Wednesday, June 11, 2014

45) Be a Good Muslimah~


Sudah lama tidak menulis di blog yg kelihatan usang ini..Pada malam ini, sedikit punya kekuatan untuk menari-narikan jari jemariku di keyboard laptop kesayanganku ini. Hati sedikit pilu, mengenangkan soal duniawi yang sering berlegar-legar di fikiran ku ini. Permasalahan apakah yang ku harus tempuh dan terima akan suratan yang telah Dia tetapkan. Kita hanya hamba yang tidak mempunyai kudrat luar biasa. Hanya Dia mampu mengawal segala alur perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat sana. Kesedihan yang ku bawa ini, wajib di analisis dengan pemikiran yang matang dan bernas. Permasalahan ini harus dirungkai asbab dan musabab, punca di sebalik apa yang berlaku. Perhati tingkah laku, sejauh mana kau mengabaikan Dia, tuhan rabbul Jalil. Allah swt mengujimu dengan permasalahan kerana sikapmu yang semakin leka dan alpa. Tatkala permasalahan timbul, barulah kita menyerunya, memohon petunjuk dan jalan. Tidak kah ini tidak adil untukNya? Biar bertong-tong air mata mengalir, segalanya tidak akan kembali ke tempat asal, melainkan dengan kuasaNya. Oleh itu, apa kah senjata yang digunakan untuk menghadapNya? Senjatanya adalah DOA, DOA air mata taubat seiring dengan sikap dan tingkah laku yang baik. Tidak harus menyesal & meratap kesedihan, penguatnya hanya mengingatiNya. Dengan mengingatiNya, jiwa kan terasa tenang semula.  Sedih? Sedih? Ya…Allah mengetahui tahap kesedihan hambanya…kuatkan semangat, usah menangis, usah.. &.berhenti menangis, usah membuang air mata di setiap detik & waktu, usahalah..menjadi mukmin yg solehah ke arah menuju Jannah Allah swt.


Terkadang aku tersasar langkah.
terkadang aku mengeluh kesah..
tekadang aku menghempas lelah...
sungguh..
aku hanyalah manusia lemah...
YA ALLAH..
AMPUNKAN AKU... AMPUNKAN AKU...
Hidup ini tak selamanya indah. Kadang karam dipukul ombak, kadang tenang bagaikan angin bayu yang menyapa. Tak ada siapa dapat menjamin kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan ini. 
Cuma DIA, dan kalam indahNYA yang menjadi penawar bagi setiap kesulitan dan kedukaan. Hayatilah setiap bait-bait kalam Ilahi dalam al-Insyirah. 
Hati yang sabar, jiwa yang tenang walau dilanda badai, pasti akan beroleh kebahagiaan dan kegembiraan bila redha dengan setiap ujian daripadaNYA. InsyaAllah bi iznillah. Allahul Musta'aan..~ 
Sabar dan tersenyumlah! 


Sunday, April 28, 2013

44) HaDkaN CEMBURU aNdA :)


Ya Allah swt hindarilah aku dr sifat cemburu yang berlebih-lebihan...Ameen ya Rabbal A'lamin


Perasaan cemburu merupakan fitrah semulajadi manusia. Perasaan cemburu ini timbul atas dasar percintaan antara pasangan. Cemburu terbahagi kepada dua, iaitu berasaskan keimanan dan cemburu berasaskan nafsu. Cemburu berasaskan keimanan akan membawa keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga manakala cemburu atas dasar nafsu akan merosakkan rumahtangga.

Cemburu ada kesan positif dan negatif yg tersendiri..Sifat ini adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar dibendung dan ada pada dalam diri setiap insan yg bergelar manusia..Tapi berpada-padalah sebelum menurut rasa hati yang cemburu.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaei)

Seorang suami juga dituntut mengawal isterinya dari sebarang gejala buruk yang boleh merosakkan kehormatan dan nama baiknya. Lantaran itu dia digalakkan agar bersikap cemburu terhadap isterinya.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya:  “Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu, dan cemburu Allah itu ketika seseorang hambaNya melakukan sesuatu yang diharamkan ke atasnya."

Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

Allah S.W.T.  berfirman,

{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ}

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah SWT menyuruh iblis sujud pada Nabi Adam, iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih baik dari Nabi Adam a.s. Iblis cemburu kerana Allah SWT memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam a.s. Akibatnya, iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan dua orang putera Nabi Adam.

Qabil tidak puas hati apabila korbannya berupa buah-buahan yang kurang baik dan tidak ikhlas tidak diterima oleh Allah SWT sedangkan korban Habil dengan hati yang penuh ikhlas seekor kibas yang gemok dan sihat diterima oleh Allah SWT hingga menyebabkan Qabil rasa cemburu kepada Habil.

Qabil juga tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Kemuncak kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas mukabumi ini.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isteri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah SWT berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak reda pada takdir dan ketetapan Allah SWT. Jika kita sendiri tidak reda pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredaan Allah SWT? Dan jika Allah tidak reda pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud , seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih baik dan lebih mulia dari orang lain. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa orang yang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah SWT.

Jika kita dapati ada dikalangan masyarakat kita suka berbuat maksiat tatapi hidup kaya raya . Tidak semestinya kekayaan itu diberkati Allah SWT. Kadang-kadang rezeki yang Allah SWT beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata.

Rasullulah SAW bersabda maksudnya : "Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah".- (Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Istidraj adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan buangkan sifat cemburu yang negatif. Cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi  kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.


Friday, March 1, 2013

43) JoDoh iTU RaHsIa ALLAH swt ❤ (。◕‿◕。) ❤


Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang…

Sudah terasa agak lama jari ini tidak menari-menari mengisi coretan pengalaman di blog tersayang. Keadaan blog ini agak kelihatan usang, penuh dengan debu-debu dan sawang-sawang yg perlu dibersihkan. Kalau diikutkan, blog ini sepi tanpa coret coretan hampir 5 bulan lebih, sudah banyak entry-entry pengalaman-pengalaman buat bekalan diri ini yg sudah terlepas..Insya allah, akan ditebuskan sgla coretan agar menjadi satu moment yg dpt diabadikan~ dan juga coretan2 pembakar smngt..di samping sbg peringatan pd diri utk mnjd hamba yg tidak lupa akan kewajipan sbg seorg Muslim dan seorg anak yg patuh juga sbg seorg manusia yg berguna kpd manusia yg lainnya, ameen

Sedikit peringtan buat diri yg sentiasa lupa dan alpa, mengenai kegelisahan dlm diri yg mencengkam, utk mengajar diri kearah jiwa yg sntiasa berprasangka baik pd tuhan, yakni ALLAH swt…


SOAL CINTA? ❤ 

"Oleh kerana hati itu milik Allah, jika kita inginkan hati orang itu, mintalah dengan berdoa kepada YANG MEMILIKINYA, bukan merayu kepada pemegangnya."

Usah gelisah dgn dunia, Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

JODOH?


Saudariku ~

~Jodoh itu rahsia Allah.
~Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

~CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

~Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

~Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” 
Surah ke 36. Ayat ke 36.

Jadinya, enggak perlu risau sih…..walau dh jumpa org yg soleh, baik etc…dh penat engkau berusaha, dh letih kau mempertahankan cinta, jika Allah swt kata YA..maka “ya” lah ia…jika “tidak”, makanya…”tidak”lah ia…:)

❤ KE ARAH HATI YG SIHAT, BERSIH DAN POSITIF SENTIASA❤ (。◕‿◕。) ❤

Wednesday, September 12, 2012

42) Catatan Permusafiran ziarah saudara ramdahan ZiSRa, Yala Narathiwat & Pattani


