
Harini nk bicara mengenai Novel Stanza Cinta, karya Nurull Halawati , seorang graduan bidang Quantity Surveyor dari UITM Syah Alam. Ada beberapa petikan ayat yg aku cukup gemar, mahu kongikan di blog tersayang. Buku ini aku beli d MPH Alamanda, selepas dikenalkan oleh seorang kenalan, baru semalam aku menonton drama “stanza cinta” di televisyen, rasa nk ketawa je bila mengenangkan watak cik ainon, warden d asrama amni sorfina, semalam drama mengenai amni sorfina yg menjemur baju di ampaian cik ainon. Sesiapa yg membaca novel ini, pasti tahu jalan ceritanya J Penulis, Nurull Halawati berjaya membuat aku memahami cinta dr sudut pandangan Islam. Ayat2 yg puitis selari dgn tajuk novel ini “stanza” yakni puisi @ syair, membuatkan gusi tidak kering membaca. Aku cukup teruja dengan pendekatan yg beliau bawakan. Cukup mudah difahami & agak bagus untuk di jadikan petunjuk buat generasi2 muslim di luar sana. Yg mana baik kt jdkan teladan, yg buruk kt jdkan sepadan. Ok, bercakap mengenai penggunaan ayat2 yg puitis ni, aku nk kongsikan beberapa petikan ayat yg aku cukup suka + berkenan J
· Ni doa bila kawan kita kesusahan, dilanda resah dan gelisah
Ya Allah, anda sahabatku resah, tenangkanlah hatinya, dengan teduhan makrifah-Mu, Andai sahabatku terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranmu, andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangmu, andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganmu, Ya allah, jangan kau biarkan hatinya, jiwanya, dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi, khusyukkan jiwanya dlm rukuk dan sujudnya ketika menghadapmu, berikanlah kejayaan pdnya di dunia mu, juga di akhiratmu kelak, semoga dirinya itu saudara ku selamanya, amen ya rabbal a’lamin J
“ Barangsiapa yg memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yg melapangkan suatu kesulitan sesama Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan daripada beberapa kesulitan pd hari kiamat. Dan barangsiapa yg menutupi kejelekan orang lain, maka Allah akan menutupi kejelekannya pd hr kiamat “ (HR Bukhari dan Muslim)
· Ayat ni pula untuk ibu J
“Ketika aku menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yg istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan shj mampu melihat yg luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yg disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yg sngt kuat, yg dicipta daripada bahan yg tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata2 pedih yg dikeluarkan daripada anak2 yg dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agak dapat menjadi tempat anak2 nya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan2 yg cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak2 nya ketika bekerja seharian mengurskan keperluan mereka.
“ Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakn satu lubang kecil untuk air matanya, Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila2 pun dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal2 yg melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada kerenah anak-anak yg seribg menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya “.
· Ayat suci dan kata2 bermadah dr Ustaz Taufiq kepada Amni Sorfina ketika amni sdg bersedih setelah kehilangan shbt karibnya, Umairah J
“Sesungguhnya orang2 yg mengatakan: “ Tuhan kami ialah Allah,’ kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. “ (Surah Al-Ahqaf:13)
“Bersihkan jiwamu dahulu, pasti tuhanmu akan membantu!, Orang yg bersih hatinya, sentiasa rendah diri dengan Allah, Sering shj bersangka baik dengan tuhannya, jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata, “kerana dosakulah ujian ini datang”, “tuhan menghukumku kerana dosa2 ku”, “Moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dahsyat”. Tatlala dirinya mendapat nikmat, dia berasa malu dengan tuhannya, kerana berasa dirinya tidak layak, menerima nikmat itu. Hatinya gelisah. “ Apakah maksud tuhan memberi aku nikmat ini?”, Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?”. Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara, kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya. Hajat2nya yg tidak didapatkannya, dia redha. Sentiasa berbaik sangka dengan tuhannya, sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah, kerana dia tahu tuhan lebih bijaksana, mentakdirkan segala sesuatu, Apabila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya, kerana dosa akulah, aku disusahkan, dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan. Nikmat tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya. Hatinya sentisa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya, bila2 waktu shj akan menjemput. Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja, kerana dia tidak tahu, apakah diterima atau sebaliknya, kakinya di dunia, namun hatinya sentiasa bersama Allah, perasaannya sentiasa memikirkan akhirat, dan sering rindu akan pertemuan dengan tuhannya. Begitulah hati orang yg bersih dgn tuhannya. “
· Ayat2 cinta- mendalam maksudnya ;)
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu, dialah permata yg dicari , selama ini baru kutemui, tetapi aku tidak pasti, rencana Ilahi, apakah dia akan kumuliki ? “.
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…
“Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi apakah ertinya cinta pada insan jika cinta pada Khaliqnya belum tercapai”.
“Aku mencintaimu kerana Allah. Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah cintaku padamu”.
“ Ya tuhanku, temukan aku dengan cinta sejatiku. Isikan hati ini dengan cinta yg halal buatku. Dan tenggelamkanlah aku dalam kecintaan-mu, supaya tiada satu pun yg dapat memalingkan aku daripadamu”
“Kutahu bahawa dirimu merindukan kasih suci yg sejati, kuyakin bahawa dirimu mendambakan kasih putih yg hakiki, tetapi kusedari bahawa semua itu adalah salah dan juga keliru, akan membuat hati menjadi ternodai. Maafkanlah segala khilaf yg telah kita lewati yg membawamu ke jalan yg melupakan Tuhan. Kita harus berpisah untuk menjaga diri……untuk kembali harungi hidup dalam redha ilahi dan apabila takdir-nya kita bersama pastilah Allah akan menyatukan kita”.
“Ya tuhanku, aku tidak meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.”
Inilah antara ayat2 yg aku pilih dan yg amat aku gemar J. Berangan jd Amni Sorfina,hehe~Kalau aku Amni Sorfina, siapakah Ustaz Taufiq Imran? ;) Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku. Hanya Allah swt yg tahu J