
Harini merupakan hari ke dua aku berada di sini. Aku telah diamanahkan utk menjalani praktikal di lantai 30, Bahagian agency haji, Tabung haji. Aku mengambil kesempatan masa di pagi2 hari di pejabat pd hari ini utk menambah koleksi di blog tersayang. Semalam bersamaan 15 Rabiulawwal 1433 hijrah (8 februari 2012), aku tiba di bangunan Tabung haji tepat jam 9 pagi. Aku menaiki bus di bangi dan turun di central market kmdian dr pasar seni trus menuju ke ampang park. Perjalanan pergi ke TH mengambil masa 1 jam setengah. Perjalanan pulang pula mengambil masa yg lebih pnjng, aku bergerak dr ampang park ke kl sentral, kemudian mengmbil ktm ke station UKM. Harini aku bertekad utk tidak menggunakan ktm lg pulang ke rumah, krna keadaannya yg sesak dan padat di KL Sentral wlupun berada di ladies coach. Harini aku keluar awal kerana dikehendaki tiba di TH pd jam 8 am. So aku keluar rumah seawal 630 dan tiba d TH pd jam 7.55 am. Perancangan harini akan pulang dgn LRT dr ampang park ke masjid jamek kmudian tukar ke plaza rakyat, dr situ aku perlu berjalan 8 minit ke Mydin Pudu utk mengambil bus direct ke kajang. Mungkin cara ini lebih baik. Insya allah, moga hari ini lebih baik.
Semalam aku dibawa oleh Seri dari Bahagian Sumber manusia di lantai 26 bertemu dengan Puan Wan Maimunah. Kemudian aku di bawa ke lantai 30, dan diperkenalkan kpd Haji Yusman. Haji Yusman memberikan taklimat serba sedikit dan mmbwa aku berjumpa Haji Zamri, Pengurus Agenci Haji merangkap supervisor yg akan memantau kerja dan report aku. Haji Zamry memberikan pengenalan serba sdikit disamping sesi taaruf. Menurut Haji Zamri, buat masa ini Bahagian TH tidak terlalu sibuk, Bahagian ini akan mula sibuk 3 bulan sblm Ramadhan. Bahagian agency haji ini mengemudi syarikat2 berlesen yg menawarkan pakej haji dan umrah. Terdapat lebih kurang 20 buah syarikat berlesen yg berada di bawah TH. Selesai pertemuan dengan Haji Zamry, aku dibawa oleh Haji Yusman ke seluruh Bahagian agency haji dan domestic untuk berkenalan dengan staf2 bertugas.
Alhamdulillah suasana dan persekitaran di sini amat menyenangkan, di samping staf2 yg ramah dan berpengalaman. Masing2 duk melawak mengenai isu hangat haji baru2, haji ekspress. Staf2 yg lain sprti Haji Syafie, Haji Hamdan, k.Ieka, K.mas dan K.lin kelihatan cukup arif dan berpengalaman berada di TH. Teringat aku akan pesanan baba pd hari pertama aku di sini ”kerja memolek, patuhi aturan, bekerjasama, hormati sejawat khasnya orang tua & jaga maruah diri.” Ammar adikku pula sempat berseloroh, ”hanan, nnti kt sana cr staf2 yg dok dekat ngan rumah, bleh p balik skali, bayar duit minyak je”, Masin betul mulut ammar bilamana k.mas mmg duduk di perumahan baru Taman Melati yg betul2 berada di hdpn rumah aku. Tapi x apa, I can survive, insya allah. Harini seronok sbb sudah diberi kerja. Harap aku boleh jadi pekerja yg menepati masa, berdedikasi dan dihormati atas nama aku sendiri, 6 months to go, Insya Allah J
![]() |
| ~ Ke ArAh MeNgEjAr cItA2 :) ~ |

Assalamualaikum. Saya Haziqah dari Universiti Sains Islam Malaysia, pelajar bahasa arab dan komunikasi Tahun 4. Sekarang saya sedang mencari tempat latihan industri (intern/ praktikal) dan saya bercadang untuk membuat latihan industri di Tabung Haji. Jadi, boleh cik beritahu saya apa yang dilakukan oleh cik semasa latihan industri di Tabung Haji dulu?
ReplyDeletekemudian kalau TH sektor perhutanan pembalakan tu apa ye , tahu tak? huhu
Hai, ada simpan lg x laporan amali th? kalo ada email sy boleh? hadtie95@gmail.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete