Harini sudah masuk minggu ke 2 aku berada di INCEIF, so mcmna perasaan? Alhamdulillah so far, rasa bersyukur sangat sbb Allah swt beri peluang untuk aku menyambung pengajian di sini. Kondisi kelas yang selesa dengan sahabat2 seperjuangan yg rata2nya ramah dan banyak membantu, saling tolong menolong, ahli kumpulan yang serasi membuatkan hati ku lega. Syukur Ya Allah. Seingatku, perasaan sebelum kaki melangkah masuk ke INCEIF, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Di waktu itu, apa yg dirisaukan bagaimana aku hendak menyesuaikan diri dgn persekitaran pembelajaran yg smkn mencabar, adakah aku mampu berlumba dengan sahabat seperjuangan yang lain. Tapi kini, perasaan tersebut sudah hilang kerana aku melihat bahawa aku sendiri mempunyai potensi kearah mengecapi kejayaan. Diri sendiri perlu sentiasa kuat, berkorban demi kejayaan. Di dalam tempoh 14 minggu sahaja, 6 subjek perlu di kuasai, semangat kearah kecemerlangan perlu di teruskan, jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?Allah swt mengurniakan kepada kita akal fikiran, apa yang membezakan antara manusia adalah bagaimana dia menggunakan akal fikiran tersebut dengan sebaik2 nya. Aku patut bersyukur kerana aku mempunyai asas pembelajaran di dalam subjek yang ditawarkan. Cuma diharapkan aku dapat mempraktikkan perkara2 di bawah :-
1. semangat untuk membaca
2. membuat nota (mind map)
3. membaca rujukan tambahan
4. menyiapkan assignment lebih awal dr tarikh yang ditetapkan
5. menepati jadual belajar
6. merangka kerja yg perlu didahulukan
7. dan banyak lagi
Alhamdulillah, perjalanan dari asrama ke INCEIF jga tidaklah membebankan jika dibandingkan dengan kondisi sahabat2 yg lain yang sanggup berulang alik menaiki train dr kajang, subang, syah alam dan sebagainya. Perjalanan menaiki bus hanya mengambil masa 10 minit. Jadi, keselesaan dah ada, manfaatkanlah sebaik2 nya. Skrg sudah minggu ke 2, tinggal lagi 12 minggu untuk aku menghabiskan Part 1, exam pula pada bulan 5, 12 minggu adalah masa yg cukup terhad. Erm, ada juga sahabat ku yang mengajak keluar melancong dlm tempoh ini, pergi ke pasar malam..mcm2 dugaan, tapi diri sendiri kena pandai menolak, nilah ujian, bila Allah swt dh bagi keselesaan, jgn biarkan keselesaan tersebut melalaikan kt, tp ssah jga nk tolak pelawaan kawan, dlm hati dh jadi x ikhlas, kadang2 terpaksa mengiyakan, huhu~ujian dlm berkawan nie fitrah dlm kehidupan lebih2 lagi dalam tempoh belajar, klu kt mengikut rentak kawan yang malas, yang suka membazir masa, RUGIlah kita, so kt kenalah pandai menolak dgn baik, jgn sampi kawan termakan hati, nnti gaduh lagilah x syok nk belajar, ini peringatan untuk diri sendiri, jgn pula terlalu bendul, ikut sahaja telunjuk kawan, smpi study kt pun tunggang langgang, Ya Allah aku takut dalam tempoh pembelajaran aku yang singkat ini, aku menjadi manusia yg bendul, elakkanlah Ya Allah, nilah perkara yg aku risaukan, huhu~Insya allah smuanya baik2 aja, dapat kawan yg bleh ikut nasihat kt & kdg 2 dia mengajak kita untuk tidak membuang masa, jgn dekatkan aku dengan kawan yg boleh merugikan aku, sbnrnya ni atas diri kt sendiri, salahkan diri sendiri jika anda gagal nnti..ada faham??oklah, sbnrnya entry kali nie hanya ntuk membangkitkan semangat, sbbnya masa terhad, so jangan mensia2kan masa yang ada, satu lagi nk ingatkan diri sendiri bahawa betapa beruntungnya aku berada di bumi INCEIF nie, smoga aku tidak menjadi manusia yg MALAS dan RUGI, kheir insya allah J
Assalaamualaikum....sy baru lepas ijazah dan bercadang menyambung peringkat master di INCEIF,cuma disini nak tanya pembayaran "fee" bagaimana,perlu dibayar sekaligus ker di awal pengajian ? atau setiap pelajar di inceif itu disediakan biasiswa atau pinjaman ?
ReplyDelete