Aku memulakan entry pertama blog ini dengan sedikit pengalaman yang aku perolehi sepanjang berada di Mesir. Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah dipilih untuk menjalani praktikal di Mesir. Seingatku, begitu banyak sekali dugaan dan cabaran untuk menjalani praktikal di sini. Aku telah menyimpan azam semasa berada di semester 2 lagi. Alhamdulillah berkat usaha gigih akhirnya aku telah berjaya di dalam temuduga. Seramai 12 orang stndt Muamalat yang memohon namun 4 orang sahaja terpilih iaitu 2 ke Mesir dan 2 ke Jordan. Negara-negara lain yang terlibat ialah UK, US, Maldives, Indonesia, Thailand, Jordan dan Mesir. Seramai 33 orang pelajar yang dipilih dari berbagai-bagai bidang yang dihantar ke luar Negara dikehendaki menjalani Kursus Persediaan Ke Luar Negara di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang selama 2 minggu. Pelbagai pengisian yang aku perolehi sepanjang berada di situ. aku telah diamanahkan untuk menjalani praktikal di Malaysian Student Department (JPMK) bermula pada 11 Januari hingga 11 April 2010.
1) Saatnya telah tiba
Minggu berganti hari. Debaran untuk ke Mesir semakin terasa. Aku dan sahabatku Rahayu mula menyiapkan persiapan untuk ke Mesir. Perasaan teruja, risau dan sebagainya menguasai diri. Kami sekeluarga menunaikan solat hajat bersama. Baba juga mengingatkanku agar menunaikan solat musafir. Selepas solat, baba seperti biasa memberi taklimat sebelum berangkat ke airport. Kami bertolak ke airport seawal jam 11 malam. Barang-barang untuk kakak (dah), abang (amini), nenek (nina) dan sedara-mara yang lain turut di bawa bersama. Kami menaiki pesawat Kuwait Airways KU416 ke Mesir. Perjalanan seperti biasa, dengan seat yang agak sempit. Kemudian, kami transit di Kuwait selama 2 jam. Aku sempat berkenalan dengan seorang rakyat Jordan di dalam surau yang mengikut suaminya belajar di UKM. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mesir dengan pesawat KU541. Aku bernasib baik kerana dapat duduk di tepi tingkap untuk melihat keindahan ciptaan tuhan. Wujud perasaan takjub di situ.
2) Tiba di Mesir
Setibanya di Mesir, aku menghubungi abangku, amini yang telah berjanji dengan ust Amir untuk mengambil kami di Airport. Baba juga telah menghubungi ust Abdullah Atase Agama Jakim untuk mengambil kami. Kami dibawa oleh Ustaz Abdullah ke Asrama Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK). Selepas menunaikan solat, kami dibawa ke Café untuk makan dan minum. Selepas itu, aku dibawa untuk berjumpa dengan nenekku di Imbabah. Perasaan gembira menyelubungi diri kerana dapat bersua dengan nenek (Nina). Kami menetap di rumah nina sementara menunggu masa untuk mendaftar di JPMK. Pada 11 hb Januari, aku dan Rahayu di bawa oleh ammu Mustapha (pakcik) ke JPMK untuk bertemu dgn Pengarah JPMK, Dr Jamil Bin Hasyim. Selepas mendaftarkan diri, kami dibawa berkenalan dengan staf-staf bertugas dan meninjau persekitaran JPMK. Kami diletakkan di bawah Ustaz Zulkefli Bin Din, Atase Pentadbiran dan Kewangan. Selepas itu, ammu membawa kami ke Dewan Malaysia Abbasiyah (ARMA) untuk mendaftar asrama.
3) ARMA
Pada permulaannya, kami dibawa menginap di bilik tamu ARMA smntara menunggu keputusan dibuat oleh Ustaz Harun Md Zin, Warden ARMA. Selang 2 malam, kami dibawa ke bilik transit 101 sbg bilik tetap kami selama tempoh berpraktikal. Kelengkapan di ARMA sudah cukup mencukupi dengan bilik komputernya, café, gym dan sebagainya. Kami juga seringkali membeli makanan di luar. Terdapat restoren Bangkok , China di sekitar kawasan tersebut. Kami di bawa oleh K.zaty ke Spinny (City Star) untuk membeli barangan keperluan.
4) JPMK
Kami memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki bus bernombor 91 smbil diiringi oleh k.hajar, YDPAH ARMA. Beliau meluangkan masa untuk mengajar kami menaiki bus ke Mohandesen. Setibanya di sana, kami meluangkan masa berbual-bual dengan staf-staf JPMK iaitu Puan Latifah, K.salwah smbil berkenalan dengan staf-staf lain seperti Ummu Islam, May, En Walid, En Rosni, En Sulaiman, Ust Zainuddin, Ust Zulkefli dll. Puan Latifah dan K.Salwah mencadangkan agar kami menetap di Mohadesen, namun disebabkan sewa rumah yang agak mahal (>1000 le sebulan), kami membatalkan niat kami dan sanggup berulang alik dr ARMA (48 le sebulan), Abbasiyyah ke Mohendesen setiap hari kecuali hr jumaat dan Sabtu. Kami meneruskan rutin kerja sebagai seorang pelatih UUM di JPMK. Berbagai tugas telah kami laksanakan. Seminggu awal kerja, aku telah mengfaxkan surat kepada Dr Idayu dr Pusat Praktikal UUM untuk memohon melanjutkan tempoh tinggal di Mesir sehingga Oktober. Alhamdulillah, permohonanku telah diluluskan.
Berita ini telah disampaikan oleh En Syakur dan diluluskan oleh Dr Nor Idayu Binti Mahat, Pengerusi Program, Pusat Jaringan Universiti-Industri, UUM. Banyak perkara kami pelajari. Bukan shj di tempat kerja, malahan juga cara2 manghadapi masyarakat orang arab dmana budaya dan kelakuan mrk yg berbeza dgn masyarakat kt. Seminggu awal mmg kami x tahan, dengan bus yang slalu penuh & padat, & sikap org arab yg suka m’ambil kesempatan. Bila k.ayu dh start menangis, aku pun ikut menangis,dlm bus tu jga,haha~so, bila x tahan naik bus, kami try naik taxi, lakin kami kena tipu, awal2 dia kata 15 le, smpi ARMA dia sruh byr 25 le, lazimnya mmg 15 le pn, dia nmpk kami ni cam org baru, mmg baru pun,
so dia snng aniaya kami, time tu aku x pndi melawan lg, so byrlah 25 le,huhu~ last2 kami naik bus jga g balik tmpt kerja, kami belajar jga menghadpi situasi mcmni, & alhamdullillah 2 & 3 mnggu lpas tu, kami berjaya menyesuaikan diri, nak x nak kena harungi jga coz nk melengkapkan tempoh praktikal km :). Kami biasa membeli syawarma @ mushroom soup di Spectra coz itu shj yg plng sesuai d Mohandesen, coz hrga mknn d mohandesen agak tinggi, so kami jga jarang keluar ntuk lunch. Pulang dr kerja, kami biasa singgah d restoren Bangkok. Tempat wajib kami. Alhamdullilah makanan d situ sedap & memuaskan hati. Begitulah rutin kami berdua sepanjang b’praktikal selama 3 bulan. Kami pulang ke tempat kerja dgn bus seawal jam 2 pm,
istilah yg kami slalu gunakan (ba’da kubri-means turunkan kami slpas jambatan), coz kami turun d situ dan berjalan balik ke ARMA smbil snggah d souq, apa yg kami slalu beli d souq iaitu caramel & arruz billaban :) Saat akhir di JPMK, kami hbiskan masa untuk bergambar dengan staf2 JPMK. Kami cukup terharu coz diraikan d majlis perpisahan praktikal d Hotel Al-Masah, terima kasih smua!!
