Friday, June 1, 2012

40) SiNgApOrE- MASyItAH WEdDiNg :)

Assalamualaikum wbt,


        Dikesempatan ini aku ingin berkongsi saat-saat manis ketika berkunjung ke kota singa, Singapura. Tujuan utama aku kesana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat seINCEIF ku, masyitah di Bedok. Bedok terletak di Timur Singapura. Aku, Farizah dan K.Fatihana memulakan perjalanan dari Kl Sentral menuju ke Johor Bharu bermula jam 9.30 pagi pada hari Sabtu dengan harga RM 40 dan tiket pulang dengan harga RM 36. Kami membeli tiket return dari kl sentral ke johor dan woodland ke kl sentral.  Ini kerana kami tidak perlu bersusah payah membeli tiket di Singapura kerana takut berlaku masalah di Singapura nanti. Kami membeli tiket pada hari Rabu, dan mendapat katil atas ke johor dan seat duduk kelas kedua (superior) pada waktu pulang ke Kl Sentral. Ini kerana kami tiada pilihan kerana tiket sudah habis dijual. Sebelum ke sana, kami meninjau tempat penginapan Di Johor Bharu menerusi internet. Kami bersepakat untuk menginap satu malam di JB Central Hotel dengan harga 140 semalam (bahagi 3 org) dan terus membuat pembayaran menerusi kad kredit. (milik kakak k.fathi). Ini kerana hotel tersebut terletak di tengah Bandar, berdekatan dengan tambak Johor.. Ini juga kerana hotel tersebut amat hampir dengan stesen keretapi, shopping complex, City Square dan tambak johor.

          Kami tiba di Johor Bharu pada jam 4.30 walaupun tiket dijadualkan sampai pada jam 330 ptg. Ini kerana keretapi berhenti di Gemas selama 15 minit bagi penumpang yg ingin membeli makanan bungkus dan air di samping memberhentikan dan menaikkan penumpang di station-station tertentu. Setibanya kami di Johor Bharu, kami terus meninjau bangunan-bangunan yg terdapat di situ, untuk mengenalpasti JB Central Hotel. Setelah mengetahui kedudukan hotel tersebut, kami terus bergegas berjalan kaki ke hotel dengan menembusi City Square Shopping Complex. Setibanya di Hotel, K.fathi menunjukkan resit pembayaran yg telah dibuat dan kami mendapat bilik di tingkat 19, 1908. Alhamdulillah, walaupun hotel tersebut adalah hotel lama, namun keadaan biliknya luas dan baik. Pada waktu malam, kami keluar selepas solat isya’ dengan tujuan untuk membeli hadiah perkahwinan masyitah dan makan di City Square yg betul-betul berada di sebelah hotel kami. Setelah selesai makan, dan membeli hadiah, kami singgah ke stesyen keretapi tadi untuk menanyakan jadual perjalanan keretapi ke woodland pada esok hari.

             Kami bercadang untuk menaiki keretapi ke woodland, Singapura memandangkan jalan darat yg mungkin akan sesak dan jem dari tambak Johor ke sana. Harga keretapi dr woodland ke Singapore adalah rm3 dan hanya memakan masa 5 minit. Berbeza jika kami mengambil bus kerana dijangka jalan akan jem dan sukar di bahagian pemeriksaan visa walaupun hanya berharga rm 2. Setibanya di woodland, singapura, kami mengisi boarding pass dan membuat pemeriksaan visa dengan mudah. Kemudian kami mengambil taxi ke station MRT marsiling menuju ke Bedok. Sebelum ke Bedok, kami harus menukar train MRT mengikut laluan ke Bishan dan Paya Lebar sblm selamat tiba d Bedok. Kami kemudian mengambil taxi dr Bedok dan menunjukkan alamat rumah Masyitah. Alhamdulillah, perasaan teruja menguasai apabila taxi selamat tiba di hadapan majlis perkahwinan mereka. Kami disambut dengan beg pakaian yg digalas di belakang dan memang kelihatan seperti seorang yg bermusafir jauh. ( x de siapa dtg kenduri bw beg pakaian :P, haha). Kebetulan pada masa itu, masyitah sedang didalam upacara bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara mara tanda perpisahan. Jadi kami mengambil kesempatan memerhati dari jauh sambil menyelami budaya dan adat perkahwinan masyarakat Sinagpura yang tidak jauh beza dengan masyarakat johor. Kemudian kami menjamu selera.


