Alhamdulillah, hrini kami sekeluarga berpeluang mengikuti smbutan maal hijrah d Putrajaya International Conference Centre (PICC). Kami memulakan perjalanan dr rumah ke PICC pada jam 8.20 am. Setibanya di sana, seat di dalam dewan sudah dipenuhi dgn kontijen2 dr kerajaan sprti KWSP, BPR dan sebagainya. Mujur kami berjaya mencari seat kosong di sebalik kepadatan dewan picc tersebut. Kami sempat menonton persembahan dr kanak2 terutamanya kanak2 dr program adik-adikku musim 1 & 2 yang dimulai dgn nyanyian Muhammad Nabina oleh adik Mohd Naim dan kwn2 serta persembahan qasidah yg diketuai oleh Ust Farid Ravi, persembahan kanak-kanak dr kelab seni tari (kbnykan msih bersekolah rendah & tadika, comel2 bangat~) & pentomen mengenai kebebasan gejala sosial & nyanyian lagu maal hijrah scra beramai2. Untuk sambutan maal hijrah bg tahun ini, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah terpilih sebagai tokoh maal hijrah bg thn 1432 hijrah. Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, beliau terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. (rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Zeti_Akhtar_Aziz). Pengikhtirafan beliau sebagai tokoh maal hijrah mendapat sokongan dan tepukan gemuruh dr org ramai. Ini kerana jasa dan sumbangan beliau di dalam sektor ekonomi dan kewangan amatlah mengagumkan. Beliau juga telah mengangkat sistem kewangan Islam kearah sistem yang mempunyai daya saing yang tinggi. Aku turut merasakan penglibatan beliau di dalam sektor perbankan dan ekonomi di Malaysia adalah sebagai rahmat Allah swt yang tidak ternilai. Moga Allah swt merahmati segala usaha keras beliau, insya allah :)
No comments:
Post a Comment