5) Report Praktikal
Report praktikal aku disiapkan setelah mengambil masa lebih kurang sebulan lebih di 2 lokasi berbeza iaitu ketika menginap di ARMA dan rumah Melaka. Mujrlah ada k.ayu yg banyak bagi tunjuk ajar kt aku,thanks k.ayu !! ..aku buat report memang slowlah..sekejap buat, smnggu lpas tu berhenti..pstu buat balik…bila dah last minute, bru klam kabut siapkan,mujurlah bnyk bahan , pastu mnta k.ayu submitkan buku laporan harian, report praktikal aku mnta kawan UUM, ghah & k.nisah print & submitkan, terima kasih atas kerjasama kalian,huhu~mmg tawakal a’ala llah..namun Alhamdulillah smuanya berhasil, syukran awii awii pada penyelia majikan & penyelia report UUM, Ust Wazin Bin Othman @ Man.. Alhamdulillah aku & k.ayu dpt A ntuk praktikal. Segala penat lelah kami membuahkan hasil. Target aku tercapai!! Syukrulillah :)
6) Ziarah tempat-tempat menarik di Mesir
Sepanjang mengikuti sesi praktikal di Mesir, pelbagai tempat telahku dan rahayu ziarahi. Kalau diikutkan sepanjang hujung minggu kami akan keluar berjalan. Ini disebabkan sahabatku, Rahayu akan terus pulang ke Malaysia pada 15 april 2010 selepas habis tempoh praktikal kami. Kami mengambil kesempatan yang ada menziarahi tempat-tempat menarik di Mesir.
i. Jaulah Ke Semenanjung Sinai
Pada bulan 2, kami telah mengikuti jaulah ke semenanjung Sinai yang dianjurkan oleh Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) dengan kerjasama JPMK. Berbagai tempat menarik telah kami ziarahi. Diantaranya ialah Dahab, Sinai, Jabal Musa, kwsn anak lembu samiri, Uyun Musa, Panorama Berlief,
maqam-maqam dan sebagainya. Aku mengajak Fatimah Suraiya shbt persekolahku untuk sama2 menyertai jauhlah ini walaupun dia sndiri sudah pergi ke Sinai sblm ini. Namun dia meluangkan masa jg untuk bersamaku di Mesir bersama2 Hawa,
shbt baiknya di Mesir. Thanks timah & Hawa coz ikut g jaulah !! :). Sepanjang jaulah ini, aku sempat berta’aruf dan berkenalan dengan student2 Malaysia di Mesir. Disini juga detik perkenalan ku dengan k.habibi (bibi), shbt2 dr negeri Kedah, ARMA dll..Seronok dan takjub skali melihat keindahan ciptaan tuhan di puncak Jabal Musa. Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku berjaya sampai ke puncak walaupun tawaran untuk menaiki unta
ditolak hampir brapa kali ntah,haha~selangkah demi selangkah..smpai menjadi bahan menunggu oleh Pak Musyrif..thanks P.Musyrif coz sudi tnggu..mmg dah x larat sangat, lakin berjaya gak without gna unta,hehe~..bertolak dr bwah kul 12 tengah malam, buat senaman skit then smpi atas dlm kul 5 lebih, matahari x naik lagi..so sempat tgk matahari naik , SuBhAnALLah..terpegun..hari aku naik tu hari Valentine yg dismbut oleh orag KAFIAQ..so, ramai gak lah puak2 diorg ats puncak, kami buat slamba je, ASMA ul Husna ramai2 memeriahkan puncak, smpat masuk dlm kwsn tempat nabi Musa bermunajat & lihat tempat rehat nabi Elias..turn bawah ada gereja SaNT Catheline..i
ngat nk masuk coz kt situ ada sjrah pokok tergantung..tp pintu tutup, lagipun bus tnggu..ingtkan aku plng last, rupanya ramai lagi kt blkg,hehe~timah turun ngan k.ayu..aku ngan hawa..biasalah diorg pecut,hehe~kt Kubu Salehuddin..ada nmpak tentera Israel dok kawal bukit dekat ngan Hotel Hilton, tiba2 meremang..buat apa nk takut!!Palestin milik Palestinian..Israel menumpang di bumi Palestin..hehe~yg meremangnya sbb dpt tgk depan mata,live..coz b4 ni kat Msia. jgn harapkan nk dpt pengalaman mcm ni, mmg panjang crita spnjng jaulah ni, a’la kulli hal..mmg sronok g jaulah Sinai…!!
KeNaNgAn MaNiS d DAHAB :)))
ii. Maqam-maqam
Alhamdulillah aku berpeluang menziarahi maqam2 para nabi, sahabt dan seangkatannya..bak kata student Mesir, dtg sini kena dahulukan maqam2 nabi, doakan kesejahteraan umat Islam..brulah fikir nk g Pyramid dll… g pyramid,jgn suka2..ambil pengajaran dr kisah Firaun dan kaumnya..moga kt jd insan kamil..jauh dr perangai buruk Firaun & jd golongan nabi Musa, insya allah..k.bibi & tunangnya,
p.syeikh bw kami g maqam Saydatina Aisyah & Imam Syafie (kt situ ada kesan tapak kaki nabi Muhammad saw)..teringat masa g maqam imam Syafie, kami g msuk pasar yg ada jual bntang2 hidup (ular, burung dll) & brngan elektronik terpakai & mcm2 lagi..zahmah awiii awiii..ya allah, mmg cabaranlah nk keluar dr pasar tu..fuhh2, teringat balik,hehe~smbng2, kami jga berpeluang g maqam Ibnu Abbas Al-Mursi, Maqam Imam Abu Darda’, maqam Nabi Danial g jga, tp time tu bgnn maqam runtuh coz ada bgnn 10 tngkat berdekatan dgn maqam yg dibina scra x stabil, menyebarkan rekahan..& kami x dibnrkan masuk melawat maqam. So..tgk dr luar jelah smbil minum a’sir (a’sob menjdi pilihan :), sdapnya..huhu~)….smbng2, banyak lagi maqam yg aku dh lawati, cuma nk ingat smua nama payah skitlah..hehe~kt tanta pun mini bawa aku g maqam s’org perempuan..klu dibaca nmanya Situl Habayib Nurul Misbah..sory klu ejaan x betul,huhu~a’la kulli hal..sapa2 yg nk Mesir..diingtkan skali lg dahulukan maqam para nabi & shbt ye, slmat dtg Ke Mesir :)
iii. Hadiqah Al-Azhar
Ha..hadiqah d Mesir..hadiqah ni taman, so smua tahu yg ngra arab ni dulu dipenuhi padang
pasiaq..so skrg ni diorg cipta hadiqah, tmpt keluarga arab bersantai2..org arab dating pun ramai, sakit mata tgk..nama dah sedap dh, hadiqah Al-Azhar..tp gejala dating kt Mesir ssah nk bendung..nk djdikan crta, timah & hawa ajak g hadiqah, k.ayu x ikut coz nk siapkan report..kitorg jalan2 lepas asar
smpi dh maghrib,syuh2..diam2,nnti tahu ngan ustaz..kena soundlah,haha~sorylah dh lepas, x sengaja..hehe~syok sngt berkelah kt taman, bw keropok & air kotak..ktorg jalan2 1 hadiqah..bergambar..besar tau ..kali ke 2, g ngan k.bibi..k.ayu ada skali, siap bw kek lagi, makan kt hadiqah ..kt sabi’ pun ada hadiqah Dawli..prnh g ngan Farhana..kami jalan2..tp time tu musim sejuk..so kosonglah..lakin mmg sronok, msuk hadiqah Dawli 2 le..smuanya duit, tp x kisahlah ;)
iv. Ma’rod Kitab