      Alhamdulillah, impian dan cita2 utk menjejakkan kaki ke Thailand menjadi kenyataan. Pada 10-13 hb Ogos 2012, PKPIM dengan kerjasama PPIK telah menganjurkan Ziarah Saudara Ramadhan @  bulan posa di 3 daerah iaitu Narathiwat, Yala & Pattani. Tujuan program ini dijalankan adalah mengadakan ziarah mahabbah di samping membantu masyarakat2 muslim terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia disamping bagi meraikan syawal yg bakal tiba. Program kebajikan ini telah bekerjasama dengan Ferhd, yg diketuai oleh abg ismael @ abg Mael. Aku bertolak dari Terminal Kajang ke Rantau Panjang pada jam  9 malam & tiba pada pukul 6 pagi. Kemudian semua peserta berkumpul di rantau panjang pada jam 9 pagi. Seusai mendengar taklimat, kami bergerak ke imigresen Malaysia dan terus menuju ke imigresen Thailand sblm bergerak dgn berjalan kaki ke station keretapi. Bayaran yg dikenakan utk perjalanan ke Yala adalah sebanyak rm 13 @130 baht. Perjalanan keretapi sngt memberi pengalaman yg sungguh berbeza dalam erti kata lain sngt adventure J. Aku dapat melihat suasana hijau disepanjang perjalanan smbil memerhati gelagat masyarakat muslim Thai di sana.
        Timbul perasaan simpati bilaman rakyat muslim di sana ditindas dan dibunuh sesuka hati. Dari riya’ wajah mereka, wujud sifat tabah dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba di setiap masa dan saat. Kami tiba di stesyen Yala pada jam 11 pagi waktu Thailand (12 tghri msia). Kemudian, abg Mael menjemput kami dan membawa ke pejabat Ferhd yg terletak berdekatan dengan markaz Tabligh Yala. Disana kami berkenalan dengan kak Aisyah, Mariam, Abg Belly dan Muslim yang juga merupakan aktivis Ferhd. Kebetulan, hari itu hari jumaat, jadi smua peserta lelaki dibawa ke masjid manakala aku dibawa ke rumah kak Paridah utk bersiap2 bagi ziarah pada waktu petang. Selepas solat Jumaat, kami bergerak ke Kg Konnuri dimana di situlah terjadi tragedi 2 orang lelaki muslim  yg sedang duduk di warung kopi ditembak mati selepas habis solat tarawikh. Kesan tembakan masih kelihatan di pokok dan didinding warung. Isteri mangsa jelas duduk terdiam x terkata, dan seakan 2 tabah dengan musibah yg menimpa mereka sekeluarga. Kemudian, kami bergerak ke rumah mangsa dimana suaminya di tahan sudah hampir 9 tahun di penjara Bangkok. Sehingga kini, mereka masih tidak mampu berbuat apa2.
         Kedatangan kami hanya utk memberikan kecerian kepada mangsa dengan sumbangan baju kurung dan baju melayu , serta beras, gula dan air bancuhan. Disamping itu, kata2 semangat turut diberikan agar mereka sentiasa tabah dan kuat. Selepas itu, kami bergerak ke kampung Tarakbon utk berbuka puasa. Mereka menyambut kedatangan kami dengan juadah2 yg banyak dan menyelrakan disamping layanan yg 1st class. Mereka2 itu adalah ibu 2 yang kehilangan suami, abg, sedara mara dan sebagainya. Seusai solat maghrib, kami bergerak pulang ke Yala. Keesokan harinya pd hr Sabtu, aku dijemput dari rumah k.paridah pada jam 930 pagi. Kami memulakan perjalanan ke Kg Bana, kemudian ke Masjid Kerisik. Selepas itu kami membuat ziarah ke Kampung Gajah Mati. Selesai ziarah, kami singgah di Masjid Teluk Manok @ Masjid Wan Hussein. Kami juga sempat menziarahi keluarga Buddhist yg menjadi mangsa kekejaman askar Thailand di mana tengkorak kepalanya patah.
         Seusai ziarah, kami bergerak ke Kg Jamu 3, di Wilayah Saburi, Pattani bagi sesi penyerahan baju kurung & baju melayu kepada anak 2 kecil di sana. Menurut salah seorng penduduk di sana, kg tersbut sudah kesik @ sunyi disebabkan oleh para pemuda yg sudah keluar berhijrah dr kampung tersebut. Kami juga terus singgah di rumah wakil penduduk kg Jamu 3 utk berbuka puasa. Pada hari ahad, program diteruskan dengan acara di dewan tertutup di yala, aku ditugaskan utk memantau aktiviti bagi kanak2, bagi peserta lain mereka ditugaskan utk mengendalikan program utk kaum ibu.aku membawa kanak2 tersebut ke padang dan menbahagikan kepada 4 kumpulan. Masalah bahasa menyukarkan keadaan namun ianya dapat diatasi dgn baik. Kemudian, acara pengagihan baju kurung dan baju melayu di jalankan. Program tersebut sepatutnya selesai pd hr isnin, namun aku terpaksa pulang lebih awal kerana mendapat panggilan interview pada hari selasa. Jadi aku telah bertolak pd jam 2 pm pd hr ahad dan tiba di kajang pd hr isnin, dengan menaiki bus d rantau panjang pd jam 8. Program ini sngt bermakna dalam diriku, aku mendapat pengalaman dan kenangan yg tidak akan aku lupakan J