           Sedang kami bersedia utk mengadap desert yg sudah dihidang di depan mata, tiba-tiba terdengar satu announcement, “perhatian kepada Hanan, Farizah, dan Fatihana dari Malaysia, sila naik ke atas untuk berjumpa dengan pengantin. Farizah ingatkan ada tetamu yg juga bernama hanan di majlis tersebut, haha. Kami terus bergegas dan disambut untuk menaiki lif ke rumah pengantin di tingkat 9. Masyarkat Singapore mendiami rumah apartment bertingkat yg tersusun dan cantik. Ini kerana ruang Negara mereka yg kecil dan penduduk yang padat. Walaupun mereka tidak tinggal di rumah sebuah-buah seperti di Malaysia, namun infrastruktur amat baik dan terjaga. Kawalan terhadap penjagaan infrastruktur amat ketat. Oleh sebab itu, Negara mereka amat bersih, moden dan cantik. Susah sekali utk melihat sampah sarap di jalan maupun di air. Kami kemudia naik ke rumah masyitah dan mengucapkan tahniah. Selepas sesi bergambar, kami turun semula ke bawah dan menyambung santapan desert yg cukup menarik. Selepas itu, kami bergambar dan bersalam-salaman dengan sedara mara Masyitah. Kemudian kami pulang dan menahan taxi ke station bedok sebelum bertolak ke Merlion Park di station Raffles Place.


            Menurut wikepedia, Merlion merupakan tugu dengan kepala singa dan berbadan ikan. Nama Merlion diilhamkan dari mermaid atau ikan duyung dan lion atau singa. Tugu merlion ini direka oleh Fraser Brunner untuk Kementerian Perlancongan Singapura pada tahun 1964 dan telah diisytihar sebagai lambang rasmi Singapura pada tahun 1997. Kawasan Merlion dikelilingi bangunan-bangunan besar dan cantik. Setelah selesai bergambar, kami berjalan semula ke station Raffles Place menuju ke station Bugis di mana di situ terdapat Bugis Street yg menempatkan cenderahati-cenderahati yang boleh di beli sebagai kenang-kenangan kami di sini. Keadaan bugis street agak sesat seperti berada di pasar Hussein, di Mesir. Keadaannya juga berlorong-lorong tetapi mempunyai 2 tingkat. Kami sempat memberli key-chain. Kemudian kami bergerak ke Arab Street yg memakan masa hanya 10 minit dari bugis street. Keadaan di Arab Street jauh lebih tenang dan tidak sesak. Kami mengambil kesempatan singgah di Kampung Clam Café menikmati udara dan melepaskan penat lelah berjalan sambil menikmati minum petang. Kemudian kami membeli barang-barang utk kelurga di situ. Harga nya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di Bugis Street . Aku membeli alas meja utk ibu dan makcikku serta membeli tambahan key-chain buat keluarga dan teman.


       Kemudian kami singgah sembahyang jama’ di Masjid Sultan. Keadaan persekitaran di Arab Street sangat bersih dan sesuai utk beristirehat setelah puas berjalan. Keadaan masjid juga amat tenang dan cantik. Kami berehat smbil menunggu waktu maghrib. Selepas maghrib, kami solat jama’ dan singgah makan malam di Kampung Clam Café. Kami hanya memesan makanan bungkus kerana perlu kembali ke station Marsiling di Woodland. Ini kerana jadual keretapi dr Woodland ke Kl Sentral bermula jam 1130 malam. Jadi, kami bergerak dari Arab Street menaiki taxi terus ke City Hall station. Kami tiba kembali ke Bugis station kerana station City Hall direct ke station Marsiling yang memakan masa dalam 40 minit. (lebih kurang 14 station ke sana). Setibanya di Marsiling, kami menuju ke KTM woodland. Kami tiba 2 jam lebih awal iaitu jam 930 malam. Walaupun perut sudah kelaparan, kami mengambil keputusan makan di dalam train. Pada jam 1130, kami dibenarkan masuk dan membuat pemeriksaan passport. Kami kemudian duduk di tempat yg ditetapkan di gerabak pertama (M1) menuju ke Kl Sentral. Kemudian kami makan, bersembang dan tidur kepenatan. Alhamdulillah kami tiba di KL sentral jam 730 pagi. Aku dan Kak Fatihana bertolak pulang ke bangi dengan menaiki ktm ke UKM. Kemudian abgku amini menjemputku dari station dan menghantar k.fathi pulang. Alhamdulillah segala perjalanan dan perancangan ke Singapura berjalan lancar. Insya allah kenangan ini aku ku abadikan sebagai salah satu kenangan yang tidak akan aku lupakan J.