Tuesday, June 14, 2011

30) Be A HaPpIeSt WoMaN :)


Harini bila terpandang buku “motivasi menjadi wanita paling bahagia”, aku terfikir sejenak, wanita?? Adakah kita mampu mencapai bahagia? Mudah sahaja sebenarnya untuk menjadi wanita yg paling bahagia J. Bak kata Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yg segar menghijau, Insya allah aku mahu dan mampu menjadi wanita yg bijaksana, dengan kebijaksanaan, segala macam rintangan dan halangan dalam kehidupan dapat dihadapi dengan tenang dan akhirnya kebahagiaan akan dapat dicapai, insya allah. Peace J



Wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yg segar, nyaman menghijau

Nikmatilah musim semi dengan kesegarannya, minyak kasturi dengan kewangiaannya, dan gunung-ganang dengan kekukuhannya,

Sesuatu yg sudah berlaku telah berlalu, dan sekarang adalah giliran anda untuk berbuat.

Optimislah, meskipun anda berada di tengah2 badai dan angin taufan.

Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yg lama, bak kesayuan pandangan mata.

Hari esok akan menghapus semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan, dan mengantinya dengan canda dan tawa.

Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan.

Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari, kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Allah.

Emasnya adalah agamamu, perhiasannya adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu.

Memadailah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Dukacitamu tidak akan berkekalan dan ia tidak akan mengembalikan semula apa yang sudah luput dari anda.

Setiap manusia pasti mengharungi liku-liku kehidupan, menjadi penguasa istana atau (malah menjadi) penghuni pondok..Tetapi, siapa yg bahagia?

Sesungguhnya hanya Allah Tuhanku. Aku tidak menyekutukan Nya dengan yg selain-Nya.

Kerja yg paling mulia di dunia menunggang kuda (dalam perang jihad). Sebaik-baik pendamping adalah buku (yang bermanfaat).

Jika rasa sedih datang merubung, duka lara mengunung, ucapkanlah La ilaha Ilallah.

Maka kesabaran itu adalah yg terbaik (bagiku).

Anda lebih bahagia memberi sepotong roti berbanding orang yg menutup pintu kepada orang pengemis.

Biarkan orang zalim menjadi urusan mahkamah akhirat, di mana tidak ada hakim selain Allah.

Dari semasa ke semasa adalah peluang untuk berbuat sesuatu.

Kerakusan menguasai aku hingga aku jadi hambanya. Kalaulah aku berpuas hati dengan apa yg telah kumiliki, nescaya aku tetap sebagai manusia merdeka.

Penyakit adalah sebuah pesan yg di dalamnya terdapat khabar gembira, sedangkan kesihatan adalah perhiasan yg sngt berharga.

Tiada tuhan (yang sebenar) selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yg zalim.

Aduhai sang masa, seandainya anda masih ada sedikit tempoh, yg tidak digunakan, maka biarkanlah ia.

Tanamkan dalam setiap detik satu pujian, setiap minit satu gagasan, dan setiap jam satu pekerjaan.

Siapakah yg akan mengabulkan (permintaan) orang yg sedang dalam kesusahan jika ia berdoa kepada Allah?

Mudah-mudahan selepas berpisah, malam akan menyatukan kita dalam dakapan lembutnya.

Hapuslah airmata anak yatim untuk mendapat keredhaan Yang Maha Pemurah dan menempati syurga,

Katakanlah kepada pencemuh waktu yg berlalu, bukankah orang yg melawan arus peredaran masa pasti akan tergilas?

(: .:. Be a hAPpIeSt WomAn .:. :)

No comments:

Post a Comment