Sunday, July 8, 2012

41) BEiNg Me - MuSLimAh eMpoWeReD :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Pada 30 June (sabtu) yang lepas, aku dan adik-adikku (hannah, huda, nasihah) telah berpeluang untuk menjadi volunteer bagi program Being Me-Muslimah Empowered yang dikelolakan oleh Mercy Mission hasil lanjutan program yang lepas, Twin Of Faith. Program ini bertempat di MATRADE. Walaubagaimanapun, Program Being Me ini diadakan khusus buat muslimah-muslimah yang ingin menambahkan ilmu dan pengetahuan di samping mendengar ucapan dari speaker-speaker yang berpengalaman, diantaranya ialah Yasmen Mogahed, Myriam Cerrah, Dr.Fadila Grine, Dr.Halima Boukerroucha, Sheikh Tawfique Chowdhury dan ramai lagi.
Di samping itu, program ini dibahagikan mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti Conference Program, Parallel Workshop, Muslimah Awards, Sister’s Corner-In Sakinah, an Array of Muslimah attire, Me And My Other Half, Angel Investors & Daddy & Me. Aku dan Hannah mengemudi bahagian utama program iaitu di Main Hall, manakala huda dan nasihah di bahagian pendaftaran. Disamping itu terdapat juga persembahan busana muslimah dari Sri Munawarrah Design dan persembahan pentomen dari Sekolah Islam Adni.
Utk ruangan Main Hall, kami dikawal oleh Sis Hannah. Aku berkesempatan menjadi volunteer di Auditorium utama bersama adikku Hannah, di mana di situlah smua speaker2 jemputan memberikan ucaptama di samping berkongsi ilmu kepada para jemputan. Dewan utama dipenuhi oleh peserta yg berbilang usia. Agak letih mengemudi benteng utama program, namun bersyukur krna berkesempatan mengikuti program ini secara percuma.
Kami dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran majlis di area Auditorium utama, memastikan ruang2 kerusi dipenuhkan spya mmberi peluang kpd peserta2 lain ntuk duduk dan apa2 jua tugasan berkaitan Auditorium utama. Kami diberi port masing2 spya pantauan dpt dibuat dengan lebih berkesan. Namun tugas kami tidak terhenti di situ, masing2 bergerak aktif ke sana ke mari utk memberikan maklumbalas dan respon yg baik antara satu sama lain. Bagi volunteer d pihak akhawat, kami diarahkan ntuk memakai jubah & tudung hitam, & diberikan scarf lilit berwarna kuning.
Berbeza dengan Twin Of Faith, program Being Me ini diadakan di MATRADE berhampiran masjid Wilayah. Dewan utama MATRADE ini tidak seluas dewan di PICC Putrajaya. Jadi, berlaku sedikit permasalahan bilamana bilangan peserta terlalu ramai sehingga kekurangan tempat duduk. Keadaan di dewan agak kelam kabut di samping rungutan2 dari peserta yang dating menzahirkan ketidakpuashatian mereka. Namun Alhamdulillah, ketangkasan pihak pengurusan Being Me menjadikan keadaan kembali baik dan tenang. Peserta-peserta juga mula menumpukan perhatian.
Apa yang menjadi kenangan manis sepanjang program ini berlangsung bilamana kami, seramai 9 orang (saya, Hannah, huda, a’ah, najihah UIA, Syifa’ UIA, adila, azila, amira (kawan a’ah) ), menginap di asrama masjid Wilayah selama 2 malam. Kami tiba di masjid pada hari Jumaat petang, & check out pada hari ahad, & berkonvoi ke Damansara utk menghadiri jamuan penghargaan kepada smua volunteer. Walaupun agak keletihan, namun pengalaman melibatkan diri dalam program ini selama 1 hari memberikan pengalaman yg sangat bermakna dalam diri. Jika masih diberi peluang dan dipanjangkan umur, aku mahu melibatkan diri 4 da next coming event, insya Allah.

