
Alhamdulillah, harini aku ingin berkongsi pengalaman menghadiri Inaugural ISRA COLLOQUIUM yg bertempat d Intercontinental Hotel pada 28 June 2011. Aku dan Farizah memulakan perjalanan dgn menaiki public transport selepas membuat tinjauan d Google Maps untuk mencari jalan ke hotel tersebut. Mujur tempat kolokium tersebut tidak jauh dari penempatan kami d Kampung Baru, kami hanya perlu menaiki train d kampong baru sebelum melintasi station KLCC dan turun d Ampang Park. Setibanya kami di sana, kami melilau mencari bangunan hotel, rupa2nya bgnn tersebut hanya berada di belakang station. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan perjalanan kami pd hr ini. Kami berjalan masuk dan mendaftar di meja pendaftaran. Aku lihat para peserta kolokium sudah mula membanjiri ruang d hadapan tempat persidangan. Tujuan kolokium ini dibuat adalah untuk melancarkan buku kewangan Islam iaitu “ Islamic Financial System: Principles and Operations”

dan juga perbentangan kertas kerja oleh penyelidik2 di dalam bidang kewangan Islam dari pelbagai institusi. Pada hari ini, buku tersbut dijual dgn harga RM 100, berbanding pada hari biasa iaitu RM 250. Oleh itu, para peserta berkesempatan untuk memiliki buku tersebut yg sememangnya amat bagus untuk dijadikan rujukan pd masa2 akan datang. J Apa yg menarik di kolokium ini ialah, aku dapat melihat insan2 berpengalaman dan mahir di dalam bidang kewangan Islam dr serata dunia membentangkan hasil kerja dan tesis mereka, di dalam bidang kewangan Islam dlm smua aspek dan bidang. Walaupun aku masih setahun jagung di dalam bidang ini, dan masih kurang pengetahuan dan pengalaman, namun sekurang2nya pengalaman yg aku dapat hari ini menjentikkan kembali semangat ku untuk terus berjaya di dalam bidang ini. Seringkali aku terbayang wajah bb yg mengharapkan kejayaan aku di dalam bidang ini. Tetiba rasa bersemangat juga nak minta bb mengaji di INCEIF~J Pada pukul 11,

kami mendengar perbentangan paper yg dibentangkan oleh Dr Sharbana Hassan dr Isra bertajuk “Principles of Wa’ad and Muwa’adah : Their Application in Shari’ah Contracts”, disusuli oleh Ustaz Muhammad Ali Jinnah bertajuk “Permissible Risks in Takaful”, kemudian “Shariah Parameter of Hilah in Islamic Finance” oleh Ustaz Mohamed Fairooz Abdul Khir, dan paper ke 4 oleh Dr Rusnah Muhammad yg bertajuk “ Market Segmentation and The Syariah Compliancy Process in Islamic Banking Institutions (IBIs). Kemudian sesi bersambung pula pd pukul 2.30 petang di mana setiap sesi di bahagikan kepada 3 iaitu Arabic Papers, Islamic Banking and Takaful dan Islamic Capital Market and General Islamic Finance. Kami dikehendaki memilih salah satu sesi kerana sesi berjalan dgn serentak. Aku dan Farizah membuat keputusan memilih sesi Arabic Paper kerana pembentang yg pertama adalah pensyarah Farizah sewaktu dia menuntut di University of Yarmouk. Teruja dia ingin berjumpa dgn pensyarahnya iaitu Dr Kamal Taufiq Khattab J. Selesainya perbentangan oleh Dr Kamal, kami bergegas ke ball room ke 3 iaitu untuk sesi Islamic Capital Market

and General Islamic Finance kerana ada topic yg aku tertarik di situ iaitu mengenai Sukuk Musyarakah dan Al-Ijarah Mawsufah Al-Dhimmah. Selepas selesai perbentangan oleh para2 penyelidik, mereka menyampaikan hadiah kepada para penyelidik yg berjaya membentangkan kerja kerja yg terbaik mengikut 3 kategori iaitu kategori 1> Innovation in Islamic Finance, kategori ke 2 > Innovation in Islamic Capital Market dan kategori ke 3 > Innovation in Takaful and Re-Takaful. Untuk kategori pertama di terima oleh Abdullah Ibn Qasim Ibn Muhammad Al Bazar dengan perbentangan Arabic Paper yg berkaitan Syarikat Takaful dan Waqaf, Kategori ke 2 di terima oleh Abdou Diaw dengan

kertas kerjanya mengenai Sukuk Musyarakah dan untuk kategori ke 3 diterima oleh Marhanum Che Mohd Salleh dgn kertas kerja mengenai Takaful Industry. Actually k.hanum ni duk sblah aku time sesi pagi, student PHD d UIA, x sangka pula pembentang kertas kerja & berjaya dapat award, tahniah k.Hanum J. Selesai shj penyampaian hadiah, Dr Akram Laldin dijemput untuk membuat ucapan penutup. Apa yg beliau simpulkan, kolokium seperti ini akan diteruskan pd masa2 akan datang untuk melahirkan generasi2 pelapis dan para2 penyelidik yg mahir di dalam bidang kewangn dan perbankan Islam ini.
P/s > tetiba rasa mahu “terbang lebih jauh “ selamat tinggal (tetiba je,hehe) J
No comments:
Post a Comment