Crta kt Ma’rod ni msa awal-awalllll dtg kt Mesir ni. Mujurlah ada ma’rod kutub ni. Ma’rod sini bukan mcm kt Msia…kt PWTC tu, sini bessaaaar bangat. Org Msia pun snggup trun Mesir smata2 nk g Ma’rod ni. Timah beriya2 ajak g Ma’rod, yelah skali setahun..thanks timah!..jalan2 ngan Timah, K.ayu & Hawa..smpatlah beli buku Fiqh Muamalat & Fiqh Maliyah..Mini g Ma’rod 5 kali, siap bawa beg roda lagi..beli kutub utk baba & kwn2 dia..baik sungguh baik sungguh,hehe~nak jalan smua tempat mmg x hbislh, nk g smbhyg pun ssah..berebut2..tp pengalaman lah ..hrap2 bleh g Ma’rod lagi,amen
v. Iskandariah
Sebuah bandar perancangan stratetgik, yang tersusun dan cantik. Siapa yg pergi pasti terpegun. Kt Alex ada macam2, perpustakan ke 2 terbesar di dunia, pawagam rom, Istana Raja Farouq dan macam2 lagi. Seingat aku, 2 kali shj aku menjejakkan kaki ke Alex, First ngan k.bibi..kami g time cuti kerja,hehe~naik bus..2nd g masa jaulah Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP)..best bangat ..ada laut, Qaitbay..aku smpat panjat smpi atas, tgk kapal2 & keindahan Alex..:)
Mansurah pun aku g 2 kali, dr Alex kami singgah mansurah..sj nk jalan2, diorg kata sini syurga Abaya..cantik2,so apa lagi,hehe~kt situ pun kami try makan ais krim mansurah, sdaapp..kami tido rumah k.fizah..mmg friendly betul k.fizah ni, org kedah..baru kenal..tp mcm dh kenal 1000 thn..asyik ketawa dok ngan dia,hehe~kali ke 2 g Mansurah ngan mini, coz time tu dh nk blik Msia..klam kbutlah beli barang, Mansurah jd pilihan..dr Tanta kami bergerak ke Mansurah naik pegeot..Mini blik Tanta smla (dh ajak tido mansurah, rumah ikhwah mna2, tp x mau, x settle urusan kuliah kt Tanta) aku tido rumah k.aini sakinah, thanks k.aini coz sudi tnggu kt wlupun time tu kena blik cairo, ada meeting,huhu~esoknya g ngan k.Safir..g beli brg, dpt juga jubah ntuk adik2 & mama , jenuh nk memilih, biasalah adik bradik 12 org,hehe~
vii. Matrouh
Matrouh..tmpt yg plng aku terpegun, Teluk Ajabah..SuBhaAnALLah, cntik sungguh..apa lagi, bergambar sakanlah..smbil duduk merasai kecantikan dan ketenangan alam ciptaan tuhan..kami jga smpat melawat tempat mandi Puteri Cleopatra..senibina smljdi yg unik
viii. Dumyat
Sbut Dumyat, perkara yang bermain2 di fkiran..apa lagi, kerang2..banyak bangat, kami pulun kutip kerang nak masak,hehe~tp bahaya gak..coz ada obor2..kang kena sengat, buruk padahnya..tapi jgn lupa, g Dumyat..x sah kalu x g Ra’sul Bar, tmpat percantuman 2 air..kt situ ada menara api yg dirasmikan oleh Presiden Mesir, Husni Mubaarak..kami perasan ada perbezaan 2 alunan air di situ..air laut & sungai..Takjub!!..kami berjalan sekitar kwsn Dumyat smbil bergambar :)
ix. Asfour, Shoubra
Brapa kali ye g Asfour?ermm, 1st g ngan timah, 2nd g ngan k.bibi, 3rd g ngan Farhana…haaa,biasalah dh namanya perempuan, Asfour ni tmpat jual beli krystal, mcm 2 ada..dr yg kecil hnggalah yg besar..cincin, gelang, lampu2, perhiasan dll..mama sruh beli gelang, so aku belikan gelang warna hijau & cincin ntuk mama..diri sndiri pun beli gak,hehe~yg murah2 je, x mmpu beli yg mahal, ntuk kawan2 aku belikan batu krystal yg sesuai ntuk buat rantai
x. Tanta
Aku slalu ingtkan mini sruh bw g Tanta, sbb kalu nk kenal aku ni jenis x bleh lpaskan peluang lawat smua tmpt kt Mesir ni (tp ada kawan perli, restoren mutiara kt sabi’ pun x pernah dgr & x g..haha,pdhl dkat je, so x leh jd org sabi’ lg :P,haha~) tmpt yg aku kcwa x g..Aswan,coz kakak x kasi, kakak kata klu bb tahu pun bb msti x kasi g, bnyk patng2 berhala..kawan2 aku,k.bibi, k.fizah, k.sal beberapa kali jga ajak aku g sana, tp keadaan x mengizinkan, then Damanhur wlupun kg teringin nk bergambar kt signboard Damanhur..& bnyk lagi lah sbnrnya,huhu~)..smbng2, mini bawa aku jalan d bandar Tanta, kami naik tremco g sana dr Tafahna, tmpt Dah..kmi jalan dr awal hngga hujung, smpat jg msuk zoo Tanta, then singgah makan kat Cook Door & smbhyg Jumaat kt situ, a’la kulli hal..mmg puas dpt g sana :)
xi. Tafahna Al-Asyraf, Mit Ghamr, Zaqaziq
Tafahna Al-Asyraf..sebuah perkampungan Arab yg dipenuhi tanam-tanaman dan binatang2 ternakan..mmg syok dok Kg Tafahna, dgn suasana penduduk yg rajin & alim, kt situ ada markaz Islami, Ma’ahad &
kelengkapan sdah cukup lengkap..tp kebiasaan nya penduduk Tafahna biasa g pekan Mit Ghamr ntuk beli brg, klu jauh sikit, diorg akan g bandar Zaqaziq..Zaqaziq lagi besar, smua keperluan ada..buat pengetahuan smua, Mit Ghamr ada crtanya yg tersendiri, masa
aku ngaji d UUM, aku prnh bc buku Kewangan dan Perbankan Islam karangan Prof Sudin Haron..di dalam buku tu menyebut, bank Islam pertama yg tertubuh di dunia adalah Mit Ghamr bank..tp bank tu trpaksa ditutup coz mslh politik Mesir, msa Dah sebut nk bw aku jalan2 Mit Ghamr, aku terpikir & tertanya2..kat mana aku dgr perkataan Mit Ghamr ni, bila ingat balik..punyalah excited nk g Mit Ghamr, nk cr kwsn bank tu..tp x tau yg mna, mybe kt bgnn National Bank
Of Egypt tu kot (maybe lah~jgn percaya plak)..so, abg atho’ pun biasa akan g Mit Ghamr beli lahmah mafrum nk buat bakso, x pernah aku makan bakso seenak ni..mantaplah!!hehe~..crta pasl Tafahna Al-Asyraf, tmpt yg cantik dgn kehijauaan alam smulajadi, jgn hairan kalu ada asrama ayam..bertingkat plak tu..ayam smua muka sama je, togel..klakar,haha~smpt jga jalan2 kt souq, pagi..mmg fresh2 syur2,
buah2..dll..tuan rumah Dah pun baik, kt Mit Ghamr..kami naik kapal..& snggah Ma’rod Sin, beli jubah ..ada org ingat aku sin (cina), klakar org arab ni x reti beza org luar (dulu kat ARMA ada org arab ingat aku korea, coz dia kata mata x sepet,lagi lawak..haha~)Kt Zaqazig, kami makan makanan arab..dah & abg atho’ blanja, then diorg snggah beli jubah..aku hadiahkan sejadah wrna purple untuk rumah diorg ..smpt jga snggah lawat kwan abg atho yg anakknya koma di hospital Zaqaziq, namanya pun hanan ..alhamdulillah skrg dh sembuh ;)
xii. Hussein, Atabah