Friday, June 1, 2012

40) SiNgApOrE- MASyItAH WEdDiNg :)

Assalamualaikum wbt,


        Dikesempatan ini aku ingin berkongsi saat-saat manis ketika berkunjung ke kota singa, Singapura. Tujuan utama aku kesana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat seINCEIF ku, masyitah di Bedok. Bedok terletak di Timur Singapura. Aku, Farizah dan K.Fatihana memulakan perjalanan dari Kl Sentral menuju ke Johor Bharu bermula jam 9.30 pagi pada hari Sabtu dengan harga RM 40 dan tiket pulang dengan harga RM 36. Kami membeli tiket return dari kl sentral ke johor dan woodland ke kl sentral.  Ini kerana kami tidak perlu bersusah payah membeli tiket di Singapura kerana takut berlaku masalah di Singapura nanti. Kami membeli tiket pada hari Rabu, dan mendapat katil atas ke johor dan seat duduk kelas kedua (superior) pada waktu pulang ke Kl Sentral. Ini kerana kami tiada pilihan kerana tiket sudah habis dijual. Sebelum ke sana, kami meninjau tempat penginapan Di Johor Bharu menerusi internet. Kami bersepakat untuk menginap satu malam di JB Central Hotel dengan harga 140 semalam (bahagi 3 org) dan terus membuat pembayaran menerusi kad kredit. (milik kakak k.fathi). Ini kerana hotel tersebut terletak di tengah Bandar, berdekatan dengan tambak Johor.. Ini juga kerana hotel tersebut amat hampir dengan stesen keretapi, shopping complex, City Square dan tambak johor.

          Kami tiba di Johor Bharu pada jam 4.30 walaupun tiket dijadualkan sampai pada jam 330 ptg. Ini kerana keretapi berhenti di Gemas selama 15 minit bagi penumpang yg ingin membeli makanan bungkus dan air di samping memberhentikan dan menaikkan penumpang di station-station tertentu. Setibanya kami di Johor Bharu, kami terus meninjau bangunan-bangunan yg terdapat di situ, untuk mengenalpasti JB Central Hotel. Setelah mengetahui kedudukan hotel tersebut, kami terus bergegas berjalan kaki ke hotel dengan menembusi City Square Shopping Complex. Setibanya di Hotel, K.fathi menunjukkan resit pembayaran yg telah dibuat dan kami mendapat bilik di tingkat 19, 1908. Alhamdulillah, walaupun hotel tersebut adalah hotel lama, namun keadaan biliknya luas dan baik. Pada waktu malam, kami keluar selepas solat isya’ dengan tujuan untuk membeli hadiah perkahwinan masyitah dan makan di City Square yg betul-betul berada di sebelah hotel kami. Setelah selesai makan, dan membeli hadiah, kami singgah ke stesyen keretapi tadi untuk menanyakan jadual perjalanan keretapi ke woodland pada esok hari.

