Friday, September 2, 2011

36) AkU AnAk sAnTrI :)


Dikesempatan bulan Ramadhan yg mulia ni, aku ingin berkongsi saat-saat manis ketika aku menjalani satu program di bandung bermula dari 2 hingga 22 ogos di PesantrenDarul Tauhid, Bandung. Alhamdulillah seusainya short sem aku d INCEIF, kami diberi cuti selama sebulan, aku mula merangka sempena cuti Ramadhan tahun ni. Sahabat seINCEIF ku, asyikin mengajak aku ke bandung mengikuti Dauroh Ramadhan under Pesantren Darul Tauhid yg dikelola oleh Kiai Haji AA Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai AA Gym. Sememangnya sudah lama aku memendam rasa untuk ke Indonesia memandangkan abang aku Wasif kerap sekali ke sana.
Alhamdulillah kali ini aku berpeluang menziarahi
kota bandung. Aku, Hannah dan Asyikin menaik pesawat air asia ke sana dan tiba di bandara Hussein. Pak Amir supir teksi sudah menunggu untuk menghantar kami ke Darul Tauhid yang memakan masa 30 minit dari airport. Kami menginap di Cottage Darul Jannah selama 2 malam sebelum mendaftar sebagai peserta Dauroh. Kemudian kami berpindah ke asrama Darunnajah di mana di situlah asrama bagi peserta-peserta akhwat ditempatkan. Rata2 peserta berasal dari Indonesia dan cuma 4 peserta sahaja dari Malaysia. Kedudukan asrama Darunnajah yg agak jauh dari masjid dan
persekitaran jalan yg agak sesak dan bahaya mengubah fikiran kami untuk berpindah ke penginapan Aulia’. Kami berpindah ke Aulia’ kerana kedudukan yg strategik dan cuma memakan masa 5 minit ke masjid disamping
suasana yang selamat dan selesa. Dari situ, bermulalah aktiviti harian kami
sebagai santri Dauroh Ramadhan angkatan ke 8 di Darul Tauhid. Di Darul Tauhid, mereka bukan sahaja mengurus santri bagi dauroh Ramadhan sahaja, bahkan juga santri-santri lain juga turut mengikuti program di bawah Darul Tauhid iaitu santri Khusnul Khatimah bagi warga keemasan, santri khidmat masyarakat, santri qolbiah, santri mukim, santri tahfiz, santri iqtiqaf dan macam2 lagi. Suasana di kelas aku akan menjadi gamat sekiranya santri khusnul khatimah turut serta mengikuti kelas kami dengan telatah lucu mereka. Justify FullJadual-jadual program banyak dipenuhi dengan materi-materi dan kelas-kelas ibadah di masjid.


Bagi pihak akhawat, kami dibimbing oleh Teh Soly, dari sudu pembacaan al-quran dan sebagainya. Materi-materi dipenuhi dengan kelas-kelas Tauhid oleh ustaz Mulyana, seorang ustaz yg cukup kelakar, x sah kalau x ketawa dalam kelas beliau. Seringkali beliau bertanyakan “orang Malaysia faham? Dalam bahasa Malaysia kata apa?” disebabkan perbezaan penggunaan bahasa di antara Indonesia dan Malaysia J. Disamping itu, kelas ust Fakhruddin yang cukup mahir dalam bidang fiqh, tanya apa sahaja persoalan mengenai fiqh, beliau pantas menjawabnya dengan nada tenang dan bersahaja, ust Suherman seorang ust yg cukup bersemangat mengingatkan kita akan
cinta pada Allah dan Rasul. Aku masih ingat
kata-kata dari Ust Suherman, bilamana kita cuba melakukan dosa, ucapkanlah “allah bersamaku, allah melihatku, allah menyaksikanku”. Ayatlazim di dalam kelas yg sering kami laungkan “Alhamdulillah, luar biasa, allah huakhbar” . Antara kenangan manis di dalam program Dauroh ini ialah aku dan teman2 berpeluang mengikuti program curhat muslimah (curahan hati) secara live di dalam program televisyen
bandung. Disamping itu, aku telah terpilih untuk bercakap di dalam siaran radio managemen qolbu. Fm. Aku dan teman2 juga berpeluang ke Eco Pesantren yang terletak di satu kampong untuk program muhasabah. Kami dibawa dengan angkut (angkutan awam) ke sana,
Teman-teman sedauroh semuanya baik2 belaka, dan kebanyakan nya berdarah Sunda, apa yang aku dengar dan perhatikan, orang sunda ini berperwatakan lemah lembut. Mereka sering meminta maaf even dalam sekecil2 perkara. Mereka cukup gemar berkongsi bahasa dan bergurau senda dengan kami. Bukan sahaja teman-teman se “santri”, bahkan juga teman2 di sekitar Darul Tauhid juga x kurang mesranya. Hampir keseluruhan dari mereka yg kebanyakannya bekerja di Toko sekitar Darul Tauhid sudah mengenali kami disebabkan kami
kerap berulang alik ke masjid dan kelas di samping mencuci mata melihat barang-barangan yang di jual di Toko. Selepas solat tarawikh, x sah kalau kami x menziarahi Toko teman kami yang dipanggil Ani. Ani juga membantu kami membeli belah di Pasar Baru .Di Eco Pesantren juga, aku sempat berkenalan dengan kak Amel, dia membawa kami ke Jakarta untuk membeli belah di Toko Tanah Abang di samping melawat tempat2 menarik di Jakarta. Kami sempat menaik pengangkutan yg cukup unic ala2 tuk tuk di mesir tp menggunakan tiga tayar yg dikenali sebagai bajai. Di sana juga aku berpeluang mengikuti acara wisuda (penyerahan sijil) sebagai tanda penutupan program bg dauroh tersebut. Aku juga berkesempatan bergambar dengan Kiai Haji Aa Gymnastiar. Seusainya program, aku melawat gua japang (jepun) dan gua belanda bersama teman2 sesantri, Nuh, teh
Wulan, Mirfat, E-ma, teh eni, syikin dan Hannah. Aku berpeluang ke sana kerana rumah Nuh yang berdekatan dengan kawasan pelancongan tersebut. Aku berasa cukup kagum dgn ukiran gua yang cukup unic dan lebar, di samping cuba menyelami sejarah2 kedatangan belanda dan jepun ke Indonesia. Kami juga sempat berbuka puasa bersama dengan hidangan makanan masyarakat sunda. Sememangnya aku berasa sangat bertuah kerana dapat mengikuti program santri ini. Insya allah semoga apa yang perolehi di sana mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah swt. Amen
J