Jgn ditanya berapa kali aku g Hussein & Atabah spnjang 9 bulan 11 hari, hehe~..yelah, tmpt ni jelah yg aku bleh cuci mata,tgk brg2..ada jga teman kawan..dll,Hussein..syurga barang2..pelancong kalu singgah Mesir, x sah kalu x g Hussein. Sesiapa yg x pandai tawar, susahlah..jgn ditunjuk sngat yg kt ni bendul, kalu x kena tipulah dek arab ni..kesian, prnh aku ngan Farhana dgr pelancong asing kena tipu bulat2..nk tolong, x tau cmna nk mencelah..kami ni kalu g Hussein suka survey & tawar harga dari awal hngga hujung..dh puas hati ngan harga, patah baliklah kat tempat yg dah survey tu, penat mmg penat, tp pengorbanan perlu ada,hehe~..masa g ngan timah & hawa, dia bawa aku & k.ayu g rumah Syeikh Mahmud Amin Al-Tantawi kt Hussein, beliau banyak kali jadi jemputan hakim tilawah Al-Quran d Malaysia..la ni dh tua, dh pencen,huhu~beliau suka sngt Malaysia..sijil2 Malaysia bnyk betul d dinding rumah beliau, aku g jga ngan k.bibi, farhana, k.nawar & iera..k.nawar & iera teman aku g beli brg time nk dkat blik msia, km snggah smbhyg kt msjd Al-Azhar..thanks kawan2 yg sudi teman aku g Hussein & Atabah ye
xiii. Pyramid
Nak tahu brapa kali aku g Pyramid?? 3 kali..bukan nk g sngt pun, cma yg first tu km g ngan k.bibi, tp kena tipu..org arab bw kami naik unta, tp luar dr Pyramid..bukan dpt tgk dr dekat..kali ke 2, k.bibi x puas hati coz x dapat bw kami tgk dr dkat..so dia bw kami lg skali..dpat jga berjalan sekitar pyramid, jgn suka2 sngt g Pyramid..ingat azab Allah swt t’hadap golongan & kaum kerabat Firaun. Allah swt x hancurkan pyramid ni coz nk suruh umat manusia hayati sjrah & ingat kesan2 azab Allah terhdp golongan yg Allah swt laknat ni. Kali ke 3, aku g msa join jaulah ngan BKAN Selangor ke Fayyum. Mmg x tau rupa2 nya diorg nk snggah pyramid, so apa lagi…g lagilah pyramid tu.
xiv. Fayyum
Hawa ajak aku g Fayyum anjuran BKAN Selangor. So, aku apa lagi, x lepaskan peluang yg ada depan mata coz aku biasa dgr kawan2 sbut psl fayyum ni. Kami prgi naik tremco sihah yg luas tu, best jga konvoi ramai2. Kami sempat g kebun mangga, & bw balik mangga Fayyum , kami jga smpat ziarah tasik qorun, pyramid & kincir air nabi musa as. Alhamdulillah mmg memuaskan hati, thanks hawa coz ajak kt :)
7) Raya dan puasa di Mesir
Huhu~seingat aku..mood nk beraya time tu mmg x da, sbb fmly raya kt kg Sedim (Sedim ni kg nenek (siti), dulu dh pernah terkubur, dipenuhi semak samun.. then diorg islah blik..time tu sedih coz x dpt raya kt Sedim setelah sekian lama. Ada jga kawn tegur apasal muka nmpk sedih dr biasa, biasanya aku ni happy je..diorg pujuklah kata, raya kt mesir sekali seumur hidup, bila lagi nk raya kat sini..bila fikir2 balik, betul ckap diorg..buat apa nk sedih, bukan nya x dapat raya kt Sedim dh lpas ni, raya kt Mesir bila lag nk rasa..so, pagi raya dgn smngat raya yg baru..aku bersiap2 g ngan rombongan ahli Wilayah ke Masjid Musa, kami g lewat,hehe~smpi khutbah raya dh nk hbis, buat jemaah smbhyg raya sndiri..hehe~lpas tu kami blik ARWP..makan berjemaah, diorg ni rajin..macam2 makanan ada, kuih2 pun by hand..
sorylah, aku x bnyk tolong msa buat persiapan raya coz mood masa tu sedih sngat2, x tau knpa..smpi dok menyendiri..psl x dpt raya kt Sedim tulah, huhu~mujur diorg faham..then, kami g open house sana sini, 1st jemputan mahabbah kt rumah Kelantan..then g rumah k.jie kt thamin, pstu aku x follow diorg g rumah kakak naim kt asyir coz nina dh tnggu kat imbabah,tnggu cucu dia blik raya..haha~janji ngan mini jmpa kt Imbabah, kesian nina dh risau aku x smpi2, jnji dlm pukul 5 pm smpi, tp smpi kul 6.30 pm, sorylah nina, sakan beraya,hehe~
8) Program bersama pelajar di Mesir
Aku ni bukan Azharian..tp berpura2 cam Azharian, aku pernah join kelas malam, Qadaya (isu-isu semasa-muamalat) bawah tajuk tha’min (insurans) & Wadiah dkat bkan Penang & Perak baru..bwh presiden PMRAM, ust Syahrizan Mohd Hazime, aku seorg je nmpak pelik kt situ coz pkai tdng pendek, haha~kali ke 2 aku g pakai tdng labuh,hehe~aku g ngan akak2 rumah Melaka, k.ayu & k.liya..diorg mmg baik ..aku pnjm buku k.Sara, thanks k.Sara ..ada juga aku join bengkel kt ARMA, anjuran Uni Malaya dgn krjsma Uni Cairo, bengkel Penulisan Profesional..jmpa k.bainun senior school aku dulu,
la ni master dh kt UM, fasi2 smuanya master & PHD UM yg dtg buat research, ada yg sebaya aku dh ambil PHD, mantap & tercabar sih!!..x pe2, rzki Allah swt itu luas ..smbng2, lpstu join Seminar Politik Islam kt hayyu Asyir, ada Syeikh Kadir Al-Joofrey, Ustaz Azhar dll..time smnr tu smpat kenal ngan k.Fitri, dulu stdnt Mesir, lughah..skrg ambil master d UIA, tp dtg Mesir ntuk buat research 4 master, pandai dia cr peluang , suami dia pun master Mesir..ha..
nk djdikan crta, ustzah hanisah Selangor sruh aku bagi pandangan mengenai sistem AUKU d Malaysia, sbg wakil pelajar UUM, on da spot jgalah..so apa lagi, dpt masa yg singkat aku rangka ayat..alhamdullillah aku puas hati ngan pandangan yg aku utarakan..:)..kt ARWP,aku dilantik oleh Ustzh Rabiah (biah) ntuk jd AJK k.aini sakinah..so disitulah detik permulaan aku join program under Wilayah..program Muthaqof 2010, sronok sngat dpt jadi sebahagian dr Azharian , then aku jadi kontijen wilayah ntuk KEKAL,program ni da best from da best..
sronok sngat berjuang ntuk rumah wilayah..ingat lagi, ktorg mng tarik tali..aku pun join musang berjanggut ngan k.yana, haha~mcm2lah..a’la kulli hal, hbngan kami sesama ahli Wilayah makin erat lebih2 lagi lpas program tu..crta psl bulan Ramadhan, ust Azam ltak aku jd timbalan pd mini, adik ngan abg..kombinasi yg menarik,hehe~Cuma yg aku terkilan..aku x dpt bgi full commitment spnjng program tu coz faham2 jelah, aku bukan lama kt Mesir..tempat Dah pun time tu aku x lawat lagi, Dah hmpr nk merajuk gaklah bila tahu aku jd Adhoc Ihya’ Ramadhan..yelah, dia tnya “bila nk dtg Tafahna?”..mujurlah, time meeting aku mnta izin nk g tafahna 2 weeks, & mnta iera gnti tmpt aku..sory menyusahkan korang, thanks iera coz sudi tolong & thanks ust azam, mahabbah, dalia, ust firdaus hadi, dr fitry dll krn memahami ..so, blik dr tafahna, aku trus cont kerja..bw diorg g masjid amru al-asr malam 27 ramadhan, sronok ikhtiqaf kt masjd, smpt msakkan ikan masak kari ntuk berbuka kt sana..& bg mini skit..tp time ikhtiqah, masa ambil wudu’..hp hilang kena curi, sapa suruh x jg betul2..time tu mmg terdetik kata “hp aku nk hlang ni”, pdhl hp ada kt tngan lagi..huhu~tp aku pasrah ;)..mujur 100 le lebih je hrga hp tu..lpas2 tu, bila diorg suruh jd ajk apa2 mmg aku terpaksa menolak, bukan x mau,mau sngt..tp msa dh terlalu suntuk d Mesir, trima kasih krn memahami, thanks & sayang korang !!
