
Entry kali ni aku nak kongsi pengalaman mengikuti majlis pelancaran program reality tv RTM “Adik-adikku” d ILIM, bangi. Apa yang aku nak bincangkan di sini ialah komitmen dan semangat ibu bapa yang ditonjolkan bagi 16 orang kanak-kanak yang terpilih dari seluruh Malaysia. Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Mereka ini dipilih dikalangan kanak-kanak yang mempunyai personality yang membanggakan. Unsur-unsur sikap dan akhlak mulia diterapkan bagi melahirkan golongan pelapis negara pada masa akan datang. Kecil-kecil cili api. Inilah gmbaran yang dapat aku berikan kepada kanak-kanak bertuah ini. Aku juga merasakan cukup bertuah skali kerana dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Ibu bapa mereka nampak begitu
bersungguh memberi semangat untuk anak-anak mereka meneruskan perjuangan di dalam program ini. Ibu bapa seperti inilah yang kita mahukan, menghantar anak-anak cilik mereka bagi menjadi seorang daie. Apa yang tergambar di pemikiranku, sewaktu aku menonton rancangan Idola Kecil d tv9, aku merasa cukup terkilan dan sedih kerana
ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menjadi artis hiburan, menyanyi lagu-lagu cinta, rock kapak & sebagainya. Mereka juga kelihatan seronok membiarkan anak-anak mereka bergaul bebas sesame lelaki & perempuan, bergedik sana, bergedik sini..membuka aurat sana sini, ini cukup memalukan. Begitu berbeza sekali diantara program Adik-adikku dan Idola Kecil ini. Dengan kehadiran program Adik-adikku ini sedikit sebanyak menyejukkan hatiku yang panas dek rancangan Idola Kecil yang langsung tidak bermanfaat dan agak memalukan bagi kita umat Islam yang memegang status Islam di sebuah negara yang kononya negara Islam lakin tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan saluran istimewa program adik-adikku, Alhamdulillah program ini sudah masuk musim ke-2, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
p/s >
BiLA Ada AkADEMI FaNtAsIA, KiTA BuAt AkAdEmI Al-QuRaN
BiLa AdA IdOLA Kecil, kItA bUaT AdIk-AdIkKu
Jom LaWaN!!! AmAR Ma’rUf NaHi MunkAr
No comments:
Post a Comment