             Kami bercadang untuk menaiki keretapi ke woodland, Singapura memandangkan jalan darat yg mungkin akan sesak dan jem dari tambak Johor ke sana. Harga keretapi dr woodland ke Singapore adalah rm3 dan hanya memakan masa 5 minit. Berbeza jika kami mengambil bus kerana dijangka jalan akan jem dan sukar di bahagian pemeriksaan visa walaupun hanya berharga rm 2. Setibanya di woodland, singapura, kami mengisi boarding pass dan membuat pemeriksaan visa dengan mudah. Kemudian kami mengambil taxi ke station MRT marsiling menuju ke Bedok. Sebelum ke Bedok, kami harus menukar train MRT mengikut laluan ke Bishan dan Paya Lebar sblm selamat tiba d Bedok. Kami kemudian mengambil taxi dr Bedok dan menunjukkan alamat rumah Masyitah. Alhamdulillah, perasaan teruja menguasai apabila taxi selamat tiba di hadapan majlis perkahwinan mereka. Kami disambut dengan beg pakaian yg digalas di belakang dan memang kelihatan seperti seorang yg bermusafir jauh. ( x de siapa dtg kenduri bw beg pakaian :P, haha). Kebetulan pada masa itu, masyitah sedang didalam upacara bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara mara tanda perpisahan. Jadi kami mengambil kesempatan memerhati dari jauh sambil menyelami budaya dan adat perkahwinan masyarakat Sinagpura yang tidak jauh beza dengan masyarakat johor. Kemudian kami menjamu selera.


           Sedang kami bersedia utk mengadap desert yg sudah dihidang di depan mata, tiba-tiba terdengar satu announcement, “perhatian kepada Hanan, Farizah, dan Fatihana dari Malaysia, sila naik ke atas untuk berjumpa dengan pengantin. Farizah ingatkan ada tetamu yg juga bernama hanan di majlis tersebut, haha. Kami terus bergegas dan disambut untuk menaiki lif ke rumah pengantin di tingkat 9. Masyarkat Singapore mendiami rumah apartment bertingkat yg tersusun dan cantik. Ini kerana ruang Negara mereka yg kecil dan penduduk yang padat. Walaupun mereka tidak tinggal di rumah sebuah-buah seperti di Malaysia, namun infrastruktur amat baik dan terjaga. Kawalan terhadap penjagaan infrastruktur amat ketat. Oleh sebab itu, Negara mereka amat bersih, moden dan cantik. Susah sekali utk melihat sampah sarap di jalan maupun di air. Kami kemudia naik ke rumah masyitah dan mengucapkan tahniah. Selepas sesi bergambar, kami turun semula ke bawah dan menyambung santapan desert yg cukup menarik. Selepas itu, kami bergambar dan bersalam-salaman dengan sedara mara Masyitah. Kemudian kami pulang dan menahan taxi ke station bedok sebelum bertolak ke Merlion Park di station Raffles Place.


            Menurut wikepedia, Merlion merupakan tugu dengan kepala singa dan berbadan ikan. Nama Merlion diilhamkan dari mermaid atau ikan duyung dan lion atau singa. Tugu merlion ini direka oleh Fraser Brunner untuk Kementerian Perlancongan Singapura pada tahun 1964 dan telah diisytihar sebagai lambang rasmi Singapura pada tahun 1997. Kawasan Merlion dikelilingi bangunan-bangunan besar dan cantik. Setelah selesai bergambar, kami berjalan semula ke station Raffles Place menuju ke station Bugis di mana di situ terdapat Bugis Street yg menempatkan cenderahati-cenderahati yang boleh di beli sebagai kenang-kenangan kami di sini. Keadaan bugis street agak sesat seperti berada di pasar Hussein, di Mesir. Keadaannya juga berlorong-lorong tetapi mempunyai 2 tingkat. Kami sempat memberli key-chain. Kemudian kami bergerak ke Arab Street yg memakan masa hanya 10 minit dari bugis street. Keadaan di Arab Street jauh lebih tenang dan tidak sesak. Kami mengambil kesempatan singgah di Kampung Clam Café menikmati udara dan melepaskan penat lelah berjalan sambil menikmati minum petang. Kemudian kami membeli barang-barang utk kelurga di situ. Harga nya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di Bugis Street . Aku membeli alas meja utk ibu dan makcikku serta membeli tambahan key-chain buat keluarga dan teman.


