Friday, April 29, 2011

26) ExAm MoDe :)


Assalamualaikum wbt..cuba mencari masa sambil mendengar lagu Insya Allah dr Maher Zain membersihkan sisa-sisa sawang di blog tersayang...
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
baru tadi call tok di alor star, sbb teringat pesan baba, suruh call tok, mnta doakan kejayaan, ya allah berilah aku kekuatan fizikal dan mental, kadang2 bila aku rasa lemah dan tak berdaya..Engkaulah yg m'hembuskan angin2 semangat kpdku ya allah, tiadalah aku berdaya melainkan krnMU, demi mengejar ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat...cuba mencari kekuatan sedaya upaya yg mungkin, skrg perasaan risau + takut + gelisah nk hadapi exam, aku kira ni perkara yg normal bg smua pelajar yg akan menghadapi exam, doakan kejayaan aku ye smua, bila baba smngat nk smbng study dlm bidang yg sama mcm aku, mcm bb bagi pengharapan kt aku ntuk truskan smngat belajar, aku pula rasa malu ngan baba, aku takut sngt aku jadi manusia yg "khusyuk dalam kemunafiqan"..perkara yg paling aku takut skali, takut tiada keikhlasan dlam belajar, nk penuhi harapan ibu bapa, mmg itu salah satu sebab untuk berjaya, ttp keberkatan tu plng penting...oklah, sdkit coretan b4 berjuang, huhu~ aja2 fighting!! hanan..u can do it!!..assalamualaikum :)

Thursday, April 21, 2011

25) HiDuP SeBaGai UlAmA' mAtI SeBaGaI SyUhAdA'-JaKim DuLu KiNI DaN SeLAmAnyA :)



Tiada kata dapat diungkap, tiada lagi bicara dapat disusun, hati semput menahan sebak, tekak kering diam x terkata ketika melihat insan bergelar ayah, berdiri di pentas memberi ucapan pengakhiran setelah hampir 33 tahun bernaung di bawah JAKIM. Aku, dia , kita dan kami sekeluarga membesar dan terus membesar, melihat kegigihan seorang ayah mencari nafkah demi keluarga tercinta, bukan sahaja demi keluarga, bahkan juga demi agama Islam tercinta. “Hidup sebagai Ulama’ mati sebagai syuhada” pegangan yg ayahanda pegang, nasihat allahyarham datuk kami, Abdul Aziz sentiasa dipegang. Baba seorang ayah yg tegas, tetapi disebalik ketegasan baba terselit kelembutan, ya allah terima kasih kerna kurniakan aku insan bergelar ayah, aku bersyukur ya allah..patah tumbuh hilang berganti, dewan penuh dengan sendu2 tangisan, tisu sudah basah dengan air mata, sapu tangan sudah bermacam-macam colour..akhirnya, yang tiada, tudung pula menjadi mangsa.

“bukan angka yg penting, ttp yg penting ialah bagaimana kita memanfaatkan setiap detik dan saat, itu menjadi kepuasan untuk saya. Walaupun sempat tiga tahun Sembilan bulan sebagai KP Jakim dr Julai 2007, saya bersyukur sangat, scra tawadhu’nya banyak impian saya dapat jelmakan selain daripasa mewarisi agenda-agenda lama sabahat terdahulu” (BABA)

“Makan sedulang, tidur sebantal, sekapal sepelayaran, sepadang sepermainan, sekhemah sepertiduran, sekereta seperjalanan, segelanggang seperguruan, seperinduk sepermainan, sampai masanya berpisah jua….”

“Selama hampir 33 tahun di JAKIM, banyak mempengaruhi sentimen peribadi, dari segi keterikatan dan kasih sayang tidak boleh dinafikan. Tetapi saya menerima realiti hidup bahawa setiap perjalanan pasti ada penghujung. Saya memberi kenyakinan penuh, JAKIM akan terus cemerlang seumpana ibu bapa mengharapkan zaman anak-anaknya akan lebih cemerlang daripada zamannya”

Ayat yg paling aku x tahan, pengharapan seorang ayah terhadap insan bergelar anak. Begitu ramai orang yg baba sanjung, dan yang menyanjungi baba, yang bersama-sama baba menempuh cabaran dan tohmahan demi mempertahankan agama Islam tercinta. Pelukan demi pelukan, tangisan demi tangisan..jiwa yg kental menahan sebak. Hanya Allah swt yg mengetahui, namun di akhir kalam yg baba susunkan, dakwah baba x akan terhenti, kerana dunia ini luas ntuk diterokai, selagi nyawa belum terputus dr badan, pengorbanan terhadap agama akan tetap diteruskan. Apa yg baba harapkan semoga segala usaha keras baba diterima oleh Allah swt sebagai perhitungan di akhirat kelak. < sedikit cebisan rahsia dr anakmu, hanan>

