Thursday, April 21, 2011

25) HiDuP SeBaGai UlAmA' mAtI SeBaGaI SyUhAdA'-JaKim DuLu KiNI DaN SeLAmAnyA :)



Tiada kata dapat diungkap, tiada lagi bicara dapat disusun, hati semput menahan sebak, tekak kering diam x terkata ketika melihat insan bergelar ayah, berdiri di pentas memberi ucapan pengakhiran setelah hampir 33 tahun bernaung di bawah JAKIM. Aku, dia , kita dan kami sekeluarga membesar dan terus membesar, melihat kegigihan seorang ayah mencari nafkah demi keluarga tercinta, bukan sahaja demi keluarga, bahkan juga demi agama Islam tercinta. “Hidup sebagai Ulama’ mati sebagai syuhada” pegangan yg ayahanda pegang, nasihat allahyarham datuk kami, Abdul Aziz sentiasa dipegang. Baba seorang ayah yg tegas, tetapi disebalik ketegasan baba terselit kelembutan, ya allah terima kasih kerna kurniakan aku insan bergelar ayah, aku bersyukur ya allah..patah tumbuh hilang berganti, dewan penuh dengan sendu2 tangisan, tisu sudah basah dengan air mata, sapu tangan sudah bermacam-macam colour..akhirnya, yang tiada, tudung pula menjadi mangsa.

“bukan angka yg penting, ttp yg penting ialah bagaimana kita memanfaatkan setiap detik dan saat, itu menjadi kepuasan untuk saya. Walaupun sempat tiga tahun Sembilan bulan sebagai KP Jakim dr Julai 2007, saya bersyukur sangat, scra tawadhu’nya banyak impian saya dapat jelmakan selain daripasa mewarisi agenda-agenda lama sabahat terdahulu” (BABA)

“Makan sedulang, tidur sebantal, sekapal sepelayaran, sepadang sepermainan, sekhemah sepertiduran, sekereta seperjalanan, segelanggang seperguruan, seperinduk sepermainan, sampai masanya berpisah jua….”

“Selama hampir 33 tahun di JAKIM, banyak mempengaruhi sentimen peribadi, dari segi keterikatan dan kasih sayang tidak boleh dinafikan. Tetapi saya menerima realiti hidup bahawa setiap perjalanan pasti ada penghujung. Saya memberi kenyakinan penuh, JAKIM akan terus cemerlang seumpana ibu bapa mengharapkan zaman anak-anaknya akan lebih cemerlang daripada zamannya”

Ayat yg paling aku x tahan, pengharapan seorang ayah terhadap insan bergelar anak. Begitu ramai orang yg baba sanjung, dan yang menyanjungi baba, yang bersama-sama baba menempuh cabaran dan tohmahan demi mempertahankan agama Islam tercinta. Pelukan demi pelukan, tangisan demi tangisan..jiwa yg kental menahan sebak. Hanya Allah swt yg mengetahui, namun di akhir kalam yg baba susunkan, dakwah baba x akan terhenti, kerana dunia ini luas ntuk diterokai, selagi nyawa belum terputus dr badan, pengorbanan terhadap agama akan tetap diteruskan. Apa yg baba harapkan semoga segala usaha keras baba diterima oleh Allah swt sebagai perhitungan di akhirat kelak. < sedikit cebisan rahsia dr anakmu, hanan>

No comments:

Post a Comment