Wednesday, February 1, 2012

37) TwIn Of FAiTh :)





Bismillahirrahmanirrahim..seperti yg dijanjikan, sudah agak lama program ini berlangsung, namun sedikit terlewat utk aku berkongsi saat2 manis ketika menjadi volunteer untuk program ini, TWIN OF FAITH. Program ini telah dijalankan di pusat konvensyen Putrajaya, PICC pd 24 dan 25 hb December 2011. Aku mendaftar sebagai volunteer hasil galakan dan semangat dr adik2 ku. Mereka sudah biasa dengan program kesukarelawan ini, namun berbeza dengan diriku. Kekangan masa dan jarak pengajian semasa menuntut d UUM menjadi salah satu factor yg menhalang aku turun ke KL mengikuti program2 sebegini. Alhamdulillah, kali ini aku berpeluang mengikuti program ini, program antarabangsa yg melibatkan speaker2 yg hebat dr dalam dan luar negara. Para peserta teruja dengan kedatangan jemputan 2 yg hebat seperti Sh Alaa Al Sayed, Sh. Yahya Ibrahim, Ust Zaharuddin Abd Rahman, Sh. Navaid Aziz, Boonaa Mohammed, Dr Bilal Philips, Sh. Hussein Yee, Muslim Belal, Abdullah Rolle, Sh Tawfique Chowdur, Muadz Dzulkefli, Wardina Safiyyah dan ramai lagi.


Utk ruangan auditorium, kami dikawal oleh Sis Hannah dan Sis Syaima’ dr Sri Langka. Aku berkesempatan menjadi volunteer di Auditorium utama bersama adikku Hannah, di mana di situlah smua speaker2 jemputan memberikan ucaptama di samping berkongsi ilmu kepada para jemputan. Dewan utama dipenuhi oleh peserta yg berbilang usia. Anggaran peserta yg terlibat adalah seramai 5000 orang. Agak letih mengemudi benteng utama program, namun bersyukur krna berkesempatan mengikuti program ini secara percuma. Kami dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran majlis di area Auditorium utama, memastikan ruang2 kerusi dipenuhkan spya mmberi peluang kpd peserta2 lain ntuk duduk dan apa2 jua tugasan berkaitan Auditorium utama. Kami diberi port masing2 spya pantauan dpt dibuat dengan lebih berkesan. Namun tugas kami tidak terhenti di situ, masing2 bergerak aktif ke sana ke mari utk memberikan maklumbalas dan respon yg baik antara satu sama lain. Bagi volunteer d pihak akhawat, kami diarahkan ntuk memakai jubah & tudung hitam, & diberikan scarf lilit yg berbeza warna mengikut zon masing2.
Terdapat banyak zon yg dijaga oleh volunteer 2 lain, antaranya Kids Zone, Workshop, Mother’s room, Marriage Corner dan banyak lagi. PICC pd ketka itu sangat meriah dan padat dengan kunjungan peserta2 program yg sungguh bersemnagat. Utk ruangan KidsZone, mrka harus mengemudi kanak2 pintar serami 250 orang. Adikku Huda menjadi volunteer utk zone ini. Berbeza dgn adikku Nasihah, dia membantu di bhgian kaunter pendaftaran, menghandle peserta yg ramai dan mmberikan beg dan pamphlet yg berkaitan. Para volunteer diberikan kupon utk makan tghri dan malam. Program ini berlangsung selama 2 hari, kami bergerak seawal 7 pagi dan pulang ke rumah pd jam 11 malam. Sebagai meraikan usaha volunteer Twin Of Faith ini, kami dijemput ntuk makan tengahari di Palm Garden Hotel di samping mengikuti Post Mortem bg program tersebut.Walaupun agak keletihan, namun pengalaman melibatkan diri dalam program ini selama 2 hari memberikan pengalaman yg sangat bermakna dalam diri. Jika masih diberi peluang dan dipanjangkan umur, aku mahu melibatkan diri 4 da next coming event, insya Allah.

~ Ke ArAh MeNgEjAr cItA2 :) ~

No comments:

Post a Comment