
Assalamualaikum wbt, entry kali ini ingin berkongsi cerita perjalanan hidupku sepanjang 2 minggu lebih ini. Alhamdulillah, Allah swt telah datangkan ujian setelah sekian lama aku tidak menerima ujian ini untuk membersihkan dosa-dosa kecilku, meng “kafarah” kan dosaku, apakah ujiannya? Ya, aku diuji dengan ujian “DEMAM” yg berpanjangan, setelah bertahun aku tidak merasai ujian ini. Hampir dua minggu kerjaku tergendala, disaat sahabat-sahabat aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar, sahabat-sahabat semua berlumba-lumba memulakan tugasan yang diberi oleh pensyarah, aku tersangkut..tidak mampu menahan ujian ini, dengan sakit tekaknya, selsema, batuk, panas badan dan sebagainya. Tisu sudah menjadi teman ku di dalam kelas, dan di merata2 tempat..tisu sentiada di tangan. Alhamdulillah apa yg aku ingin luahkan di sini, sepanjang demamku dtg bertandang, doa sentiasa mengiring perjalananku sebagai seorang pelajar yang cuba berhempas pulas meneruskan perjuangan di medan ilmu. Satu hari aku tumpas, tidak menghadirkan diri ke kelas, namun aku berterima kasih kepada mu Ya Allah, di saat aku malas ke klinik, engkau menghantar insan yang sudi menemaniku. Terima kasih ya Allah, terima kasih atas pertolongan dan doa dari sahabat2 yang aku sayang. Kini, aku cukup sedar dan bersyukur atas nikmat kurniaan yang Allah swt berikan pdku, sahabat-sahabat yang mengambil berat, aku cukup terharu. Maafkan aku kerna tidak memaklumkan pd ibu bapaku, keluargaku..aku silap~kerana aku tidak mahu mereka risau dgn keadaan kesihatanku. Ya~aku mmg degil, kadang2 apa2 perkara yang terjadi kepadaku tidak semua keluargaku tahu kerana itulah sifat semulajadiku. Alhamdulillah, minggu ini aku mengambil semangat, pulang ke rumah, berjumpa dgn ibu bapaku, keluargaku walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Insya allah semangat ini akan aku bawa ke tempat pengajianku. Terima kasih pada yang sudi mengambil berat dan mendoakan kesihatanku. Aku cukup terharu…J
No comments:
Post a Comment