X kan ku biarkan blogku bersawang :)…Entry kali ini hanya ingin berkongsi perasaan ku di saat aku di beri tanggungjawab oleh baba & mama untuk menjaga rumah sepemergian mereka ke negara luar yg tidak perlu aku nyatakan sebab musababnya bersama 4 orang adikku. Kini, di rumah hanya tinggal aku, kakakku (wah), adikku (pijih) dan k.pah. Abangku wasif pula telah dipanggil untuk meneruskan misi sukarelawannya ke Acheh sempena perasmian sekolah Turki di bandar Acheh. Semoga perjalanan ibu bapaku dan smua mendapat ma’firah dariNya. Apa yang dapat aku luangkan MASA di rumah? Adakah hanya bangun, tidur, masak, basuh kain dll? Adakah MASA hanya perlu dibazirkan dengan perkara2 di atas? “Demi MASA, ssungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang ingat mengingati, dengan kebenaran dan kesabaran2.”Alhamdulillah Allah swt m’beri kekuatan kepadaku untuk terus bersabar menanti tawaran untuk aku menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Insya allah aku akan terus menanti sehingga hujung bulan ini. MASA yang ada aku cuba luangkan dengan membaca kerna membaca itu sumber ilmu. Dengan membaca, dapat mempertingkatkan pengetahuanku lebih2 lagi di dalam bidang Muamalat. Aku perlu m’refreshkan semua apa yang telah aku belajar di UUM dahulu, perlu tahu setiap konsep jual beli, Mudharabah, Bai bithaman Ajil, Musyarakah, dan sebagainya. Amat memalukan skiranya ditanya, aku tidak dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai persoalan2 muamalat ini. Sementara ini, ramai kawan2 sedang berusaha mencari pekerjaan, & ada juga yang sudah memperolehinya, Alhamdulillah. Berkat usaha insya allah aku doakan kalian berjaya. Aku masih di sini, menanti & terus menanti. Tawaran UIA terpaksa aku tolak, disebabkan yuran pendaftaran yang terlalu mahal berbanding course2 lain di UIA, RM 8000 + perlu dibayar on da spot untuk pengajian Master Of Science in Islamic Banking & Finance. Aku yang menerima surat tawaran pada hari ke 2 terakhir untuk proses pendaftaran bingung & celaru, kerna tidak mampu menbayar rm 8000 terus sebagai yuran pendaftaran. Surat tawaran tersebut terpaksa aku tangguhkan ke July Intake, sebagai backup & aku tidak terus m’reject surat tawaran tersebut kerna memikirkan betapa bersusah payahnya aku, kakakku & abangku menguruskan urusan master bg UIA ini..Alhamdulillah, Allah swt telah memakbulkan permintaanku, di saat aku memerlukan pembiayaan untuk pengajian master, pihak KPT telah mengeluarkan iklan MyBrain, iaitu program pembiayaan bagi peringkat Sarjana dan PHD. Insya allah, I must to be a winner! Kerna sekiranya aku memperolehi biasiswa ini akan meringankan beban keluargaku. Biasiswa ini perlu dipohon setelah mendapat surat tawaran master. Kini, aku menanti tawaran dari USIM & INCEIF, insya allah bagi 2 institusi ini, pengajian akan bermula pada Januari thn 2011. Mungkin ada hikmahnya Allah berikan aku MASA, di ruang penantianku, dapatlah aku menelaah & mengulangkaji. Memang di dalam hatiku kerap terdetik “ bila nak smbng belajar ni, dh x sbar ni”, bila difikirkan balik, ruang MASA yang Allah swt aturkan mmg terlalu cantik. Sesudah shj majlis konvokesyen pada 31 November yang lepas, aku menguruskan urusan masterku, disamping meluangkan MASA bersama keluarga setelah 9 bulan 11 hari aku meninggalkan mereka. So, knpa perlu mengeluh & tidak sabar? Sebaik2 perancangan manusia, perancangan ALLAH swt jualah yang terbaik & maha baik, bersyukurlah kerana aku masih diberi ruang untuk bernafas demi berjuang. Sambil menaip ini, hatiku tenang mendengar lagu dr Haddad Alwi anti & vita “kau manusia pilihan..kau kekasih tuhan..kau penyayang kau pembawa, rahmat bagi semua… muhammad nabiku “ (sekadar iklan :)), angan2ku tidak akan putus berhenti di pertengahan jalan, Alhamdulillah stakat ini hampir kesemua perancanganku berjaya walaupun keputusan ijazah sarjana ku tidaklah begitu membanggakan. Aku bertekad untuk mendapatkan result terbaik di peringkat master nanti. Tidak mustahil bukan jika aku menjadi seperti pakar ekonomi Islam kt, UZAR (Ust Zaharuddin Abdul Rahman)? tidak salah kalau tinggi angan2, skurang2 angan 2 memotivasikan aku, bait2 kata yang pernah aku karang sewaktu berada di sem akhir UUM, “aku mmg selalu berangan2, tp angan2 aku ni adalah satu perancangan sebenarnya, merancang tu kan satu benda yg amat di galakkan..:)),bg aku, angan2 tu jga adalah satu cita2, cita2 yg aku cuba nk capai..angan2 memotivasikan aku…angan2 bukan sebarang angan2..huhu(banyaknya perkataan angan2” ya, aku memang selalu berangan2, esok adalah misteri..yang padanya terletak angan2 :), Ya Allah, engkau berkatikanlah perjuangan di dalam menuntut ilmu, aku malu akan dosa yang pernah aku lalukan, meski tersipu tertunduk malu..huhu~Ya Allah, kuatkan semangatku, jadikan aku hamba yang soleh, anak yang solehah, aku mahu mengembirakan hati kedua ibu bapaku….betapa perlunya aku berusaha gigih, smntara aku masih m’punyai kudrat & kuasa, capailah apa jua perkara yang nak dicapai sebelum ajal menjemputku, barakallahufik :)
“oooh..inginku lepas keluhku, pdmu tuhan penyayangku, ku akui smua dosaku meski tersipu tertunduk malu, jiwa dan hati tertutup debu akan ku tegurmu nafsu, ketaatanku tertimbun penuh dosaku tuhan tutupi aibku..tuhan jangan biarkan diriku smkn jauh tertipu nafsu, hanya padamu ku mohon ampun dr smua dosa, jari lemahku mengetuk pintu maafmu agar kau hapus salahku...tuhan dengarlah keluhku “
~Haddad Alwi anti & vita-Tuhan Dengarlah Keluhku~
No comments:
Post a Comment