       Kemudian kami singgah sembahyang jama’ di Masjid Sultan. Keadaan persekitaran di Arab Street sangat bersih dan sesuai utk beristirehat setelah puas berjalan. Keadaan masjid juga amat tenang dan cantik. Kami berehat smbil menunggu waktu maghrib. Selepas maghrib, kami solat jama’ dan singgah makan malam di Kampung Clam Café. Kami hanya memesan makanan bungkus kerana perlu kembali ke station Marsiling di Woodland. Ini kerana jadual keretapi dr Woodland ke Kl Sentral bermula jam 1130 malam. Jadi, kami bergerak dari Arab Street menaiki taxi terus ke City Hall station. Kami tiba kembali ke Bugis station kerana station City Hall direct ke station Marsiling yang memakan masa dalam 40 minit. (lebih kurang 14 station ke sana). Setibanya di Marsiling, kami menuju ke KTM woodland. Kami tiba 2 jam lebih awal iaitu jam 930 malam. Walaupun perut sudah kelaparan, kami mengambil keputusan makan di dalam train. Pada jam 1130, kami dibenarkan masuk dan membuat pemeriksaan passport. Kami kemudian duduk di tempat yg ditetapkan di gerabak pertama (M1) menuju ke Kl Sentral. Kemudian kami makan, bersembang dan tidur kepenatan. Alhamdulillah kami tiba di KL sentral jam 730 pagi. Aku dan Kak Fatihana bertolak pulang ke bangi dengan menaiki ktm ke UKM. Kemudian abgku amini menjemputku dari station dan menghantar k.fathi pulang. Alhamdulillah segala perjalanan dan perancangan ke Singapura berjalan lancar. Insya allah kenangan ini aku ku abadikan sebagai salah satu kenangan yang tidak akan aku lupakan J.


Tuesday, February 21, 2012

39) KoNvEnSyEn fIqH UmMah (kFIQH) :)


Bismillahirrahmanirrahim,

 
Selesai sudah program Konvensyen Fiqh Ummah yang julung2 kali diadakan di PWTC pada 18 & 19 hb feb 2012. Alhamdulillah aku berpeluang mengikuti konvensyen ini walaupun pada mulanya nama aku di senaraikan di dalam waiting list, kerana tiket sudah habis dijual. Dengan jasa baik Puan Fazilah Latif, aku berpeluang mendapatkan tiket dr beliau. Pada awalnya, aku perlu pulang ke kampong halaman di Kedah kerana ada majlis perkahwinan saudara ku di sg petani, kedah. Aku meminta izin dari baba utk menumpang di rumah sewa sahabatku Farizah d Apartment Melur, Sentul kerana program ini selesai  pd pukul 11 malam bagi 2 malam berturut2.

