Monday, November 15, 2010

2) My CoNvOcAtIoN dAy :)

31 Oktober 2010, Jam 9 am, Bilik Tok Alor Star.

Di saat aku menaip ini merupakan hari yg amat ditunggu-tunggu dlm hidupku, sebagai seorang mahasiswi yang bertarung usaha dan tenaga selama 4 tahun di bumi UUM. Selang beberapa jam lagi aku akan bersama sahabat-sahabatku meraih usaha penat dan lelah kami menuntut ilmu bagi mendapatkan segulung Ijazah. Perasaan gembira nervous bercampur baur…ya, gembira mungkin kerana akan diraih sebagai seorang graduan namun nervous sekiranya terjadi sesuatu yg tidak diingini..mungkin di atas pentas dll…buat pengetahuan semua, 3 hari sebelum ini urat pinggangku terasa sakit teramat..disebabkan batuk2 yg kuat sehngga menyebabkan urat pinggangku tertarik, hanya disebabkan PaPeDoM..lwak kan,haha…panjang ceritanya..huhu~satu perkara lagi, di saat keluargaku hendak meraih kejaaanku, van yang membawa mereka rosak..aku menanti ketibaan keluarga tersayang dengan penuh kesabaran, hanya doa yang dapat aku iringkan..alhamdulillah, skrg ini mereka dlm perjalanan ke alor star untuk menjemputku skaligus menemui nenda dan sdara mara tercinta. Insya allah, slps ini kami akan bertolak ke UUM seawal jam 12.30 krn aku dikehendaki berkumpul di DTSO jam 1.45 pm. Kini, mereka sudah tiba, thanks holi coz pinjamkan pajero ntuk kmi :)..now, aku berhenti stakat ni..,nk g jmpa baba mama smua, to be continue ;)

Kami bertolak ke UUM pada jam 12.30 pm dan tiba di UUM pada jam 1.30 pm, aku bergegas ke tandas untuk menyarung jubah konvoku dan menyiapkan diri. Sahabat2 ku sudah menelefon untuk menyuruhku bergegas ke DTSO untuk mengambil angka giliran. Setibanya di DTSO, aku memeriksa list nama dan namaku di no 499 lalu aku bergegas untuk ke tempat dudukku. Alhamdulillah, aku sempat duduk dan berbual2 dgn shbt2 seperjuangan yang hampir setahun aku tidak temui kerana pemergianku ke Mesir selama 9 bulan 11 hari. Ada yg bekerja, ada yg sudah berkahwin dan macam2 lagi. Terubat rasa rindu pada mereka di situ :). Kami sama2 berarak untuk masuk ke Dewan Mas. Hujan rahmat mengiringi kami. Perasaan teruja dan gembira menguasai diri.

Tibanya saat untuk kami bearak ke atas pentas. Aku menstabilkan pinggangku yang masih sakit. Mujurlah jubah konvo yang besar berjaya melindungi jalanku yang kelihatan tidak stabil. Sesudah selesai, aku membahagikan penanda buku papyrus yang dibeli di Mesir kepada smua graduan Muamalat sebagai cenderahati dan kenang-kenangan. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kini aku telah menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian kelas kedua atas, UUM. Diharapkan selepas ini, lebih berganda lagi usahaku untuk menjadi seorang yang berilmu dan menjadi seorang yang pakar dalam bidang ini. Terima kasih kepada ibu bapaku, pensyarah-pensyarah UUM dan sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah swt, selamat meneruskan perjuangan :)

No comments:

Post a Comment