KeNaNgAn KoNtInjEn WilAyAh KEKAL :)
9) Markaz An-Nil
Sebelum masuk ke markaz, aku membuat tinjauan markaz-markaz bahasa di Mesir. Pertamanya,aku pergi ke markaz bhsa Syibaweh, kemudian ke markaz An-Nil Lil Banat, bayarannya sbnyk 200 le sebulan. aku mengambil keputusan memilih markaz An-Nil kerana suasana kelasnya diasingkan banin dan banat (banin di hayyu sabi’ juga
tp berdekatan dengan mahkamah wa banat berdekatan gami’ musa) dan juga bayaran yg setimpal. Aku diletakkan di kelas mustawa 2 (2 je,hehe~) hasil ujian yang di ambil dan juga di bawah ustazah Dina & ustzah Busainah.
Proses pembelajarannya agak menyeronokkan dan santai. Sahabat2 sekelas majoritinya dari Asia Tengah seperti Uzbekistan, Krgystan, Tajikistan, Rusia dan ada juga dari China. Pengalaman manis di markaz tersebut, aku mengikuti jaulah ke Qanatir. Kami bertolak ke Qanatir dengan menaiki Bot besar d Ramsis. Seronok sngt bila ingat smula kenangan belajar di Markaz. Disana, pemikiran aku lebih global melihat masyarakat luar dr Turki dll..Teringat sst peristiwa d dalam kelas,
shbt aku dr Uzabekistan menangis..& bgthu jga ummu Maryam dr Rusia..aku tnya kenapa? Diorg jawab> skrg ni ada perang antara suku uzbek & krgystan di krgystan..dahlah kelas aku ada 2 suku tu,huhu~aku jalankan tugas ntuk memujuk diorg supaya sabar & kuat smngat, tu jelah yg aku mmpu tolong,huhu~..tp aku sempat mustawa 2 & 3 je,coz mmg tahu aku x smpt hbiskan markaz..nk spent masa ngan nina, kakak & abg, bulan 10 dh kena blik Msia. Berat hati jga nk tnggalkan markaz time tu,huhu~
10) Visa
Panjang crta psl nk buat Visa ni,huhu~spnjng praktikal aku dapat visa selama 6 bulan sbg pelancong, jd K.salwah biasa akan tolong aku psl urusan visa ni, so ammu Said pekerja safarah akan bw kitorg ke mugamma’ tahrir. Kami biasa jnji jumpa dpan mugamma’ tahrir, then dia akan bw kami g kaunter. Mmg pantas & cekap kerja dia, yelah..mmg tugas dia ;), yang jadi masalahnya bila aku dh tamat tempoh praktikal, & belajar di Markaz, bila visa pelancong aku hampir tamat, aku disuruh oleh k.salwah ntuk guna status stdnt Markaz, so aku kena buat tasdiq d markaz nil banin, seminggu jga tempoh masa ntuk siap. Bila siap, aku ambil & print kad pelajar dll, so aku g mugamma’ tahrir ngan ammu said ntuk smbng visa smbil bawa tasdiq markaz, bila smpi sana, diorg kata aku sbg stdnt markaz kena g buat kat bu’uth..so, aku g bu’uth, ni hari lain plak, asalnya janji ngan ammu said, tp aku fikir x pelah aku try buat sndiri, smpi bu’uth awal dlm 7.30 am, bila berurusan kt bu’uth, diorg kata bukan buat kat sini, kena buat kat qismu awwalu syurtoh, madinah nasr..aku terpingga2, kat manalah tmpt ni..so, visa pnya pasal, aku tahan taxi mnta dia hntr kt situ, then dia turunkan aku betul2 depan pintu, terang2 tulisan qismu awwalu syurtoh tu, smpi2 situ dlm 8.30 am, msatu ramai sngat org, pgwai situ kata kena dtg seawal 6.30 am coz 7am diorg dh kutip nama. Nama yg ditulis shj yg diorg layan, wlupun time tu msih awal, kul 8.30..awallah tu kan??!!..so, dgn perasaan hampa aku blik asrama, then tenangkan fikiran dulu, esoknya aku tekad nk g awal, but still x smpat tulis nama, dia kutip dah..so, kcwa time tu, bila malas nk fikir pasal psl visa, aku dok scra haram d Mesir (adakah aku ini PATI ?? (pendatang tanpa izin-haha~)..aku lalui hdup d mesir dgn slamba,tnpa Visa, tulah..sapa sruh rumit2 sngt, kan aku dh merajuk nk buat visa,haha~last2 time nk blik M’sia brulah kelam kabut nk buat visa smula, mmg aku dtg qismu awwalu syuroh awal bangat, & smpat tulis nama..bila dia pnggil nama, dia kata..bukan buat kat sini, tp kat mugamma’ tahrir, again??!!..msatu cubalah bayangkan btapa seksanya jiwa & ragaku..so, last2 terpaksa gak call ammu said & k.salwah mnta tolong, janji ngan ammu said jmpa kt mugamma’ tahrir, but last2 aku settlekan sorang..coz ammu said pesan b4 dia dtg, tnya polis kt kaunter tu.. dahlah time tu aku terbawa kamera aini, diorg scan beg aku ada kamera, mula2 aku takut diorg ambil, then aku bg alasan nk pass kt kawan, pdhal aku sorang je time tu, punyalah aku melilau cr tempat sktar mugamma’ ntuk sorok kamera tu @ cari org Malaysia ntuk tolong jaga, last2 x da sapa..smuanya org asing, nk sorok pun mmg x da tmpt strategic, so aku apa lagi, nk tnya psl visa pnya pasal, yelah..x kan x mau masuk & blik disbbkan kamera, dh penat dtg dr jauh, so aku sorok kamera kt tgn, aku sedar sorang perempuan tu prasan, then aku trus jalan meluru masuk dgn pantas skali,hehe~smpi kt kaunter aku bgthu nk buat visa, esoknya aku dh nk blik msia, tau x polis tu ckap apa?? Awak g je bayar kt mator, denda 148 le, itu je??klu tau dr awal2 lagi aku x yah ssah 2 g tahrir, buuth & qismu awwal syutoh smpi 3 kali..& kmdian ke tahrir smula..fuhh,cbran.. ~then trus call ammu said, bgthu dia x yah dtg tahrir, misi aku dh jelas, byr je kat mator, snng crta, haha~
11) Nina
Aku ada nenek di Mesir & panggilan yang aku guna adalah Nina. Eh? Cmna ada nenek kt Mesir plak ni?haha~soalan lazim yg slalu aku dpt, oklah, aku kongsi sikit crta…act dulu atok aku (sidi-org melayu) ngaji Mesir. Sidi anak murid ayah Nina (pensyarah Al-Azhar) so bila dah jmpa tu faham3 jelah..so,kahwin..dptlah baba,tu scra ringkasnya ;)..ok2, Nina dok Imbabah, belakang Ahmad Helmy,kat Ramsis tu, slalu juga aku g lawat nina, dulu ada teman..last2, sorang2 pun x pa ..kalu aku blik rumah Nina happy sngt, yelah cucu kesayangan balik :P, hehe~Nina dok ngan Ammu Mustapha (pakcik aku), mujur ada ammu bleh
tgk2 Nina, ammati Nagla’ plak dok Kuwait ngan fmly dia, krja sana, ammati hanan dok Helwan, aku smpat jmpa anak2 ammati Hanan-Aiman, a’yah dan Ahmad..smpat jga diorg suruh aku melukis,sbb diorg minat melukis..lebih2 lagi A’yah & Ahmad..Ahmad