Konvensyen Fiqh Ummah ini, mengambil masa 2 hari, waktu yang sangat padat dengan lontaran ilmu2 dari saf2 Asatizah yang mahir dan pakar dalam bidang masing2. Kami diberikan kertas kerja yg sudah siap dijilid, Manhaj Fiqah Wathiy dan buku “piagam kefahaman islam-kesatuan ulama muslimin antarabangsa”. Pada pemerhatian aku, barisan asatizah ini menggunakan kepakaran ilmu yang ada pada mereka dan bersatu padu mengabungkan kepakaran mereka itu mengikut bab2 yang telah di spesifikkan mengikut bidang kepakaran masing2.
Antara ilmuwan2 yg hadir iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman, beliau bergabung dengan Ust Muhd Ramadhan Fitri Elias, dalam topic Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta. Satu tajuk yg sangat menarik minat aku, dengan penjelasan yg sangat tersusun dan cantik.Kedua-dua panel ini membentangkan topic ini dengan cara penyampaian yg mudah difahami kerana yg hadir kebanyakan adalah anak2 muda yg mempunyai latar pendidikan yg berbeza. Pembentangan dlm muamalah islam memberikan aku kefahaman asas yg penting.
Bagi tajuk “Wasatiyyah dalam turath/kefahaman khazanah Ilmu Islam”, dibentangkan oleh Ust Dr Abdul Basit Abd  dan Ust Ahmad Fauwaz Fadzil (anak kepad Ust Fadzil Noor) kedua 2 mereka sangat mahir dalam menganalisa kitab2 turath,  mereka memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai kitab turath, antaranya cara bagaimana utk memahami turath adalah membaca dgn guru yg mempunyai keahlian, menguasai ilmu bahasa arab, istilah2 ilmu bahasa, mantic dan balaghah serta menguasai buku2 matan yg kecil. Selain itu, Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim, Ust Dr Zahazan Mohamad & Ust Dr Mohd Sukki Othman membentangkan kertas kerja mengenai Wasatiyyah dalam kefahaman Teks Al-Quran dan Hadis. 
Wasatiyyah dalam akidah oleh Ust Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ust Mohd Aizam Mas’od, Wasatiyyah dalam Dakwah oleh Ust Mohd Zamri Mohd Zainuldin, Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang & Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, Wasatiyyah dalam penyucian jiwa oleh Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Wasatiyyah dalam ibadah oleh Ust Ahmah husni Abd Rahman dan Ust Dr Roslan Mohamed, Wasatiyyah dalam Siasah/Politik oleh Ust Dr Maszlee Malik dan Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Wasatiyyah dalam gaya hidup oleh Ust Mohd Izhar Ariff Nohd Kashim dan Imam Muda Asyraf. Tidak lupa juga penyampaian dr Syeikh Mufti Ismail Menk yg sangat menyentuh perasaan walaupun kadang kala diselitkan unsur2 lucu di situ.
 Di akhir program ini, Dr Zaharudin Abdul Rahman menegaskan akan meneruskan program ini bagi Konvensyen Fiqh Ummah 2, dengan membangkitkan isu2 fiqh yg tidak sempat dibangkitkan seperti Fiqh wanita dan sebagainya. Simpati dengan petikan di facebook Dr zaharuddin abdul rahman di facebook, “Kami merasa cukup serik dengan kos sewa dewan PWTC dan pengurusannya. Mula2 beritahu verbal RM 50 k untuk dua hari, apabila keluar surat semua lain. PA system dan elektik utk sesi malam shj kena caj RM berpuluh ribu, Percayalah, ini pertama kali KFiqh di PWTC dan terakhir. Kali seterusnya akan mencari venue lain yg tidak semahal PWTC. Juga ingin pastikan TIDAK BOLEH ada dewan besar berdekatan kerana bimbang akan ada lagi kumpulan tertentu cuba buat berdekatan pada tarikh yg sama dan tempat yg sgt berdekatan.”.
Macam2 jenis manusia, mungkin Kfiqh yg kedua boleh diadakan di dewan besar masjid wilayah, percuma jika bekerjasama dengan ahli jawatankuasa masjid, @ di PICC jika bekerjasama dengan JAKIM, insya allah. Petikan beliau lagi “Ada orang yang begitu cemburu dengan K-Fiqh lalu membuat fitnah sebagai penghibur hati mereka. Mereka memfitnah kononnya saya tidak mempercayai Imam Mahdi, padahal yg saya sebut di K-Fiqh adalah isu kebangkitan Imam Mahdi adalah furu' Aqidah & ada ulama yg menyatakan tidak mempercayainya TIDAK kufur. Tapi pemfitnah memfitnah saya beraqidah sedemikian, patutlah dakwah yang mrk bawa kerap dilihat serong, krn ia diegang oleh kumpulan pemfitnah & pesangka buruk sebegini, lagi tidak berakhlak dlm pandangan”,
Jangan mudah menuduh sebarangan wahai manusia, kita yg pergi menyaksikan sendiri program nit rasa terkesan jika org yg kita hormati difitnah dan dicerca, erm mcm2 manusia, huhu. Ala kulli hal, tak sabar rasanya utk menyertai KFIQH kali ke 2, moga program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dan mendapat ganjaran yg tinggi oleh Allah swt.