Sunday, April 10, 2011

24) PaMeRaN MIHAS :)

Assalamualaikum wbt, entry kali ini hanya ingin berkongsi pengalaman melawat MIHAS (The Global Halal Market Place) yg berlangsung pada 6-9 April 2011 d KLCC pd hari sabtu lepas. Sebernarnya perancangan awal di buat bersama adik2 (huda, ammar dan syidah), hajat hati nk g bersama hari sabtu, so juz suruh ammar ambil di plaza & trus pergi bersama diorng smua, lakin perancangan x menjadi, ammar kena ikut baba g kenduri, huda pula kena ikut wah g hari keluarga, so plan ngan syidah jmpa terus d KLCC, actually hari jumaat kawan-kawan (amirah, syikin & mun) dh ajak, tp menolak dengan baik, coz kata nk g ngan adik2 hr sabtu, but it’s ok..bertolak ke KLCC dr plaza berseorangan sbb time tu kawan2 serumah smua dh blik kg halaman, fieza blik Pahang, amirah balik kedah & syikin balik ke syah alam, so perjalanan dimulakan dgn bismillahirrahmanirrahim..eh silap, dimulakan dgn makan tengahari di plaza, kemudian bertolak ke steyen putra kg baru, dan membeli tiket a’altul ke KLCC rm 1, actually x tahu pameran MIHAS d mana, syidah pun x smpi KLCC lg, tgh berjalan masuk ke KLCC, berjalan & berjalan tiba-tiba terserempak dgn seseorang, pandang skali x cam, pandang 2 kali baru cam, kecil betul dunia, hehe~ jmpa k.Lela pelajar mansurah d mesir yang juga pulang ke Malaysia bulan 10 tp lain flight, kenal k.Lela ni sewaktu menginap d ARWP, dia menginap sementara d ARWP ntuk join markaz sibayweh d hayyu sabi’, (teringat dulu ada survey markaz sibayweh before masuk markaz nile, hehe~), ok smbung2, berborak skjp & smpt tukar no hp & akaun FB, rupa2 nya k.lela skrg jalani latihan sebagai eksekutif halal di Melaka & dikehendaki untuk join program MIHAS nie, bgus2..pandai dia cari peluang J, so k.Lela bawa aku g tmpt pameran, dia dikehendaki msuk dewan pukul 1, so dia tnjukkan tempat yg aku perlu tuju & kami berpisah d situ, sampai nya aku di kawasan pameran , aku dikehendaki mengisi borang pelawat & memakai sticker pelawat, kemudian aku masuk ke hall 1, petugas check sticker pelawat, rata2 pelawat tampal kt tudung, tp aku kreatif, tampal kt buku, bila petugas tanya, dik! Mana sticker?? Aku jawab, Nie.. (smbil tunjuk sticker aku kt buku) malas nk lekat kt tudung,hehe..

Then meneruskan misi, mulakan lawatan dr arah kanan dewan, ikut tertib, coz klu bleh x mau terlepas langsung setiap satu pameran, sebenarnya ada 4 hall, so agak besar jga, jd berjalanlah aku dr satu pameran ke satu pameran,smuanya berkaitan produk halal dr merata Negara, apa yg menariknya, bagi makanan halal, mereka sediakan sample, so rata2 pengunjung merasai sample2 tersebut, termasuklah aku, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari,hehe~hampir kenyang aku dibuatnya, pergi ke satu pameran ke satu pameran, bermacam 2 produk makanan dan minuman, yang x tahannya, aku ni penggemar kopi, bermacam 2 jenis kopi aku try, kopi perisa nenas, kopi hitam, kopi kacip Fatimah dll..agak2 effect x badan nie, so far ok je,hehe~tp yg x tahannya masa g pameran kopi cap hang tuah, my favourite kopi, ada patung manusia pakai baju hang tuah, ingtkan patung lilin, ramai jga org kerumun, rupa2nya manusia betul, agak kagum jga, selang beberapa jam elok je nampak “lelaki patung” tu berlegar2 kt kawasan pameran dgn baju hang tuah dan kerisnnya, buat org terperanjat je, hehe~then meneruskan misi melawat pameran 2 halal yg bukan berkaitan makanan, bank Negara, suruhanjaya sekuriti, may bank dan sebagainya, ada juga pameran mesin2 proses makanan halal dan sebagainya, Alhamdulillah so far puas hati, beli sdkit makan ntuk adik pijih, dan keluarga di rumah, after selesai, bertolak terus pulang ke rumah & smpi rumah dlm pukul 8pm, dlm train huda msge “ korang wajib pergi masjid mizan mlm ni, ada Dr Habeeb Umar, Dr Afifi dll smpna smbutan maulid” mksud huda wajib tu maknya best sngatlah, time tu baba, k.jijah dan huda sdah ada d masjid mizan, so plan ngan ammar dan syidah g msjid mizan lpas smbhyg isya’, tetiba syidah x jd g, so plan x jd, mama plak mlm tu kena g kenduri aqiqah ngan dah & abg atho dkt ngan rumah je, so plan bertukar, x jd g msjd mizan, g mjls aqiqah, so far oklah sbb dekat, actually badan dh letih coz dah berjalan pusing pameran dkat 6 jam, so smpi rumah, terus melabuhkan badan ntah mana2 ntah, smpi dah kejut banyak kali dah x dgr dah…haha~oklah nilah sdkit sbnyak pengalaman ke MIHAS dan kenduri aqiqah, stakat ni sj, aku beransur dulu, assalamualaikum J

