Thursday, January 13, 2011

12) KuALA KaNgSaR :)


Entry kali ini ingin berkongsi cerita mengenai perjalanan ke 2 buah kenduri. Kenduri kahwin yg pertama di Sg Buloh, kenalan bb & mm swktu bekerja di Malaysian High Commision London dahulu. Anak kepada Dr Hasanah yg dulunya menuntut ilmu di Universiti of London. Kemudian kami bertolak ke Kuala Kangsar untuk ke kenduri k.asiah & asyraf . K.asiah merupakan kakitangan di JAKIM & baru berusia 26 tahun. Dikesempatan itu, kami melawat pekan Kuala Kangsar yg penuh dengan bangunan bersejarah. Mama & baba mengimbau kenangan sewaktu kami adik2 bradik kecil dahulu. Di pekan inilah tempat baba dan mama selalu singgah sblm bergerak ke kg halaman di Kedah. Baba juga masih mengingati memori swktu zaman bujang ktka msih menuntut di UKM. Pekan Kuala Kangsar ini memang unik & membuatkan kita mengimbau memori lama. Diantara yg menarik ialah Malay College Kuala Kangsar, SMK Clifford, dan persekitaran bersejarah yg lain. Kemudian kami bergambar di hadapan Istana Sultan Azlan Shah & muzium diraja yang tersergam indah dan melihat keindahan Sg Perak dr jeti. Kami juga singgah di Masjid Ubudiah, biasanya aku hanya melihat di atas kepingan gambar shj, Alhamdulillah hrini berpeluang melihat dengan kaca mata sendiri. Berdekatan dengan masjid, terdapat Madrasah Idrisiah d Bukit Chandan. Seringkali aku mendengar mengenai nama sekolah ini. Bngnn sekolah & asrama yg strategik mengimbau kenangan sewaktu aku menginap di asrama SAMT KKB dahulu. Selesai sembahyang jama’, kami membeli ais krim dan duduk smbil menikmati keindahan persekitaran masjid. Kemudian kami bertolak pulang, dan singgah di R&R Tapah, kami jg smpt singgah minum di restoren mamak di present 9, Putrajaya. Ok, perjalanan hmpir tamat & sudah tiba di rumah. Semua sudah melabuhkan badan & sedang berada di alam mimpi, bye~ assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment