Monday, June 27, 2011

32) PeNaT tp EnJOy~KeNdUrI PaHaNG :)


Entry kali ini ingin berkongsi pengalaman ke Pahang bagi membantu urusan perkahwinan kakak kpd shbt INCEIF, Farizah yg telah melangsungkan perkahwinan pd hr Sabtu lepas. Kami ke Pahang dengan menaiki kereta bersama2 Farizah, Dalilah, Sity, aku dan makcik Farizah. Sity yg merupakan warga Indonesia turut sama menyertai rombongan kami ini untuk merasai pengalaman dan melihat sendiri majlis perkahwinan di Malaysia. Kami bertolak pd hr jumaat, setibanya aku di rumah Farizah d Kuantan Pahang, aku sedikit terpegun dgn gubahan pelamin yg indah dan suasana rumah yg riuh rendah bagi membuat persediaan terakhir sebelum majlis berlangsung. Pada hari Sabtu, kami mempersiap2 kan diri untuk membantu pihak keluarga pengantin menyiapkan beg cenderahati sebanyak 1000 lebih, bunga telur, memasak dan mcm2 lagi. Penat mmg penat~tp kami enjoy!! ;) sekurang2 aku dapat rasai pengalaman untuk mempersiapkan kenduri kakak2 & abg2 aku nnti, hehe~Aku takjub dengan ke”cool”an ayah Farizah, walaupun beliaulah yg bertggjwb untuk memasak untuk kenduri tersebut, namun beliau tetap nampak tenang dan sentiasa tersenyum J, mak Farizah pula tidak boleh duduk diam, sentiasa memerhatikan gerak geri kerja agar majlis yg berlangsung untuk anak sulung mereka berjalan dgn lancarnya~pada hari ahad, di saat majlis berlansung, aku dan Sity mengambil tugas untuk mengagih2 kan beg cenderahati kepada para jemputan, walaupun panas terik matahari membahang, peluh x henti2 mengalir, namun aku rasakan berbaloi dapat merasai pengalaman tersebut. Alhamdulillah, kini majlis tersebut telah berlangsung dgn jayanya, kak aizam iaitu kakak kpd Farizah sudah bergelar isteri yg sah kpd pasangannya, air mata kesyukuran mengalir disaat dia memeluk insan-insan tersayang. Apa yg aku harapkan semoga kak Aizam dan suami bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yg soleh solehah penyejuk hati keluarga, amen J

No comments:

Post a Comment