dtg kt aku, dia ajak “mumkin rosam” ngan suara dia yg comel tu,comelnya!!hehe~mohamad anak ammati nagla’ x ikut fmly diorg stay kt Kuwait coz dia ambil asnan kt Egypt, smpat juga aku bawa kawan2 yg teringin nk g rumah Nina, first aku bw farhana, 2nd trip aku bw Fatimah & smua ahli bait dia (miza, khairom, dayah, hawa & fairuz),
3rd trip aku bw k.nawar & k.mard, k.nawar siap buatkan kuih lagi ntuk Nina,hehe~sory pd yg x smpt g ye,huhu~& thanks smua coz sudi jenguk Nina ..Alhamdulillah aku dikurniakan sdara mara & ikatan keluarga yg cukup akrab d Mesir, sebak tgk bb sedih nk tnggalkan Nina, Ammati Hanan & Fmly, Ammu, Kholi Wasif dll msa kunjungan ringkas bb d Egypt..huhu~Aku pun sdih tngglkan diorg, insya allah aku akan menjejakkan kaki buat kali ke 2, 3 maupun sejuta, Insya allah
12) Asrama Melaka
Mcmna bleh dok asrama Melaka wlupun aku x da kaitan dgn Negeri Melaka??crtanya begini, slpas tamat tempoh praktikal, aku berhajat nk join Markaz Bahsa, so rata2 markaz ada d Sabi’, klu nk ulang alik dr ARMA, agak payahlah, so aku tekad cr asrama negeri di sabi’, kebetulan aku kenal pgwai Melaka, En Roslan masa buat praktikal di JPMK. Dia pernah mnta tolong UUM hntr student buat praktikal kt rumah Melaka. So, aku ada card name dia. Mula2 ada call rumah Selangor, mohon rumah Selangor tp pgwai kata rumah Selangor nk islah. So, aku try rumah Melaka. Masa tu En Ruslan d Malaysia. Dia benarkan aku menginap d rumah tamu Melaka, so aku pun dok situ selama 2 bulan smbil siapkan report praktikal & join markaz. Alhamdullilah Farhana, kwn yg aku kenal d ARMA sudi temankan aku dok d bilik tamu, Melaka disbbkan dia sukar nk ulang alik dr ARMA ke uni Al-Azhar. So, dialah teman yg banyak menemani aku ssah & senang,chewah..thanks Dr Farhana !! hehe~fatimah suraiya & hawa pun slalu tnya khabar aku, x lupa jga k.bibi, tp time tu diorg blik msia cuti kcl hawa, tp farhana blik lewat sikit, so time ni aku bnyk spent masa ngan dia, ktrong masak sama2, makan kt Bangkok, g Hussein, Asfour dll..smbil2 aku bljr kt markaz. Selepas 2 bulan, En Ruslan maklum yg pegwai baru Melaka nk smpi, so nk guna bilik tamu tu, so aku try survey asrama Wilayah, Alhamdulillah rzki aku di situ... Aku smpat juga g rumah Melaka baru, time tu pgwai baru dh msuk, cantik..& ekslusif, farhana bw coz dia dh pindah situ after blik msia, time tu aku dh lama dok rumah wilayah
13) Asrama Wilayah
Syukur sngat2 Allah swt mudahkan urusanku untuk menginap d ARWP ni. Kisahnya bermula apabila aku terserempak dgn k.Nawar d Ahmad Helmy, time tu aku dr Imbabah, rumah Nina. Aku kenal k.Nawar ni, 1 skolah KKB dulu, adik dia kawan aku, K.Nadiah. Kami smpat berborak dlm tremco & tkar no, x sngka K.Nawar dok asrama Wilayah. Act aku mnta tolong K.mard, k.mard pun aku kenal b4 ni, skelas ngan mini kt KKB dulu, timah yg bgthu K.mard dok rumah Wilayah. So, K.mard mnta contact YDPAH ARWP, k.hasni..time ni x kenal k.hasni ni, x tau dia muhafazah Alex, punyalah smngat nk jmpa k.hasni, rupa2nya dia ada kat Alex..risau gak nak kaco kakak2 ni, coz diorg tgh exam time tu, so aku beranikan diri jmpa pegawai KL, En Yahya, sblm tu dh bincang ngan K.mard psl asrama, & K.mard suggest dok rumah k.nawar, K.nawar plak sudi terima aku, lebih2 lagi dh jmpa time kt Ahmad Helmy hritu, so
Encik Yahya tnya ada kenal siapa2 kat sini, aku kata ada..then dia stuju aku nk dok rumah K.Nawar. Dia sruh isi borang & submit. Aku janji ngan En Yahya nk dok smpi bulan 10 je coz nk blik Msia. So dia benarkan, syukran awii awii En Yahya :) , dia kata akan bg jawapan..aku mnta dia mssge je coz time tu pun aku ada exam markaz, hr Ahad, so x smpat singgah rumah Wilayah, after exam, aku contact blik En Yahya, dia kata “ok, awak dh bleh masuk”..so, apa lagi, genap 2 bulan dok rumah Melaka, aku trus pindah rumah Wilayah. Thanks Farhana tolong kt pindah!! & thanks En Ruslan coz tolong sy hntr barg ke rumah Wilayah (wlupun malam tu ada prlwnn bola,hehe~). Act aku dapat peluang dok ARWP coz asrama ada kosong, bdak2 Medic ramai blik cuti, apa lagi..aku memenuhkan ruang yg kosong tu, firstly agak kekok jga, coz dok serumah ngan ahli bait, b4 ni aku dok ARMA & rmah Melaka 2 org 1 bilik, skrg aku kena dok cam rumah, ahli bait aku yg ada time tu k.nawar, nurul, aini.....gee, miza, myra, mija, nad blik msia slng brapa hr aku smpi, iera & biah time tu kat Alex, aku kat UUM 2 org satu bilik & ktorg x memasak coz dilarang masak,
kt ARWP aku kena masak scra bergilir,hehe~so dtg rumah org kena ikut cara org,jgn ikut cara kt ssuka hati je yerk, jenuh memikir lauk apa aku nk kasi ahli bait aku makan, mula2 x confident nk mask ntuk smua org, yelah~risau x sedap..k.nawar bg kata2 smngat!haha~so, bermulalah saat aku memasak & makan scra berjemaah, thanks coz korang suka lauk aku mask & aku pun suka lauk korang masak,hehe~disitu jga aku berkenalan dgn shbt2 ARWP yg lain, di Musolla especially..yg aku x lupa, aku suka buat air syai bil na’ na’ (daun pudina), ahli bait aku awal2nya x suka, coz rasa colgate,haha~lakin last2 kerap plak diorg suruh aku buat, nurul yg x suka pun jd suka,hehe~k.nawar plak suka makan gargill, first2 aku x suka, last2 aku pun jd suka,hehe~masa kt ARWP,kt rumah 501..nilah ahli bait yg aku smpat dok ngan diorg, k.nawar, nurul, iera, biah, gee, aini, mijah & k.aini..kranya ngan diorg aku smpt dok lama ..yg bestnya asrama wilayah ni cantik, ada dewan / musollah, maktabah, bilik meeting, café KLCC, CC & lif (tu plng penting),hehe~sonok dok situ, aku join jga program yg diorg anjurkan, jd ajk Muthaqof, Adhoc Ihya’ Ramadhan & Kontijen Wilayah ntuk KEKAL, best ..masa dok sini pun x da masalah nk online, ha!!
