Tuesday, July 19, 2011

34) ExAm FeVeR~ShOrT Sem :)

Entry kali ini hanya ingin berkongsi perasaan di saat exam yg bakal menjelang tidak lama lagi. Kini jam di meja sudah menunjukkan pukul 4.53 am, tanggal 20hb julai 2007. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ku cuba untuk cuba dan cuba mengeluarkan roh2 semangat dalam diri. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan semangat kepada ku Ya Allah, dan smoga semangat yg aku dapat ini dapat aku kekalkan sepanjang tempuh ku berjuang di dunia Mu.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾ فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾ فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿٨﴾

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

yang memberatkan punggungmu?

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ya Allah mudahkan pembacaan ku, penghafalanku terhadap ilmu2 yg kau turunkan kepada ku Ya Allah. Berikanlah aku semangat dan kesungguhan di dalam mengharungi ujian dunia mu Ya Allah. Engkau titipkanlah semangat juangku sebagaimana kau berikan kepada hamba2 mu yg berjuang di jalanmu. . Moga engkau cerahkan hatiku untuk menerima ilmu. Ameeenn Ya Allah.

No comments:

Post a Comment