamu ketinggalan, jangan jadikan alasan lukanya hati dan perasaan sebagai halangan untuk berjaya, biarlah kasih yang disemai pudar dimakan hari dan zaman, aku yang yang harus dipersalahkan…ok!!! Dah2..kembali hanan yg bersemangat + rajin + ceria + comel (angkat bakul sndiri) hehe~ smoga hanan harini lebih baik dari hanan sebelum ini, aturkan perjalanan kembara menuntut ilmu, dengan persiapan yang rapi dan teratur, bagaimana dengan pengangkutan ke medan ilmu? Sudah siap ke wahai hanan? Kapal @ kemudi @ kereta kebal @ kapal terbang @ keretapi ayam @..?? bagaimana dengan perkakas ke medan ilmu ? sudah siap ke wahai hanan? Parang @ pistol @ senapang @ keris@ ..? rancangkan perjalanan ke arah hasil yang lebih baik, kelak dirimu akan menyesal..tetapi usah gopoh, tenangkan fikirkan, baiki perancangan, hidupkan kembali semangat dan keazaman, kembali ke zaman kegemilangan, baiki diri ke arah perubahan yang lebih baik, usah campur tangan dengan kehidupan orang yang boleh membuatkan kita sedih dan kecewa, syaitan sentiasa berada dgn di sekeliling kita, menghasut kita..membawa kita kea rah kelalaian dan kesedihan…think positive & everything will be ok, aja2 fighty hanan!! Sayangi diri !! saya sayang diri saya dan mahu hasil yang terbaik untuk diri saya kerana sy sedar hanya ada satu WAN HANAN HANIM di dunia ini, hanya ada satu peluang untuk sy membentuk diri, kerana dunia hanya sekali…so, terima sgala ujian Allah swt dengan redha, insya allah smua masalah akan berakhir dgn izinnya, sy sayang diri saya!! J