Ada ustaz ni..ust angah namanya,orangnya baik & pemurah, dia sewa 6 broadband, disbbkan aku ni pelanggan tetap dia, dia mnta tolong jga broadband dia, dapat special price lagi, thanks ust angah!! (jgn lupa dptkan broadbnd d bilik 202 ARWP,ust jgn mare..sy buat iklan skit,hehe~)..ust angah jgn lupa blanja nasi kandaq kt Msia nnti,haha~ikhwah2 ARWP lain pun baik2, suka tolong org..x sombong, rajin, diorg ni bgus2 blaka, opss puji lebih2 ni ada apa2 ke..x da2, juz nk bgthu hakikat sbnr je,hehe~akhawat pun dh smstinya baik, x perlu nk crta dh,hehe~kt rumah Wilayah ni jga aku jd mcm Azharian, g kuliyah & tmn diorg ambil natijah, chewah..mcm aku yg nk ambil natijah, hehe~sonok2 & mmg menyeronakkan kngan d ARWP, thanks k.nawar, gee, biah, iera, aini, nurul, k.aini dan ahli2 ARWP yg lain coz wujudkan kenangan manis aku d ARWP, kerana korang smua aku berat nk tnggalkan mesir,huhu~tp kwn2 aku yg bukan ARWP jga trasa plak, haha~ korang smua pun sebahagian dr kenangan manis aku yg x kan aku lupa smpi bila2 ..thanks jga pd mantan2 ARWP dan brisan Exco ARWP yg baru, slamat maju jaya untuk korang!!....x lupa jga pada k.jie, yang slalu ajak borak2, kami borak kadang2 smpai pagi, best dpt kenal ngan k.jie, rindunya!! t’ingat msa
seminggu nk blik Msia, x dpt call k.jie, rupanya2 anak k.jie, adam kasi hilang hp k.jie, lpas dpt call tu..aku nangis, nangis sbb sonok dpt ckap ngan k.jie, berulang2 kali aku tnya k.jie, k.jie g mana?? (waa~sambil nangis,haha~), adam2..knpalah sorok hp mak nya,hehe~afif pun aku rindu,anak k.jie yg bongsu,ha!! X Lupa jga pd k.eisya sekeluarga, k.anis & ust wan (anaknya alifah yg comel) , k.alang yg excited nk jmpa bb (anak murid bb kt DQ) tp sory still x smpt jmpa, sbb masa bb terhad, k.sofiyah (anaknya halimatus sawwirah-sory klu slah eja,huhu~)Encik Yahya & k.naz..thanks atas layanan baik korang smua, akan ku kenang smpi bila2 :)..sprkra lagi, kpd yg hntr aku kt mator hritu thanks a lot (k.nawar, aini, gee, iera, aini, biah, nurul, naiem (naiem ya naiemah,hehe~) frhna Melaka )..mini,ammu, ust yazid pun ikut skali..achik nk ikut, tp ada meeting..ngan Exco lama & baru ARWP, k.aisya hanin, dalia, k.kinah dtg bilik, ada jga yg aku x smpt jmpa, tp aku usaha jga g satu bilik ke satu bilik, sory sngt coz time tu korang meeting, k.hasni aku jmpa lpas dia mohon kuar skjp dr meeting, ptg tu mmg aku dh nk nangis dah coz k.hasni ingatkan aku psl
kenangan tarik tali time kt KEKAL dulu,huhu~dia sj nk tgk aku nangis,haha~thanks hana coz bnyk tolong aku ntuk fikir strategi mengemas brg, hehe~ k.nonie, aku check out dr asrma ptg tu jga, & byr yuran asrma, time tu hawa call, smpat cakap ngan timah haziz & k.mawad, diorg buat aku nangis lg, apa lg kt office ARWP, k.nonie sua tisu 1 gulung kt aku,haha~k.mard yg sudi dtg bilik tolong buat ikatan tali yg unik :), msa kat Msia sayang betul nk buka tali tu, tgk k.mard, farhana dll ssah payah buat, hawa plak tolong selotep kotak, thanks hawa!! :) ktorg baca doa musafir ramai2 kt luar rumah 501, ust angah dah call sruh ambil nasi, sory lambat ambil & thanks belikan nasi kt rumah kedah, ssah payah je g beli nasi smpi sana,huhu~thanks a lot!!so aku makan jga kt café KLCC wlupun time tu tremco sihah dh smpi, hbis2 makan terus kami bertolak ke mator, kt mator drama air mata lah,hehe~gud bye kwn2 smua..all da best & slamat meneruskan perjuangan d bumi Mesir :’)
14) Kedatangan baba ke Mesir
Ni juga saat-saat yg aku x kan lupakan, bersama baba tersayang d Mesir, Alhamdulillah bb berpeluang mengikuti rombongan ke Mesir untuk perasmian asrama Wilayah dll. Aku sempat spent masa bersama baba, baba kerap tido di thamin, rumah ammati Nagla’ wlupun dh disediakan hotel di Zamalek coz nk hbiskan msa ngan Nina. Kami sempat makan firakh mashwi + bamia + fasoliya + eish bersama-sama keluarga ammati hanan (aiman, a'yah dan ahmad) & mohammad (anak ammati nagla').Mujurlah thamin & sabi’ x jauh, so mudah untuk aku berulang2 ke sana. Alhamdulillah, Allah swt makbulkan hajat aku, nak baba ada d Mesir dalam tempoh 9 bulan 11 hari aku d sana :)
15) Konvo Al-Azhar
Ha!!..bukan snng nk jd graduan Al-azhar,hehe :)..seronoknya, time ni aku berpeluang bersama2 stdnt Mesir meraikan shbt2 mereka d Azhar Conference Centre (ACC), thanks k.Aini coz lantik aku jd pengiring, mmg aku teringin sngt2..x sngka dia call dr Mansurah & mnta tolong aku, thanks again!! , aku berpeluang sarung jubah Al-Azhar & bergambar ngan jubah tersebut, sronok bila tgk kwn2 Al-Azhar graduate..aku tumpang gembira, gembira jga sbb time tu baba ada skali :), mini pun msuk dewan coz jadi pengiring ust hazimi, aku smpat bergambar ngan ahli2 rumah Wilayah, bersama pegawai En Yahya, mmg pengalaman yg aku x dpt lupakan :)
16) Syeikh Mahmud Amin Al-Tantawi, Syeikh Ali Abdul Majid (shoubra)-anak Umaimah & Ameena (toyour ul-jannah)
Aku, amini & kakak (Dah) sempat ikut baba untuk lawat Syeikh Mahmud Amin Al-Tantawi di Hussein. Ini lawatan ke 2 aku ke sana coz timah pernah bawa aku berjumpa beliau sebelum ni. Kami juga sempat melawat Syeikh Ali Abdul Majid d Syoubra. Seronok melihat kejayaan Syeikh Ali Abdul Majid yang berjaya membina skolah tahfiz & bnyk menyumbangkan hartanya demi agama Islam tercinta, aku dan Dah sempat berkenalan dengan anak kembar beliau, Umaimah & Ameena yg rajin menyiapkan makanan di dapur. Kami juga sempat berborak2 dan diperkenalkan dengan channel Toyour Al-Jannah sbuah channel nasyid kanak2 dr Algeria yg bgtu menarik & ssuai untuk golongan muslim. Umaimah dan Ameena adalah penuntut di Uni Al-Azhar di dalam bidang Syariah dan merupakan seorang hafizah. Mereka sempat menghadiahkan CD rakaman bapa mereka, Syeikh Ali Abdul Majid kpd kami. Last kata-kata gurauan yg smpt aku ungkapkan “uhibbu Toyour al-jannah”,hehe~ & kami ketawa bersama :)