Tuesday, April 5, 2011

23) AsSiGnMeNt & FiNaL ExAm :)

Nikmat nya yang manakah..yang telah kau dustakan..bila engkau hidup dgn udaraNYA..nikmatnya yg manakah..yg telah kau dustakan..takkan adaaaa..intro ntuk blog ni dr lagu Miranda, indonesia,syukuri nikmat tuhan..alhamdulillah wa syukrulillah, minggu ini adalah minggu yg amat melapangkan aku, smua assignment sudah siap dihantar, setelah berhari2 bertungkus lumus, dr saat ke saat, minit ke minit, hari ke hari, minggu ke mingu, non stop tanpa henti mengadap laptop yg sudah panas gara2 dibuka hampir 24 jam sehari ntuk menyiapkan assignment, mujur laptop kesayangan yg mengerti akan pengorbanan aku sebagai seorang penuntut yg perlu berkorban masa dan tenaga, demi memenuhi harapan ibu bapa, keluarga, agama tercinta..aku adalah aku, seorang insan biasa yg sedang berjuang, dan trus berjuang di medan tahrir..eh silap, medan ilmu J..correct me if im wrong,hehe~ terima kasih ya allah yg telah memberikan aku kesempurnaan akal fikran yg waras, tubuh badan yg sihat untuk aku meneruskan perjuangan, hari demi hari, semakin aku merasa bersyukur di atas nikmat kurniaanNYA..tiadalah lahirnya HANAN tnpa DIA, tiadalah sempurnanya HANAN tanpa DIA..smuanya kerana DIA, tuhan robbul jalil…

Harini aku dapat berita istimewa, bg aku cukup istimewa, apa yg istimewanya hanan? Ya.. istimewanya..exam final akan dibuat di dewan syarahan utama masjid negara, istimewa bukan? Cukup istimewa & insya allah moga beroleh keberkatan dr NYA..asignment sudah siap dihantar, exam final pula akan bermula pd 3 mei, hanya tinggal 27 hari lagi ntuk aku mengulangkaji, minggu depan ada satu lg presentantion, study group pula sudah start dirangka di dalam kelas td, minggu ni aku akan pulang ke rumah, setelah 2 minggu tidak pulang (klu pulang pun satu hari je), mmg x smpat..so minggu ni ambil masa 2 hari, itu je masa yg ada, huhu~ntuk kutip balik smngt, mnta restu jumpa mak ayah smua, nk exam final, kemudian akan pulang smula ke plaza, teruskan pembacaan, study hard and smart insya allah J..hanan berjanji akan buat yg terbaik ntuk exam final ni, insya allah J..sy adalah hanan dan sy mahukan yg terbaik ntuk diri saya, tiada siapa yg mampu menolong diri saya melainkan diri saya sendiri, so buatlah yg terbaik kerana sy sayangkan diri sy, dan mahukan yg terbaik ntuk org di sekeliling sy J..kt bawah ni jadual exam sy :

  • syariah rules & Islamic Financial > 3 mei
  • syariah aspect > 4 mei
  • islamic economics > 5 mei
  • reporting > 9 mei
  • deposit > 11 mei

Doakan yg terbaik ntuk saya, terima kasih semua, sy sayang kamu semua J