17) Kenangan pahit
Nk dgr crta,haha~kenangan pahit aku di Mesir..aku prnh kena kacau dalam bus 926 dr sabi’ ke ARMA, bus msa tu zahmah awiii awii..penuh ngan laki,peremuan aku kira dlm 3 org je termsuk aku dlm bus panjang tu, nk djdikan crta..bila sdar ada gangguan time tu, aku trus angkat tangan 90 darjah, bededuk badan orang arab tu..dia buat muka x bersalah,tau apa dia kata?? Leehhh?? (knpa?smbil angkat bahu dia), dalam hati aku..lehh2 plak, buat x bersalah..smua arab dlm bus pndng aku, aku terus pndang tingkap, tahan marah..then, ramai plak pelawa aku seat sruh duduk. Ha..bila org kasi dok, dok lah..peluang tu, then time nk turun..org arab kata “anti quwais2” (awak bagus2)..taupun aku bagus!!org arab pun x sokong puak diorg sndiri, coz diorg dh masak dah..pengajaran kt jgn skali biarkan org lain buat sst yg x baik keatas kt, lebih2 kt ni perempuan, kena pndai jga maruah k!!..ok, tu crata pertama, crta kedua…aku pernah kena ikut dr masjid Nuri Al-Khattob ke mahattoh hayyu sabi’ hnggalah rumah kedah baru, time tu janji ngan Dah & abg Atho’ nk jmpa kt depan masjid Nuri, sbb Dah nk jmpa kawan dia k.sunnati yg dh nk blik msia time tu kat rumah Kedah baru, Dah prsn org arab yg ikut tu dr msjd Nuri lagi, abg Atho’ time tu dh bertolak ke asyir, untuk jmpa mini..so kami berdua perempuan time tu, dia follow kami naik bus smpi mahattoh hayyu sabi’, turun2 bus..tercegat dia dlm krata wrna merah dia tu, time tu aku dh pelik..pastu aku report kt Dah, “dah, org tu nmpk pelik”..dah jawab “hanan, org tu yg dah nmpak depan masjid nuri td”..so kami apa lagi masuk lorong dkat ngan mahattoh tu, nk menuju trus ke rumah kedah..keluar dr lorong tu, tup tup dia ada dekat situ, siap parking dekat tepi jalan, tempat kami lalu..mmg betul2 lalu tepi dia, kami buat x layan walupun dia gamit panggil, then kami jalan lagi, jalan msa tu 2 ways..kami ke kanan jalan dia pusing krta ke kanan, kekiri dia kekiri, kekanan blik dia ke kanan, yg kami syukur mujur dia x kuar kereta kejar kami, dia dok main2 kat jalan tu mcm org x betul..eee, takut!!..then, kakak tnjuk penumbuk sebiji, wlupn nampak Dah kekok..haha~coz x pernah tnjuk penumbuk kt org,dia degil x mau g..kami apa lagi, g report kt ammu yg tengh baiki perabot kt tepi jalan & tnjuk laki tu, dia terus pecut lari..tahu takut!! Then pkrja perabot teman kami g smpi rumah kedah, jd musyrif jap,haha~wlupun kami x sruh dia teman..a’la kulli hal, trima ksih bnyk2..masa dok rumah Melaka, aku pernah gado ngan orang arab kt CC, mula2 g CC dia letak harga 1 le sejam, then dtg lagi 1.50 le & last skali 2 le..hrga berubah2, tu yg aku pelik, aku cakap “ana maz’lumah”-aku dizalimi, ayat dlm drama junub NIL yg aku tgk kt rumah Nina, haha~so aku trus letak duit & trus pergi..dia panggil, aku paling..then aku jerit “LA’A!!”..& trus jalan..mujur dia x kejar,hehe~takut jga..haha~ngan taxi pun mcm2 lah..sama juga..bila diorg dh tamak, mcm2 diorg bleh tipu..itu adat, tp skali tu..aku naik taxi kt asyir, then dh nk dkat maghrib, aku bru blik dr mator hntr timah suraiya balik Msia cuti, so nak blik asrama wilayah time tu, ammu tu kata nk snggah isi mnyak..aku dh rasa pelik..aku cakap, x da2..trus hntr aku ke sabi’, dh nk maghrib..dgn suara menekan, ish2..klu dia snggahlah..aku x tau,dahlah kwsn asyir tu..kt rumah wilayah, ada budak laki (kecik lagi!! Mybe dlm drjah 5 @ 6 lah) suka follow, org kekanan dia kekanan, org kekiri dia kekiri..klu layan, lagi melampau lah dia, so kt perempuan jangan terlalu takut & jgn terlalu berani..pandai2 bw diri,jga maruah diri ok :) .kenangan manis aku dh bnyk sangat crta kt atas, so korang bleh buat conclusion yg kenangan manis aku lebih banyak dari kenangan pahit, mungkin boleh dinisbahkan dalam 2 : 10 (kenangan pahit : kenangan manis )..sbb tu aku syg nk tnggalkan mesir, ngra ke 2 aku, bnyak kenangan manis yg aku x kan lupa..yg pahit tu pandai2 lah kt bendung ye :)
Secara kesimpulannya, aku happy berada di bumi Mesir :), bersama2 Nina, sdra mara, Dah, Amini, abg Atho’ dan shbt2 di sana. Seronok menjadi sebahagian dr Azharian wlupun cuma seketika. Kenangan bersama k.ayu sepanjang praktikal, warga staf JPMK, Fatimah suraiya, hawa, farhana, k.bibi, kawan2 sepersekolahan (timah haziz, k.kinah, achik, timah zudin, fizah nufus, dayah toher dll-alhamdullilah smpt jmpa korang :)), ahli bait rumah 501 wilayah, ahli2 wilayah ikhwah & akhawat, k.lenny sekeluarga, ahli2 rumah Melaka, (esp k.ayu, k.liya dll) ARMA (esp ummi, ust harun warden, k.hajar YDPAH, k.nah, aina, k.alang ati dll )..ahli2 bait timah su (miza, khairom, fairuz) k.mawad, shbt2 bakan Selangor, shbt2 bakan yg lain, shbt2 sejaulah, seprogram, dan shbt2 yag aku kenal scra lansung @ x langsung (sory kalu x disebutkan nama), x kan aku lupa :). X lupa jga pada p.tam yg bnyk tolong mengenai urusan tiket pulang ke Msia. Terima kasih smua atas kenangan manis yg dikongsikan bersama. Aku doakan smoga kalian dikurnikan kejayaan di dunia & akhirat. Doakan smoga aku diberikan rezeki untuk ke sana lagi, Insya Allah :)






mmg sedikit pening~!!hahaha
ReplyDeletetp..ok la kan..slagi ingt kat bumu mesir neh..tulis byk2 tntg dye..haha..;)
kan k.hanan dh ckp,hehe..risau gee ssah nk bc je,haha~ttg dye???adakah "dye" itu mesir?hoho~
ReplyDeletedye means life kat egypt laaaaaaaaaaa....neh mst ingt yg tuh~!!!ahhahaahhaha
ReplyDelete"dye" 4 mesir..x sesuai lah gee, k.hanan pun confused, wujud unsur2 gharar (ketidakpastian) d situ..hahah~tetiba je gharar :P, hehe~
ReplyDeleteabis~nk ltak nama pe~??hahaha
ReplyDeletensib akak x fikir dye uh tuk tutttt~!!hahahaa
ngadew la uh kalo still ad unsur confuse~!!hahaha
btw..gee br ja bc all story kat egypt neh..haha
ReplyDeletesempat ag promote dye nyer adik bussines..wakaka~